Tempat dengan nama yang pelik di Malaysia : Pena Hijau

Tempat dengan nama yang pelik di Malaysia

dreamstime_s_183510627
Akhlak bercakap benar dan melakukan perkara yang baik
9 Nov 2020
Ibu Pernah Sakit Meroyan Ni Kongsi Penawar Antaranya Istighfar 1000 Kali Sehari
Ibu Pernah Sakit Meroyan Ni Kongsi Penawar Antaranya Istighfar 1000 Kali Sehari
10 Nov 2020
felda-new-zealand

Selain sarat dengan budaya berbilang kaum, Malaysia juga mempunyai banyak makanan yang unik dan tersendiri. Tetapi tahu tak selain makanan dan nama makanan yang unik, Malaysia juga mempunyai beberapa tempat dengan nama-nama yang aneh dan unik.

Jom saya bawakan kepada anda beberapa tempat di Malaysia dengan nama-nama yang aneh dan juga pelik:

Kampung ini terletak kira-kira 25km dari pekan Tenom, Sabah. Majoriti penduduknya adalah dari kaum bumiputera Lundayen. Mungkin sebelum in ramai yang masih belum jumpa kampung ini?

Kesian dekat Tok Imam, kelaparan lama tak makan. Kampung ini terletak di Kuala Terengganu. Mengikut cerita penduduk tempatan, nama kampung ini sebenarnya diambil sempena dari kisah dua orang pedagang yang kelaparan dan singgah di Pengkalan Rengas Sembilan untuk mencari makanan.

Menggatal merupakan sebuah pekan kecil yang terletak di Kota Kinabalu Sabah. Nama pekan ini datangnya dari nama sejenis pokok mangga yang mengeluarkan buah yang bila dimakan akan menyebabkan rasa gatal. Dari situ, wujudnya nama Pekan Mangga Gatal sebelum akhirnya diringkaskan menjadi Menggatal.

Sungguh misteri dan menakutkan nama pekan yang terletak di Daerah Kampar, Perak ini. Nama asal tempat ini adalah Batang Tonggak. Namun, mengikut seorang pegawai Inggeris, George Maxwell menyebut tempat tersebut sebagai Mambang Di Awan.

Sebabnya adalah terdapat seorang mambang atau bidadari yang turun dari Gunung Bujang, Melaka ke tempat ini. Seterusnya, ini menyebabkan mereka mula memanggil Batang Tonggak dengan Mambang Di Awan dan terus kekal sehingga ke hari ini.

Jalan Microwave terletak di KM 177/KM216 di Lebuhraya Kota Kinabalu-Sandakan. Ia sebenarnya adalah laluan papan tanda untuk ke stesen telekomunikasi milik Telekom Malaysia yang digunakan untuk menghantar dan menerima isyarat gelombang mikro radio.

Felda New Zealand terletak di Pahang dan bukannya di New Zealand. Sebenarnya nama Kampung Felda Zealand ini diambil sempena tanda terima kasih kepada kerajaan New Zealand atas sumbangan mereka kepada kampung ini. Malahan jurukur yang terlibat dengan pelan pembangunan ini berasal dari sana.

Kreatif betul orang Malaysia dalam menamakan tempat-tempat yang ada di negara kita.

Sumber : Salam Web Today

Share, Follow & Like :
alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.

Login

Lost your password?

Create an account?

close

Enjoy this blog? Please spread the word :) TQ