Cuti Singkat Di Penang : Pena Hijau

Cuti Singkat Di Penang

adik raudah
Moga Diberi Kesembuhan Buat Adik Raudhatus Solehah
28 Apr 2022
20220626 terengganu
Takdir Membawa Ke Terengganu
26 Jun 2022
adik raudah
Moga Diberi Kesembuhan Buat Adik Raudhatus Solehah
28 Apr 2022
20220626 terengganu
Takdir Membawa Ke Terengganu
26 Jun 2022
penang
icon follow us

Beberapa minggu sebelum bertolak ke Penang, Alya dah sibuk duk tanya bila nak pergi jalan-jalan. Kebetulan Hasanah, anak sedara bini aku ada interview untuk sambung pengajian dalam bidang farmasi di Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang, so Kak Yah, kakak ipar aku sekeluarga pergi hantar. Aku pun rancang nak pegi Penang jugak sempena cuti Hari Keputeraan Yang Di Pertuan Agong tambah pulak ambil cuti tahunan 2 hari. Siap buat itinerary tempat-tempat yang nak pergi kat sana. Alya dapat tahu, terus happy. Siap tanda dalam kalendar. Ingatkan 2 keluarga je pergi, last-last tambah lagi 1 keluarga dengan abang ipar aku sorang. Total 13 orang dengan 3 buah kenderaan.

 

Ni itinerary yang aku buat beberapa hari sebelum bertolak.

 

Tarikh Masa Aktiviti
06 Jun 2022 0800 Bertolak ke Pulau Pinang
1030 Dijangka sampai di TItiwangsa, Berenti rehat, makan
1130 Sambung perjalanan
1430 Dijangka sampai hotel. Solat Zohor & Asar (jamak & qasar)
1600 Makan di Restoran Minah
1900 Jalan-jalan ke Queenbay Mall, makan-makan di Dataran Pantai Queenbay Penang
2300 Balik hotel
07 Jun 2022 0745 Makan pagi di Astaka Taman Tun Sardon / Roti Canai Jalan Gemas
0900 Jalan-jalan ke Bukit Bendera
Harga Tiket :
Dewasa – Normal Lane RM12, Fast Lane RM40
Kanak-kanak (4-12) – Normal Lane RM6, Fast Lane RM20
1200 Makan tengah hari di Hillview Cafe Penang Hill / Nurjaya Tomyam / Syazana Nasi Melayu
1400 Cadangan jalan-jalan
  1. Jalan-jalan sekitar Penang Street Art
  2. The Top Penang
    Harga Tiket (Combo A – Rainbow Skywalk, Aquarium & Jurassic) :
    Dewasa – RM75, Kanak-kanak – RM55
  3. Singgah solat Zohor & Asar di Masjid Terapung Tanjung Bungah
  4. Jalan-jalan sekitar Pantai Batu Feringgi
  5. Pasar Malam Pantai Batu Feringgi
  6. Muzium Dark Mansion
    Harga Tiket : Dewasa – RM21, Kanak-kanak – RM14
  7. Penang Avatar Secret Garden
  8. Makan malam di Kedai Makan Lidiana – Nasi Campur
2200 Balik hotel, solat Maghrib & Isya’, rehat, tidur
08 Jun 2022 0800 Makan pagi di Warisan Bonda
0900 Cadangan jalan-jalan selepas makan pagi
  1. Muzium Hantu
    Harga TIket : Dewasa – RM23, Kanak-kanak – RM15
  2. Taman Belia
  3. Muzium Worderfood
    Harga Tiket : Dewasa – RM16, Kanak-kanak – RM10
  4. Kampung Agong
  5. Muzium Upside Down
    Harga Tiket : Dewasa – RM21, Kanak-kanak – RM12
1030 Balik hotel, mandi
1200 Check out hotel, balik Kelantan

 

6 Jun, hari cuti umum Hari Keputeraan Yang Di Pertuan Agong, dalam pukul 8 lebih kami bertolak menuju ke Pulau Pinang. Singgah sebentar pekena roti canai dekat Rantau Panjang dulu. Disebabkan banyak persinggahan dalam perjalanan, sampai Penang agak lewat sikit. Aku dah booking hotel dari awal lagi, so aku sekeluarga bermalam di hotel. Yang lain bermalam di homestay yang Kak Yah booking di Bayan Lepas.

 

Aku stay di Power Hotel. Dekat dengan Restoran Minah, Masjid Jamek Sungai Gelugor dan dalam 5 minit perjalanan dari USM. Bilik kecil la sikit, tapi tak pe la sebab aku datang sana untuk jalan-jalan bukan nak duduk kat hotel. Hotel tu cuma untuk tido berehat malam je.

