Bagaimana Mengenal Akaun Media Sosial Palsu? : Pena Hijau

Bagaimana Mengenal Akaun Media Sosial Palsu?

Pemalam Chrome Ini Memudahkan Anda Melihat Perubahan Harga Di Shopee Dan Lazada
7 Nov 2020
Shopee
Bagaimana Mematikan Bunyi Notifikasi Aplikasi Shopee?
25 Nov 2020
Pemalam Chrome Ini Memudahkan Anda Melihat Perubahan Harga Di Shopee Dan Lazada
7 Nov 2020
Shopee
Bagaimana Mematikan Bunyi Notifikasi Aplikasi Shopee?
25 Nov 2020
Berhati Hati
icon follow us

SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) kini telah berkongsi supaya orang ramai terus berwaspada dengan akaun media sosial palsu yang semakin meningkat dari hari ke hari. Ia sering diwujudkan dengan tujuan sama ada untuk melakukan penipuan atau hasutan.

Menurut SKMM, sebahagian besar akaun palsu boleh dikenal-pasti dengan mudah melalui ciri-ciri berikut:

Baru Diaktifkan Dalam Tempoh Beberapa Bulan

Akaun baharu kerap diwujudkan bagi mengaburi jejak daripada pihak berkuasa atau pembongkaran oleh mangsa penipuan sebelum ini. 

Nama Pemilik Akaun Seolah-olah Bukan Nama Sebenar

Nama yang digunakan ialah nama samaran atau nama orang terkenal. 

Maklumat Peribadi Yang Meragukan

Biodata disembunyikan atau tidak realistik. 

Gambar Profil Yang Tidak Berkaitan Dengan Identiti

Gambar yang digunakan berbentuk abstrak atau dicuri daripada profil orang lain. Sila gunakan carian Google Images untuk mengesan gambar lain yang berkaitan. 

Senarai Rakan Yang Terlalu Sedikit

Akaun palsu mempunyai senarai rakan yang sedikit atau tiada langsung kerana tujuan akaun dibuka bukan untuk perkenalan jangka panjang. Kemungkinan akaun dalam senarai rakan adalah juga akaun palsu. 

Aktiviti Akaun Tiada Langsung Kisah Berkaitan Peribadi

Terlalu sedikit catatan (wall post). Kebanyakan kandungan hanya perkongsian ulasan dan bahan yang diambil atau dikongsi daripada orang lain. 

Likes/Following Tidak Seimbang

Terlalu banyak likes hantaran orang lain di pelbagai topik dan kumpulan. Terlalu sedikit likes di halaman sendiri. 

Sering Terperam Untuk Tempoh Yang Tertentu

Hanya aktif sekali-sekala dan kadangkala dinyah aktif. 

SKMM turut meminta supaya orang ramai terus berhati-hati dan tidak mudah lalai di arena internet ini.

Sumber : Amanz.my

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
Bagaimana Mengenal Akaun Media Sosial Palsu?
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more