Istiqamah Selepas Ramadhan : Pena Hijau

Istiqamah Selepas Ramadhan

tazkirah ramadhan masjid muhammad ahmadi
Senarai Video Tazkirah Ramadhan 1443H Di Masjid Muhammad Ahmadi, Pintu Geng
30 Apr 2022
penyalahgunaan dadah
Bahaya Dan Kesan Penyalahgunaan Dadah
27 May 2022
tazkirah ramadhan masjid muhammad ahmadi
Senarai Video Tazkirah Ramadhan 1443H Di Masjid Muhammad Ahmadi, Pintu Geng
30 Apr 2022
penyalahgunaan dadah
Bahaya Dan Kesan Penyalahgunaan Dadah
27 May 2022
persediaan ramadhan
icon follow us

Berlalu sudah bulan Ramadhan, bulan yang penuh dengan rahmat dan berkat. Bulan yang kaum muslimin berpuasa di siang harinya dan solat terawih di malam harinya. Bulan yang kaum muslimin mengisinya dengan berbagai amal ketaatan. Kini bulan itu telah berlalu dan akan menjadi saksi di hadapan Allah SWT atas segala perbuatan yang dilakukan oleh setiap orang di bulan tersebut. Baik yang berupa amal ketaatan mahupun sebaliknya.

Beramal ibadah bukanlah kerana Ramadhan, sebaliknya kerana Allah SWT dan hendaklah dilakukan secara istiqamah dan berterusan sebagaimana firman Allah SWT di dalam Surah Al-Hijr ayat 99

وَٱعْبُدْ رَبَّكَ حَتَّىٰ يَأْتِيَكَ ٱلْيَقِينُ

Dan sembahlah Tuhanmu, sehingga datang kepadamu (perkara yang tetap) yakin.

Begitu juga rahmat Allah SWT tidaklah terputus dan terhenti dengan berlalunya bulan Ramadhan. Jesteru membaca Al-Quran, berdoa, bersedekah, beriktikaf dan ibadat-ibadat sunat lain yang biasa kita lakukan pada bulan Ramadhan wajar diteruskan pada bulan-bulan berikutnya.

Orang yang mengetahui betapa besarnya rahmat Allah SWT dan betapa berhajatnya dia terhadap rahmat tersebut tentu akan terus berusaha untuk beramal soleh sampai ajal mendatanginya walau Sekecil mana pun bentuknya. Selama dirinya mampu untuk melakukannya, maka dia tidak akan meremehkannya.

Begitu juga perbuatan maksiat, maka dia tetap meninggalkannya dan tidak memandang remeh, sekecil mana pun bentuknya. Allah SWT berfirman dalam Surah Az-Zalzalah ayat 7-8

فَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًۭا يَرَهُۥ ٧

وَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍۢ شَرًّۭا يَرَهُۥ ٨

Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

 

Sabda nabi SAW yang bermaksud :

“Lurus dan dekatkan. Ketahuilah amal semata-mata tidak memasukkan seseorang ke syurga. Amal yang paling dikasihi tuhan ialah yang paling kekal sekalipun sedikit”.

(HR Al-Bukhari dan Muslim)

 

Kesimpulannya, setiap amalan yang kita lakukan pada bulan Ramadhan seperti solat lima waktu secara berjemaah, membaca Al-Quran, bersedekah dan lain-lain hendaklah diteruskan supaya kita tidak menjadi orang yang beribadah kerana Ramadhan.

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
Istiqamah Selepas Ramadhan
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more