Sambutan Hari Kemerdekaan 2022 : Pena Hijau

Sambutan Hari Kemerdekaan 2022

ANE 20220826 tukang rumah bocor
Waspada Scammer Tukang Rumah
26 Aug 2022
20221013 temuduga terbuka
Temuduga Terbuka Program Karnival KeTSA @ KB Prihatin
13 Oct 2022
ANE 20220826 tukang rumah bocor
Waspada Scammer Tukang Rumah
26 Aug 2022
20221013 temuduga terbuka
Temuduga Terbuka Program Karnival KeTSA @ KB Prihatin
13 Oct 2022
ANE 20220831 merdeka
icon follow us

Setelah dua tahun tiada sambutan akibat pandemik COVID-19, tahun ini sambutan Hari Kemerdekaan 2022 negara kita Malaysia yang ke 65 disambut dengan lebih meriah. Acara gilang gemilang banyak diadakan supaya semangat patriotik cintakan negara kita dapat disemarakkan.

Tema Hari Kebangsaan pada tahun ini adalah “Keluarga Malaysia Teguh Bersama“. Tema ini diperkenalkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Datuk Seri Panglima TPr Annuar Haji Musa yang juga merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022.

Senarai lokasi sambutan Ambang Merdeka pada malam ini (30 Ogos 2022)

  1. WP Putrajaya – Anjung Floria Putrajaya
  2. Selangor – Dataran Kemerdekaan Shah Alam
  3. Perak – Dataran MBI
  4. Perlis – Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra

Bagi warganegara Malaysia yang ingin menyaksikan acara perarakan sambutan Hari Kebangsaan 2022 pada 31 Ogos 2022 peringkat negeri masing-masing, bolehlah rujuk info di bawah. Perarakan bermula pada jam 7.00 pagi.

  1. Johor – Dataran Iskandar Puteri Nusajaya
  2. Kedah – Dataran Medan Bandar, Alor Setar
  3. Kelantan – Padang Majlis Daerah Ketereh
  4. Melaka – Dataran Sejarah Ayer Keroh
  5. Negeri Sembilan – Padang Majlis Bandaraya Seremban
  6. Pahang – Padang MBK 4, Kuantan
  7. Pulau Pinang – Padang Kota Lama
  8. Perak – Dewan Bandaraya Ipoh
  9. Terengganu – Taman Awam Batu Burok
  10. Sabah – Padang Merdeka Kota Kinabalu
  11. Sarawak – Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan, Betong
  12. WP Labuan – Taman Damai Layang-Layangan

Salam Kemerdekaan 2022 daripada kami.

 

 

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
Sambutan Hari Kemerdekaan 2022
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more