Salam Awal Muharram 1444H : Pena Hijau
ANE 20220720 kad keahlian lotuss
Penerimaan Kad Keahlian Fizikal Tesco/Lotus Ditamatkan
20 Jul 2022
ANE 20220826 tukang rumah bocor
Waspada Scammer Tukang Rumah
26 Aug 2022
ANE 20220720 kad keahlian lotuss
Penerimaan Kad Keahlian Fizikal Tesco/Lotus Ditamatkan
20 Jul 2022
ANE 20220826 tukang rumah bocor
Waspada Scammer Tukang Rumah
26 Aug 2022
muharram 1444h
icon follow us

Salam Muharram 1444H buat semua umat Islam terutamanya pengunjung Alkhudhri.com. Awal Muharram 1444H di Malaysia jatuh pada hari Sabtu, 30 Julai 2022 yang merupakan hari cuti umum bagi seluruh negara. Cuma di Kelantan, mana-mana cuti umum yang jatuh pada hari Sabtu akan diganti 1 hari pada keesokkannya. So dapatlah cuti 3 hari, Jumaat, Sabtu dan Ahad. 😀

Sempena dengan kedatangan Tahun Baharu Islam ni, kami kongsikan bacaan Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun untuk panduan semua. Cumanya kena ingat satu je la, jangan sandarkan amalan ni kepada Nabi SAW. Sebabnya zaman Nabi, Baginda tak pernah pun buat amalan ni. Boleh baca lebih lanjut dalam “Doa Akhir Dan Awal Tahun Itu Bidaah?” di Portal usrahnurani.com.

By the way, tema sambutan Maal Hijrah tahun ni adalah “Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran”.

Doa Akhir Tahun (Dibaca sebelum waktu Maghrib hari ini)

Doa Akhir Tahun

Maksudnya :

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala pujian itu bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam, Selawat dan salam ke atas penghulu kami Nabi Muhammad berserta keluarga dan sahabat-sahabat baginda.

Ya Allah! Apa yang telah kami lakukan pada tahun ini dari perkara-perkara yang Engkau larang dan kami belum bertaubat daripadanya padahal Engkau tidak meredhainya dan kami telah melupakannya sedang Engkau pula tidak melupakannya dan Engkau berlemah lembut kepada kami sedang Engkau berkuasa mengazab kami malah memberi kami peluang supaya kami bertaubat selepas kami menceburkan diri melakukan maksiat kepada-Mu.

Oleh yang demikian kami memohon keampunan-Mu, maka ampunkanlah kami. Dan apa-apa yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini dari perkara-perkara yang Engkau redhai dan Engkau telah menjanjikan ganjaran pahala kerananya, maka kami memohon kepada-Mu Ya Allah, Tuhan yang Maha Mulia, yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan semoga Engkau menerimanya (amal bakti) yang telah kami lakukan dan Engkau tidak menghampakan harapan kami, wahai Tuhan yang Maha Mulia.

Selawat dan salam ke atas penghulu kami Nabi Muhammad berserta keluarga dan sahabat-sahabatnya. Dan segala pujian itu bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam.

 

Doa Awal Tahun (Dibaca selepas masuk waktu Maghrib hari ini)

Doa Awal Tahun

Maksudnya :

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala pujian itu bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam, Selawat dan salam ke atas penghulu kami Nabi Muhammad berserta keluarga dan sahabat-sahabat baginda.

Ya Allah! Engkaulah Tuhan yang kekal untuk selama-lamanya sedia ada lagi tiada permulaan. Kelebihan-Mu Maha Agung dan kemurahan-Mu amat melimpah yang sangat-sangat diharapkan. Tibalah sudah tahun baru ke atas kami, kami mohon kepada-Mu perlindungan pada tahun ini daripada syaitan yang direjam dan konco-konconya serta bala tenteranya, kami juga memohon kepada-Mu pertolongan mengalahkan runtunan nafsu yang mendorong ke arah kejahatan, dan kami memohon kepada-Mu kerja-kerja yang boleh mendampingkan diri kami kepada-Mu, wahai Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan.

Selawat dan salam ke atas penghulu kami Nabi Muhammad berserta keluarga dan sahabat-sahabatnya. Dan segala pujian itu bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam.

 

Akhir pena, kami ingin mengucapkan Kulla ‘am wa antum bikhair. Selamat menyambut 1 Muharram 1444H. Mari kita jadikan tahun baru ini sebagai awal dari kehidupan yang lebih baik. Amiin..

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.

Leave a Reply

Salam Awal Muharram 1444H
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more