Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah – DMFK : Pena Hijau

Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah – DMFK

bahasa melayu
Cabaran memartabatkan Bahasa Melayu
27 Aug 2020
kompang 2
Sejarah Kompang di Malaysia: berasal dari Tanah Arab?
22 Nov 2020
bahasa melayu
Cabaran memartabatkan Bahasa Melayu
27 Aug 2020
kompang 2
Sejarah Kompang di Malaysia: berasal dari Tanah Arab?
22 Nov 2020
20201115-dr-fadzilah-kamsah

DMFK atau Dr. Mohd Fadzilah Kamsah | Foto : exceldmfk.com

icon follow us

Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah – DMFK | Siapa yang tidak kenal dengan Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah, seorang pakar motivasi yang cukup terkenal di Malaysia. Beliau yang berasal dari Selangor turut dikenali dengan inisial DMFK sememangnya telah banyak menyumbang dalam pembangunan motivasi dan keluarga di dalam negara kita, Malaysia. Berikut adalah serba sedikit biografi tentang beliau.

Biografi DMFK

Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah dilahirkan pada 16 Julai 1951 di Kampung Sungai Pinang, Klang, Selangor. Pada tahun 1975, beliau telah memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains Pertanian dari Universiti Malaya (UM). Beliau kemudiannya melanjutkan pengajian di dalam bidang Sarjana Sains Pertanian Kewartawanan di University of Wisconsin, Madison, Amerika Syarikat (1977) dan seterusnya memperoleh Ijazah Doktor Falsafah Komunikasi Organisasi dari universiti yang sama pada tahun 1984.

Beliau memulakan kerjaya sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia (UPM) pada tahun 1977 setelah tamat pengajian di peringkat sarjana. Pada tahun 1993, beliau telah mengasas dan menubuhkan sebuah syarikat perundingan yang menyediakan khidmat pembangunan motivasi dan keluarga. Syarikat perundingan beliau mengkhusus dalam bidang khidmat pelanggan, etika kerja, budaya korporat, kaunseling, kepimpinan, pengurusan, penyeliaan, dan keibubapaan.

Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah kerap muncul di kaca televisyen melalui beberapa program seperti segmen motivasi di saluran TV1 (Radio Televisyen Malaysia – RTM). Selain daripada itu, beliau juga turut aktif dalam bidang penulisan dengan menghasilkan buku-buku berkaitan motivasi dan pembangunan keluarga. Antara karya beliau adalah :

