Masjid terapung di Perak dan Perlis, Malaysia : Pena Hijau

Masjid terapung di Perak dan Perlis, Malaysia

kompang 2
Sejarah Kompang di Malaysia: berasal dari Tanah Arab?
22 Nov 2020
20210116-kemaskini-alamat-penghantaran
Ubah Alamat Penghantaran Pos Laju
16 Jan 2021
kompang 2
Sejarah Kompang di Malaysia: berasal dari Tanah Arab?
22 Nov 2020
20210116-kemaskini-alamat-penghantaran
Ubah Alamat Penghantaran Pos Laju
16 Jan 2021
20201128 masjid terapung di perak dan perlis
icon follow us

Masjid terapung di Perak dan Perlis, Malaysia | Sebelum ini sudah pernah dikongsikan tentang masjid terapung di Kuala Ibai, Terengganu. Kali ini penulis ingin berkongsikan lagi dua masjid terapung di Malaysia, iaitu di Perak dan Perlis.

Pertama sekali mari kita tinjau Masjid Al-Badr Seribu Selawat. Masjid terapung ini terletak di Kampung Teluk Gedong, Pulau Pangkor, Perak. Pembinaan masjid ini diasaskan oleh Menteri Besar Perak yang ke-11 iaitu Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir. Beliau sebenarnya merupakan anak jati kelahiran Pulau Pangkor, Perak.

Masjid ini mula dibina pada bulan Mac 2016 dan siap dibina sepenuhnya pada tahun 2016. Pembinaan masjid ini bernilai RM11 juta. Selain menjadi tempat beribadat komuniti tempatan, ianya juga kini menjadi salah satu tarikan baru pelancong luar dan dalam negara.

Masjid yang diberi nama Al-Badr Seribu Selawat ini mempunyai ukiran-ukiran selawat di dinding-dinding masjid. Masjid ini juga menampilkan ukiran-ukiran dengan identity senibina negeri Perak. Pada satu-satu masa, masjid ini dapat menampung sejumlah 1,500 orang jemaah.

Ramai yang menyangkakan masjid ini adalah masjid terapung pertama di negeri Perak. Sebenarnya masjid terapung pertama di Perak telah dibina di Universiti Teknologi Petronas (UTP) yang bertempat di Bandar Seri Iskandar, Perak.

Seterusnya masjid terapung yang ingin penulis kongsikan ini berada di utara Semenanjung Malaysia.

Masjid Al-Hussain yang terletak di Kuala Perlis ini seakan-akan terapung di tengah laut. Bangunan masjid ini dibina berkonsepkan resort tropika yang moden. Dibina di atas keluasan tapak 1.21 hektar iaitu 0.8 hektar di atas laut dan 0.4 hektar di kawasan darat menjadikan masjid berkenaan dilihat terapung dari jauh.

Mula dibina pada 2006 dan beroperasi pada 8 Oktober 2011, masjid ini dirasmikan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail kini antara tarikan di Perlis.

Masjid ini diberikan nama bersempena salah seorang cucu kesayangan Nabi Muhammad SAW iaitu Sayidina Hussain bin Ali r.a. Bahan-bahan keemasan seperti batu karang, serpihan batu kuarza, granit, marmar dan yang berkualiti dipilih untuk menyerlahkan konsep masjid yang mesra alam itu.

Dikhabarkan hanya 10% bahagian masjid ini yang diliputi cat, iaitu bahagian siling. Antara keunikan pada menara masjid berkenaan ialah lampu indikator yang dipasang pada menara masjid. Lampu indikator berfungsi sebagai penanda masuk waktu solat bagi pelaut seperti nelayan, pengemudi feri pelancong dan mereka yang bertugas di lautan.

Bagi mereka yang berkesempatan, jemputlah berkunjung ke masjid-masjid terapung yang mempunyai keunikan yang tersendiri ini. Jangan lupa untuk ambil peluang beriktikaf dan solat di dalam masjid dan bukan sekadar bergambar dengan masjid, ya.

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
Masjid terapung di Perak dan Perlis, Malaysia
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more