Umrah, Mimpi Jadi Realiti : Pena Hijau

Umrah, Mimpi Jadi Realiti

terima kasih
Terima Kasih 29082021
29 Aug 2021
pertandingan
Penglibatan Pertama Alya Dalam Pertandingan Membaca
8 Apr 2022
umrah

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi akhirnya impian untuk melakukan ibadah umrah telah menjadi kenyataan. Ikut perancangan asal, mak ayah, adik beradik, menantu-menantu dan cucu-cucu merancang untuk melakukan ibadah umrah pada 06 April 2020 – 17 April 2020 menggunakan khidmat agensi Andalusia. Tapi disebabkan pandemik COVID-19 yang menyerang negara kita dan juga seluruh dunia, hasrat untuk buat umrah terpaksa ditangguhkan. Bayangkan betapa syukurnya hasrat yang tertangguh selama 2 tahun akhirnya dapat dilaksanakan tahun ni.

Walaupun terpaksa dipecahkan kepada 2 group. Group yang bujang pegi dengan mak ayah. Group yang dah ada anak pergi kemudian disebabkan pihak berkuasa Arab Saudi baru membenarkan kanak-kanak melakukan umrah dengan syarat telah divaksinasi. So kami redha je la terpaksa dipecahkan kumpulan.

11 Syaaban 1443H bersamaan 14 Mac 2022, Mak, Ayah, Hang Jebat & Hang Kasturi berangkat ke tanah suci.

umrah
umrah

Sampai di KLIA 1, berjumpa dengan keluarga mak saudara, Ma (kakak kepada mak) yang kebetulan datang untuk hantar sepupu kami, Nabihah yang juga ingin menunaikan umrah bersama suami dan keluarga mertua dia. Tapi dia guna agensi lain. Sepupu kami, Nurul yang juga kerja dengan Imigresen di KLIA 1 pun ada luangkan masa sekejap bersama.

umrah
umrah

umrah

Sampai masa untuk berpisah, cucu-cucu perempuan mak ayah, Alya dan Aufa mula menangis. Nasib la Aura baby lagi. Cucu lelaki, Adib je maintain hero..

umrah

Selamat berangkat dan selamat pulang. Semoga ibadah umrah diterima Allah SWT.

(Kredit video : NIASA Legacy)

Share, Follow & Like :
alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.

1 Comment

  1. […] vaksinasi. Suntikan kedua dalam bulan Jun nanti. Harapnya kami sekeluarga berpeluang ke Mekah bagi mengerjakan umrah pada tahun […]

Login

Lost your password?

Create an account?

close

Enjoy this blog? Please spread the word :) TQ