  1. Psikologi Cinta: PTS Millennia Sdn. Bhd., 2010.
  2. Petua Membantu Anak Berjaya/Mohd. Fadzilah Kamsah, Syaidatun Nazirah Abu Zahrin, Nurul Aida Abdul Ghani: PTS Millennia, 2009.
  3. Tip Menjadi Pelajar IPT Cemerlang/Dato’ Mohd. Fadzilah Kamsah dan Rohidzir Rais: Telaga Biru, 2008.
  4. Soal Jawab Praperkahwinan/Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah, Noralina Omar: PTS Publications & Distributors, 2007.
  5. Petua Mendidik Anak Menjadi Insan Positif/Dato’ Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah, Hj Muhammad Zakaria, Husna HassanTelaga Biru, 2007.
  6. Menjalin Hubungan Bahagia/Dato Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah & Dr. Abdullah Hassan: PTS Millennia, 2007.
  7. Strategi Menghadapi Peperiksaan/Dato’ Mohd. Fadzilah Kamsah & Muhammad Zakaria & Fatimah Misran.: Telaga Biru, 2007.
  8. Kuasa Hijrah Kuasa Untuk Berubah/Dato’ Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah & Ahmad Fadzli Yusof: PTS Millennia, 2007.
  9. Petua Menangani Stres/Mohd. Fadzilah Kamsah, Muhammad Zakaria, Mumtazah Tumian, Mahfuzah Omar.: Telaga Biru, 2007.
  10. Kunci Menjadi Individu Berkredibiliti: Faktor Mengapa Orang Percaya Kepada Kita/Dato’ Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah & Ahmad Naim Jaafar.: PTS Millennia, 2006.
  11. Merancang Kejayaan/Mohd. Fadzilah kamsah, Ahmad Zabidi Abdul Razak & Noor Shamshinar Zakaria.: PTS Millennia, 2006.
  12. Menerobos Sempadan Diri/Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah,Hj. Muhammad Zakaria & Zizi Azlinda Mohd. Yusof: Telaga Biru, 2006.
  13. Menangani Sifat Marah/Mohd. Fadzilah Kamsah, Mumtazah Tumian, Mahfuzah Omar.: Telaga Biru, 2006.
  14. 55 Petua Orang Berjaya: PTS Publications, 2005.
  15. 55 Petua Seronok Bekerja /Dato’ Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah & Ahmad Fadzli Yusof: PTS, 2005.
  16. 55 Petua Kerja Berpasukan/Mohd. Fadzilah Kamsah & Ahmad Fadzli Yusof: PTS, 2005.
  17. Psikologi Cinta/Dato’ Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah, Syaidatun Nazirah Abu Zahrin.: PTS Millennia Sdn. Bhd., 2005.
  18. Anda Berkarisma Apabila…? /Dato’ Mohd Fadzilah Haji Kamsah, Ahmad Naim Jaafar: PTS Publications & Distributors, 2005
  19. Anda Ingin Menjadi Gentleman? /Dato’ Mohd. Fadzilah Kamsah, Ahmad Naim Jaafar: PTS Millennia, 2005.
  20. Petua Untuk Sentiasa Ceria/Dato’ Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah, Hj. Muhammad Zakaria dan Zizi Azlinda Yusof: Telaga Biru, 2005.
  21. Menangani Anak Bermasalah/Dato’ Mohd. Fadzilah Kamsah,Muhammad Zakaria,Maheran Makhtar.: Telaga Biru, 2005.
  22. Positif Untuk Berjaya/Mohd. Fadzilah Kamsah, Ahmad Zabidi Abdul Razak, Nur Hanani Hussin.: PTS Millennia, 2005.
  23. Tip Pelajar Cemerlang: PTS Millennia, 2005.
  24. Petua Mendapat Pasangan: PTS Millennia, 2005.
  25. Soal Jawab Praperkahwinan/Dato Dr. Mohd Fadzilah Kamsah & Noralina Omar: PTS, 2005.
  26. Petua Membuat Orang Jatuh Cinta/Dato’Dr Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah, Hj. Muhammad Zakaria, Fatimah Syarha Mohd Noordin: Telaga Biru, 2005.
  27. Langkah Bestari Suami Mithali: PTS Millennia, 2005.
  28. Kunci Menjadi Individu Berkredibiliti/Dato’ Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah dan Ahmad Naim Jaafar.: PTS Millennia; 2005.
  29. Petua Membentuk Cinta Abadi: PTS Millennia, 2005.
  30. Langkah Bestari Isteri Mithali: PTS Millennia, 2005.
  31. Tip Menjadi Individu Menarik: PTS Millennia, 2005.
  32. Menempuh Gerbang Perkahwinan/Dato’ Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah, Hj. Muhammad Zakaria dan Zarina Sarudin: Telaga Biru, 2005.
  33. 21 Kaedah Mendidik Anak Cemerlang/Dato’ Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah dan Hj. Muhammad Zakaria: Telaga Biru, 2005.
  34. Anda Berkuasa Apabila…?: Bagaimana Mengaplikasikan Kuasa Dalam Organisasi Anda/Dato’ Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah & Md. Yadi Said: PTS, 2005.
  35. Cerita-Cerita Motivasi Untuk Usahawan/Dato’ Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah dan Ashadi Zain : PTS Publications & Distributors, 2004.
  36. Menjalin Hubungan Bahagia/Mohd. Fadzilah Kamsah, Abdullah Hassan: PTS Publication, 2004.
  37. Selamat Datang Ke Universiti/Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah, Syed Yusainee Yahya: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd., 2004.
  38. Kecemerlangan Mendidik Anak/Mohd Fadzilah Kamsah, Rahmat Ismail.; Utusan, 1997.
  39. Kemahiran Kekeluargaan: Menjadi Ibu Bapa Cermerlang/Rahmat Ismail, Mohd Fadzilah Kamsah.: Utusan, 1997.
  40. Tabiat Pagi: Melentur Buluh 1; TV3, 1994.
  41. Tabiat Pagi: Melentur Buluh 2; TV3, 1994.
  42. Tabiat Pagi: Melentur Buluh 3; TV3, 1994.

Selain daripada itu, beliau juga mengendalikan lebih 6000 program latihan untuk agensi kerajaan dan juga swasta melalui syarikat perundingan beliau. Berkarisma, keperibadian yang menarik, gaya pertuturan yang tersendiri dan tenang ketika menyampaikan kata-kata membuatkan ramai orang terkesan dengan motivasi dan nasihat yang diberikan oleh beliau.

Pada 10 Januari 2008, beliau telah terpilih sebagai Tokoh Maal Hijrah peringkat negeri Selangor sebagai mengiktiraf jasa dan sumbangan beliau terhadap pembangunan modal insan dan keluarga.

Wikipedia : Mohd Fadzilah Kamsah

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah – DMFK
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more