Ke Terengganu Lagi : Pena Hijau

Ke Terengganu Lagi

20220705 mak masuk hospital 01
Alhamdulillah, Mak Dah Keluar Hospital
5 Jul 2022
ANE 20220829 29 Ogos
Terima Kasih 29082022
30 Aug 2022
20220705 mak masuk hospital 01
Alhamdulillah, Mak Dah Keluar Hospital
5 Jul 2022
ANE 20220829 29 Ogos
Terima Kasih 29082022
30 Aug 2022
ANE 20220724 jksn terengganu
icon follow us

Khamis lepas 21 Zulhijjah 1443 bersamaan 21 Julai 2022, aku kena hadir untuk program Lawatan Kerja ke Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Terengganu.

Lepas solat Subuh, aku berangkat terus ke Kuala Terengganu. Bini aku ikut skali sebab takut tok laki dia balik rumah bini muda kat sana.. hahaha.. sebab pergi balik hari. Aku tak merancang pun nak bermalam kat sana memandangkan anak aku tak ikut sebab sekolah.

Perjalanan pagi tu sejuk. Sampai di Kuala Terengganu, kami singgah di Mydin Mall Kuala Terengganu. Sarapan pagi di Medan Selera kat Mydin Mall jap. Restoran Nasi Kandar Padang Kota je bukak time tu. Cuaca mendung je pagi tu kat sana.

ANE 20220724 bukit besar terengganu

Selesai sarapan pagi, aku pun gerak ke Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu (JKSTR). Dekat je dengan Mydin Mall tu. Jalan kaki dalam 15 minit. Naik kereta dalam 4 minit. Bini aku, aku tinggal kat Mydin Mall.

Tepat jam 9.20 pagi, aku sampai di JKSN Terengganu. Aku disambut di perkarangan lobi oleh kakitangan JKSTR. Pegawai tu tanya, aku sorang ke? “Ya, sorang je”, aku jawab. Dia cakap ada lagi yang tak sampai. Aku ingat aku dah lambat sampai dah. Aku dibawa ke lif untuk naik ke Bilik Gerakan yang terletak di aras 5. Dalam Bilik Gerakan tu, wakil-wakil daripada pihak Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat (BPTM), SUK Kelantan, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan (JKSNK), Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Kelantan dah ada dalam bilik tu. Program sepatutnya bermula pukul 9.45 pagi tapi dekat pukul 10 baru start sebab menunggu wakil-wakil dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) yang tak kunjung tiba. Ish ish.. Dah la pergi tempat orang, bawak nama Islam, bawak nama Kelantan… Pengurusan masa gagal. Malu dekat tuan rumah.. 10 lebih baru sampai.

Lepas ucapan pengerusi dan wakil ketua rombongan Kelantan, taklimat disampaikan oleh En Zulkiflee, Pen. Pengarah Kanan ICT. Kemudian rombongan kami dibawa melawat ke persekitaran kerja dan gambar bersama Yang Amat Arif Tuan Haji Wan Mohd Zakri bin Wan Mohd, Ketua Hakim Syarie Negeri Terengganu dan Yang Amat Arif Tuan Haji Ibrahim bin Deris, Ketua Hakim Syarie Negeri Kelantan. YAA Tuan Haji Ibrahim bin Deris baru dilantik menjadi Ketua Hakim Syarie Negeri Kelantan menggantikan rakan satu maahad ayah, Dato’ Haji Abu Bakar bin Abdullah Kutty.

Selesai program, jam pukul 1 tengah hari. Aku terus berangkat ke Mydin Mall untuk ambil bini aku dengan adik ipar aku. Kebetulan hari tu jugak, adik ipar aku ada urusan kerja di Pejabat Lembaga Pertubuhan Peladang (PELADANG) Negeri Terengganu. Kami singgah makan tengah hari di Pasar Payang. Selesai makan, kami cari sedikit buah tangan untuk dibawa balik ke Kelantan.

Sengaja aku lalu kot jalan Seberang Takir untuk balik ke Kelantan.  Aku tanya bini aku, kot-kot nak singgah sekejap kat jeti Pulau Kambing atau Pantai Teluk Ketapang untuk mengubat rindu pada anak saudara dia yang masih hilang di laut akhir bulan Jun baru ni. Dia cakap tak nak. So aku teruskan perjalanan balik ke Kelantan melalui jalan pantai.

Kami singgah solat jamak di Masjid Padang Nanas. Kebetulan berjumpa dengan rombongan daripada BPTM SUK Kelantan. Selesai solat jamak, sambil-sambil menunggu bini dengan adik ipar aku bersiap, memori lama masa tinggal di Terengganu hampir 11 tahun kembali. Dulu-dulu, kalau bukan giliran ayah jadi khatib dan imam solat Jumaat di Masjid MRSM Kuala Terengganu (Tahun 90-an dulu Masjid MRSMKT jadi Masjid Solat Jumaat untuk penduduk sekitar), pastinya ayah bawa kami adik beradik solat Jumaat kadang-kadang di Masjid Padang Nanas, Masjid Rusila, Masjid Losong dan masjid-masjid sekitar Kuala Terengganu.

Lepas hantar adik ipar aku, nak balik rumah, sampai kat persimpangan Telipot, bini aku “banjir air mata” sebab teringatkan anak saudara dia. Tadi bukan main keras hati bila lalu kat tempat operasi mencari. Tepaksalah aku tenangkan hati bini aku sebelum sampai kat rumah. Kang tak pasal-pasal anak aku tengok mata ibu dia bengkak. Apa-apa pun moga rohnya dicucuri rahmat Allah. Andainya jasad dia ditakdirkan tidak ditemui atas dunia ni, moga-moga seluruh ahli keluarga dapat disatukan dan dipertemukan di sana nanti. Aamiin…

 

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.

7 Comments

  1. Azwina Sulaiman says:

    Eh di Mydin MITC pun ada nasi kandar Padang Kota.
    Kenangan pahit manis terkenang di Terengganu.
    Al-Fatihah untuk yang hilang.

  2. abdullah says:

    Hey very nice blog!

  3. werso says:

    interesting for a very long time

  4. abdullah says:

    Hello.

  5. aq50aqa says:

    very interesting

Leave a Reply

Ke Terengganu Lagi
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more