Kecelaan Mempersendakan Agama Islam : Pena Hijau

Kecelaan Mempersendakan Agama Islam

ilmu dan amal
Ilmu Dan Amal Berpisah Tiada
15 Jul 2022
Iktibar Daripada Hijrah Nabi SAW
29 Jul 2022
ilmu dan amal
Ilmu Dan Amal Berpisah Tiada
15 Jul 2022
Iktibar Daripada Hijrah Nabi SAW
29 Jul 2022
icon follow us

Sejak akhir-akhir ini kita dapati pelbagai kelakuan yang dilakukan oleh anak-anak remaja kita yang melanggar batasan syara’ dengan menghina syiar-syiar agama Islam itu sendiri. Bagi mereka, kelakuan demikian hanya sekadar senda gurau sahaja dan tidak berniat dengan apa-apa sedangkan perbuatan dan percakapan sebegini boleh merosakkan syiar Islam. Sesuatu perbuatan atau tingkah laku kadang kala bukan sahaja melibatkan hukum hakam bahkan melibatkan aqidah seseorang.

Semua perbuatan dan perkataan itu termasuk dalam kategori mempersendakan agama yang boleh membawa kepada terpesongnya pegangan agama seseorang itu. Sebagai seorang muslim yang telah berjanji dengan penuh keyakinan dalam ungkapan syahadah, menjadi suatu kewajipan untuk terus beristiqamah dalam memelihara segala tuntutannya.

Dengan itu, seseorang akan tetap dianggap sebagai muslim selagi mana tidak terjebak dalam apa jua bentuk kekufuran. Justeru itu, menjadi tanggungjawab setiap individu muslim untuk mengetahui batas-batas antara iman dan kufur sebagaimana yang dijelaskan dalam nas-nas syara’.

Penghinaan agama khususnya terhadap agama Islam sejak akhir-akhir ini seolah-olah menjadi satu trend. Apa yang berlaku di salah satu kelab komedi baru-baru ini menyentap sensitiviti umat Islam. Ia menggambarkan betapa dangkalnya kefahaman dan penghayatan agama dalam kalangan penganut Islam.

Lalu, bagaimana kedudukan orang yang mempersendakan agama di sisi Allah SWT? Firman Allah SWT dalam surah At-Taubah ayat 65-66 :

وَلَئِن سَأَلْتَهُمْ لَيَقُولُنَّ إِنَّمَا كُنَّا نَخُوضُ وَنَلْعَبُ ۚ قُلْ أَبِٱللَّهِ وَءَايَـٰتِهِۦ وَرَسُولِهِۦ كُنتُمْ تَسْتَهْزِءُونَ ٦٥

لَا تَعْتَذِرُوا۟ قَدْ كَفَرْتُم بَعْدَ إِيمَـٰنِكُمْ ۚ إِن نَّعْفُ عَن طَآئِفَةٍۢ مِّنكُمْ نُعَذِّبْ طَآئِفَةًۢ بِأَنَّهُمْ كَانُوا۟ مُجْرِمِينَ ٦٦

Dan jika engkau bertanya kepada mereka (tentang ejek-ejekan itu) tentulah mereka akan menjawab: “Sesungguhnya kami hanyalah berbual dan bermain-main”. Katakanlah: “Patutkah nama Allah dan ayat-ayatNya serta RasulNya kamu memperolok-olok dan mengejeknya?” [65] Janganlah kamu berdalih (dengan alasan-alasan yang dusta), kerana sesungguhnya kamu telah kufur sesudah kamu (melahirkan) iman. Jika Kami maafkan sepuak dari kamu (kerana mereka bertaubat), maka Kami akan menyeksa puak yang lain, kerana mereka adalah orang-orang yang terus bersalah. [66]

Perlu diingatkan bahawa antara perkara-perkara yang boleh merosakkan iman ialah percakapan, perbuatan atau apa-apa sahaja yang menggambarkan penghinaan terhadap Islam sama ada secara sengaja, gurauan atau berbentuk komedi.

