Sejarah Kompang di Malaysia: berasal dari Tanah Arab?

Sejarah Kompang di Malaysia: berasal dari Tanah Arab?

20201115-dr-fadzilah-kamsah
Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah – DMFK
14 Nov 2020
20201128 masjid terapung di perak dan perlis
Masjid terapung di Perak dan Perlis, Malaysia
28 Nov 2020
20201115-dr-fadzilah-kamsah
Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah – DMFK
14 Nov 2020
20201128 masjid terapung di perak dan perlis
Masjid terapung di Perak dan Perlis, Malaysia
28 Nov 2020
kompang 2
icon follow us

Alat muzik tradisional kompang merupakan salah satu daripada identiti seni muzik Malaysia. Tahukah anda, sejarah kompang sebenarnya berasal dari Tanah Arab. Berikut adalah sedikit sejarah mengenai perkembangan kompang di Malaysia.

Dikatakan kompang sebenarnya berasal dari Tanah Arab. Ia dibawa masuk ke Tanah Melayu pada abad ke-13 ketika zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Beberapa teori menyatakan kompang dibawa masuk sama ada oleh pedagang Muslim dari India, atau melalui Tanah Jawa oleh para pedagang Arab. Dikatakan pedagang Arab ini telah menggunakan kompang untuk menarik para pelanggan.

Penghijrahan orang-orang Jawa ke Tanah Melayu terutamanya di Negeri Johor, Selangor dan Melaka telah membawa masuk sekali kesenian kompang. Ada juga teori yang mengatakan bahawa kompang ini berasal dari Parsi atau kini dikenali sebagai Iran.

Kompang dikatakan diguna bagi membakar semangat tentera-tentera Islam ketika pergi berperang.

Kini, kompang sudah menjadi sebahagian daripada budaya dan kesenian muzik orang Melayu di Nusantara. Kulit kompang biasanya dihasilkan daripada kulit kambing. Ada juga pembuatan kompang yang menggunakan kulit lembu, namun bunyi yang dihasilkan pastilah berbeza.

Bingkai kompang pula dihasilkan daripada jenis kayu yang keras seperti kayu pokok nangka. Seutas rotan akan diselitkan antara kulit kompang dan juga bingkainya bagi menegangkan permukaan kulit kompang. Ada juga yang menggunakan tali atau gegelung plastik sebagai ganti rotan kerana ia lebih tahan lama dan mudah untuk digunakan.

Paku juga dipasang pada permukaan tepi bingkai kompang untuk meningkatkan ketegangan kulit kompang. Kulit kompang yang tegang akan menghasilkan bunyi yang nyaring yang lebih kuat.

Kompang mempunyai beberapa saiz tertentu iaitu sama ada 12, 13 atau 15 inci. Saiz antara 12 hingga 13 inci lebih banyak dihasilkan kerana ia merupakan saiz yang lebih biasa digunakan dalam masyarakat kita.

Kompang dimainkan secara beramai-ramai sama ada secara duduk, berdiri mahupun berjalan. Cara memainkan kompang ini bergantung kepada majlis tersebut. Bagi majlis seperti bacaan berzanji, pemain kompang biasanya akan duduk bersila di lantai atau di atas kerusi.

Jika dalam majlis seperti perarakan Maulidur Rasul pula, pemain kompang akan memainkan kompang dengan berdiri atau berjalan ketika berarak. Persembahan kompang ini bersifat fleksibel dan tidak terhad kepada majlis-majlis bersifat keagamaan semata-mata.

Namun, secara umumnya ia bertujuan memeriahkan sesebuah acara tersebut. Antara tujuan persembahan kompang ialah:

Kompang kini telah menjadi sebahagian daripada kebudayaan orang Melayu di Malaysia. Ia juga menjadi ciri identiti bagi komuniti orang Melayu di Indonesia seperti di Bentan, Riau dan Lingga.

Namun, permainan atau persembahan kompang ini sudah semakin berkurangan pada masa kini. Jika dahulu, majlis perkahwinan akan dimeriahkan dengan permainan kompang, namun kini lagu-lagu dan persembahan karaoke lebih menyerlah dalam majlis perkahwinan orang Melayu.

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
Sejarah Kompang di Malaysia: berasal dari Tanah Arab?
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more