Tujuh makanan Jordan yang unik dan sukar ditandingi : Pena Hijau

Tujuh makanan Jordan yang unik dan sukar ditandingi

dreamstime_s_186377612
Mengapa membaca beri kebaikan kepada iman 
2 Nov 2020
Riak Ketika Beribadat Lebih Bahaya Dari Fitnah Dajjal, Ini Sebabnya.
Riak Ketika Beribadat Lebih Bahaya Dari Fitnah Dajjal, Ini Sebabnya.
3 Nov 2020
dreamstime_s_186377612
Mengapa membaca beri kebaikan kepada iman 
2 Nov 2020
Riak Ketika Beribadat Lebih Bahaya Dari Fitnah Dajjal, Ini Sebabnya.
Riak Ketika Beribadat Lebih Bahaya Dari Fitnah Dajjal, Ini Sebabnya.
3 Nov 2020
dreamstime_s_185698559
icon follow us

Masakan Jordan dicirikan oleh beberapa hidangan khas dan bervariasi. Kesemua menu biasanya adalah gabungan yang mengandungi rempah, daging dan manisan, yang menjadikan ia pengalaman yang tiada tandingan.

Dapur Jordan menghidangkan menu di luar jangkaan. Ia juga menggabungkan rempah-ratus yang menarik, kandungan bahan segar dan menu yang lazat. Ia mempunyai rasa istimewa yang membezakan wilayah ini dari yang lain.

Di sini, kita mengenali tujuh makanan terbaik dan terkenal di Jordan.

Hummus adalah salah satu hidangan utama di Jordan. Ia boleh disajikan sendiri, tetapi kebanyakannya disajikan sebagai hidangan sampingan dengan makanan-makanan lain.

Hidangan hummus likat ini diperbuat daripada hummus (kacang kuda), biji bijan, minyak zaitun, lemon dan bawang putih. Hidangan ini di makan bersama-sama roti Jordan. Disamping kelazatannya yang enak, ia berfaedah untuk kesihatan dan kaya dengan beberapa unsur nutrisi.

Falafel adalah salah satu makanan utama di Jordan. Keistimewaannya ialah ia selalu didapati di restoran. Falafel disajikan melalui sandwic pada dua menu iaitu sarapan pagi dan makan malam.

Ia sangat enak, yang mana sayur-sayuran segar ditambahkan ke dalamnya. Dibungkus dalam roti bulat, memberikan rasa yang tidak dapat ditandingi. Sekiranya anda mengunjungi Jordan, anda akan menjumpai banyak tempat yang menjual falafel. Anda harus memilih falafel yang lembut dan gebu, dan menjauhi dari falafel yang rangup dan kering.

Salah satu makanan Jordan terbaik, Shawarma dibuat dari daging kambing (biri-biri), ayam atau daging lembu. Ia disajikan dalam sandwic atau melalui roti bulat yang khas. Kadang-kadang beberapa jenis rempah tempatan ditambah.

Kacang (kuda), tahini (cecair bijan) dan kentang biasa diletakkan ke dalam roti dan memberikannya rasa yang sedap dan aroma yang menyelerakan. Terdapat pelbagai jenis shawarma – mungkin yang terbaik adalah shawarma keju – kerana rasanya yang lazat dan manis.

Mansaf adalah hidangan tempatan dan terkenal di Jordan. Sesiapa sahaja yang mengunjungi negara ini tidak boleh meninggalkan Jordan sebelum merasainya. Ia adalah makanan kampung asli yang dianggap warisan makanan negara ini.

Makanan ini kebiasaannya disajikan pada majlis-majlis khas kerana kepentingannya. Ia disediakan secara berdiri dengan memasak daging kambing (biri-biri) dengan daun dalam yogurt (susu masam) kering.

Di samping itu, Mansaf dihidangkan bersama-sama nasi dan pinus. Jika tidak dapat memperoleh makanan itu, ia dapat digantikan dengan hidangan yang serupa dengannya. Sebagai contoh, Zarb yang merupakan hidangan Badwi (kampung). Zarb mengandungi daging kambing (biri-biri) yang dimasak dalam periuk tanah liat bawah tanah.

Makanan ringan yang bernama Fuul ini boleh dimakan untuk sarapan pagi . Ia boleh dianggap sebagai lauk tambahan untuk menambahkan rasa pada hidangan lain di atas meja. Fuul mempunyai rasa yang menarik dan menyihatkan. Hidangan fuul dibuat dengan mencampurkan butiran kacang setelah dimasak dengan minyak zaitun, lada hijau, lemon, bawang putih dan sedikit garam. Ia boleh diambil dengan roti atau sudu (dimakan begitu sahaja).

Kunafa adalah salah satu manisan yang disajikan sebagai pelengkap dalam hidangan utama atau disajikan selepas makanan utama. Jordan dibezakan dengan kunafa dan ramai yang terpesona dengan bentuknya.

Kunafa adalah sejenis pastri manis ditambahkan padanya air gula ‘gula direbus di dalam air’ atau madu. Beberapa krim boleh ditambahkan ke dalamnya untuk membentuk isi dalam dan ia boleh diganti dengan pelbagai jenis isi seperti kekacang.

Hidangan yang bernama Harisah adalah salah satu manisan yang terdiri daripada campuran tebal dan melekit, yang menjadikan ramuannya berat. Ia adalah makanan bergula yang sangat baik dan mempunyai rasa yang tidak dapat ditandingi.

Ini kerana rasa manis Harisah berasal dari madu dan bukan gula. Madu diletakkan dengan mentega, badam dan yogurt di dalam campuran, menjadikannya enak yang tidak dapat digambarkan.

Demikianlah hidangan utama terpenting yang terkenal dalam masakan Jordan. Makanan ini biasanya akan dicari oleh setiap pengunjung ke Republik Jordan. Pelbagai hidangan yang menggabungkan campuran ramuan unik tempatan.

Sebagai panduan, makanan dengan harga yang sederhana adalah seperti Hummus dan Fuul, atau sedikit mahal adalah Harisah dan Kunafa. Kesemua hidangan ini cuba menggabungkan perisa masyarakat kampung dan menggambarkan tabiat makan utama di sesuatu wilayah.

Sumber : Salam Web Today

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.

Leave a Reply

Tujuh makanan Jordan yang unik dan sukar ditandingi
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more