Justeru, dinasihatkan kepada mereka yang pernah terlanjut dalam perkara ini agar kembali bertaubat dan mohon ampun kepada Allah SWT.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

“Perbaharuilah iman kamu. Dikatakan : Wahai Rasulullah, bagaimana kami mahu memperbaharui keimanan kami? Baginda menjawab : Perbanyakkan mengucap La ilaha illa Allah”

(HR Imam Ahmad)

Oleh yang demikian, sentiasalah berhati-hati dengan setiap perkataan atau perbuatan walaupun ia sekadar gurauan. Ini kerana bukan semua perkara bileh kita bergurau dengannya. Janganlah kita meniru-niru orang lain yang akhirnya merugikan diri kita sendiri. Sentiasalah menambah ilmu pengetahuan dengan mempelajari ilmu agama kerana dengan kita memperlajari ilmu agama ia akan menyelamatkan kita daripada sebarang perkara yang mendatangkan kebencian Allah SWT.

Penghinaan terhadap agama Islam telah berlaku secara berleluasa di dalam masyarakat dunia hari ini termasuk negara Malaysia. Telah terbukti bahawa individu yang tidak bertanggungjawab telah menjadikan agama Islam sebagai tema atau penghinaan di media sosial dan lainnya. Walaupun mereka yang terlibat dengan isu penghinaan agama Islam ini adalah segelintir sahaja, tetapi apa yang lebih membimbangkan ialah isi ini jika dibiarkan akan menggugat kestabilan dan keharmonian masyarakat berbilang agama di Malaysia. Semua pihak seharusnya bertindak sedaya upaya untuk membantu pihak berwajib membanteras penghinaan agama Islam ini sama ada melalui perundangan atau lainnya.

وَذَرِ ٱلَّذِينَ ٱتَّخَذُوا۟ دِينَهُمْ لَعِبًا وَلَهْوًا وَغَرَّتْهُمُ ٱلْحَيَوٰةُ ٱلدُّنْيَا ۚ وَذَكِّرْ بِهِۦٓ أَن تُبْسَلَ نَفْسٌۢ بِمَا كَسَبَتْ لَيْسَ لَهَا مِن دُونِ ٱللَّهِ وَلِىٌّ وَلَا شَفِيعٌ وَإِن تَعْدِلْ كُلَّ عَدْلٍ لَّا يُؤْخَذْ مِنْهَآ ۗ أُو۟لَـٰٓئِكَ ٱلَّذِينَ أُبْسِلُوا۟ بِمَا كَسَبُوا۟ ۖ لَهُمْ شَرَابٌ مِّنْ حَمِيمٍ وَعَذَابٌ أَلِيمٌۢ بِمَا كَانُوا۟ يَكْفُرُونَ

Dan jauhkanlah diri dari orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai permainan dan hiburan, dan mereka pula telah diperdayakan oleh kehidupan dunia dan peringatkanlah (mereka) dengan Al-Quran itu supaya tiap-tiap diri (di akhirat kelak) tidak terjerumus (ke dalam azab neraka) dengan sebab apa yang ia telah usahakan (dari perbuatan yang buruk dan keji). Tidak ada baginya pelindung dan tidak juga pemberi syafaat yang lain dari Allah. Dan jika ia hendak menebus (dirinya) dengan segala jenis tebusan, (nescaya tebusan itu) tidak akan diterima daripadanya. Mereka itulah orang-orang yang dijerumuskan (ke dalam azab neraka) dengan sebab apa yang telah mereka usahakan. Bagi mereka disediakan minuman dari air panas yang menggelegak, dan azab seksa yang tidak terperi sakitnya, disebabkan mereka kufur ingkar (semasa hidupnya).

(Surah Al-An’am : 70)

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
Kecelaan Mempersendakan Agama Islam
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more