 

Dalam planning, nak makan malam di Minah Restaurant tapi tutup. So malam tu, aku sekeluarga makan di Restoran Aroy Singkang, masakan ala thai dan seafood kat Bayan Lepas sambil-sambil nak singgah homestay. Planning nak pergi area Queenbay tak menjadi.. Hahaha…

 

7 Jun, kami makan pagi di Astaka Taman Tun Sardon. Kat sini ada banyak kedai makan dan semestinya banyak pilihan makanan. Ramai jugak la yang makan pagi kat sini. Langit mendung. Tiba-tiba pagi tu hujan. Cuaca tak mengizinkan. Lama jugak terkandas kat sini. Adehh.. habis plan. Aku hanya merancang tapi Allah yang menentukan segalanya. Dan pastinya perancangan Allah tu yang terbaik. Disebabkan tak pasti kereta api di Bukit Bendera beroperasi waktu hujan, so kami rancang ke Muzium Hantu. Masalah utama di Penang ni adalah parking. Susah betul nak cari parking kosong. Last-last disebabkan hujan dah reda sikit, terus kami gerak ke Bukit Bendara.

 

Dalam pukul 12 tengah hari sampai di Penang Hill. Manusia punya la ramai nak naik atas bukit. Nasib baik la aku dah siap-siap beli tiket secara online. Aku beli tiket online kat laman web Bukit Bendera Pulau Pinang. Kalau korang nak beli secara online, pastikan korang beli 24 jam sebelum korang nak naik. Kat sana ada kaunter khas untuk korang yang dah beli tiket online. So tak perlu lah beratur panjang untuk beli tiket. Tunjuk resit pembelian kat kaunter tu dan diorang akan bagi tiket. Tapi pastikan korang bawa MyKad ye sebab diorang akan check kewarganegaraan korang.

 

 

Dapat tiket tu, diorang bagitau batch train korang. Nanti korang boleh tengak dekat skrin, jangkaan masa batch train korang. Macam aku, train aku pukul 2!!! Aduh.. Dekat 2 jam kena tunggu. Menyesal aku tak beli yang fast lane. Gara-gara bini aku la ni suruh beli je yang normal lane. Hahaha… Nak elakkan masa terbuang gitu je, aku pun ajak bini gi isi perut dulu. Lepas makan, kami cari fridge magnet area Penang Hill sebagai cenderahati untuk family nanti.

 

penang hill

 

Turun dari bukit dah petang, planning nak masuk The Top Penang tapi tiket online dah habis. Kami singgah sebentar di Masjid Jamek Al-Qadree, Ayer Itam untuk solat Zohor & Asar. Kemudian kami singgah di Stadium Bandaraya Pulau Pinang untuk makan di kedai Syazana Nasi Melayu, tapi tutup. Nak tak nak makan je la kat kedai sebelah. Makan pasembor dengan laksa penang.

 

pasembor
laksa penang

 

Lepas makan, kami ke Batu Feringgi. Berubah sakan Pantai Batu Feringgi Penang sekarang. Banyak hotel Penang dekat pantai contohnya Hard Rock Penang dan lain-lain, Last datang sini tahun 2003 kalau tak silap. Dapat la menikmati bayu senja Penang kat Batu Feringgi dalam kereta. Hahaha… Alang-alang sampai situ, kami pergi Pasar Malam Batu Feringgi. Tengok fridge magnet kat sini lagi murah dari Bukit Bendera.. Rugi.. Haha.. Pilihan cenderahati pun banyak. Lepas ronda-ronda pasar malam dan beli apa yang patut, kami nak singgah ke homestay. Dalam perjalanan tu, kami berhenti sekejap di Masjid Terapung Tanjung Bungah. Kebetulan, ada masalah air. Aku sempat la ambil wudhuk dan solat jamak. Tapi bini ngan anak aku tak dapat sebab tandas dengan tempat wudhuk diorang ada masalah air. Dalam kereta, anak aku bising.. Masjid viral tapi air tak dok. Sabar la nak. Kedah tak bagi air tu.. 😛

 

masjid terapung tanjung bungah
masjid terapung tanjung bungah

 

Sampai homestay kat Bayan Lepas tu, kami lepak-lepak kat sana dulu sebelum balik hotel untuk rehat dan tidur.

8 Jun, last day di Penang. Kami check out awal pukul 8.30 pagi. Kami singgah makan pagi di Din DG Cafe dekat Taman Desa Rahmat, Bayan Lepas sebelum pergi homestay. Sampai di homestay dalam pukul 9.30 pagi, masing-masing tengah bersiap untuk pergi ke rumah saudara di Kulim sebelum berangkat pulang ke Kelantan. 3 orang anak sedara bini aku naik kereta aku sebab nak join aku. Aku dah janji dengan anak aku nak bawak masuk ke Ghost Museum pagi ni sebelum pulang ke Kelantan. Muzium Hantu buka pukul 10 pagi.

 

ghost museum
ghost museum

 

Lepas tunaikan janji dengan anak aku, kami terus ke rumah sepupu bini aku di Taman Angsana, Kulim, Kedah. Makan tengah hari dan terus solat jamak di sana. Pukul 2.30 petang baru bertolak pulang ke Kelantan.

 

p/s : Pergi Penang tak makan pun nasi kandar sebab bini tak makan kari dan tangan ber…….. Hahaha.. So korang yang ada planning bercuti di Penang tu, nasihat aku planning awal-awal dan beli tiket awal. Boleh beli tiket online di laman web Klook atau apps Klook.

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.

Leave a Reply

Cuti Singkat Di Penang
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more