Mencapai Husnul Khotimah : Pena Hijau

Mencapai Husnul Khotimah

ANE 20220908 kejiranan
Semangat Kejiranan Dan Perpaduan
8 Sep 2022
al quran
Indahnya Hidup Bersyariat
29 Sep 2022
ANE 20220908 kejiranan
Semangat Kejiranan Dan Perpaduan
8 Sep 2022
al quran
Indahnya Hidup Bersyariat
29 Sep 2022
ANE 20220915 husnul khotimah
icon follow us

Kehidupan di dunia ini hanyalah sementara dan akan sentiasa menerima ujian serta dugaan samada dalam bentuk kebaikan atau keburukan. Setiap yang hidup pasti akan mati, dan kematian adalah penghujung kehidupan setiap manusia di dunia ini. Allah SWT berfirman dalam surah Al-A’raf ayat 34 :

وَلِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلٌ ۖ فَإِذَا جَآءَ أَجَلُهُمْ لَا يَسْتَأْخِرُونَ سَاعَةً ۖ وَلَا يَسْتَقْدِمُونَ

“Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh, (yang telah ditetapkan), maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka undurkan (kemudiankan) walau sesaat pun dan tidak dapat pula mereka dahulukan”

Sebagai umat islam sudah pasti kita berkeinginan agar dimatikan dalam keadaan “Husnul Khotimah” (kesudahan yang baik) dan bukan sebaliknya “Suu ul Khotimah”  (kesudahan yang buruk).

Amat perlu diinsafi, bahawa keadaan kematian setiap dari kita berkait rapat dengan amalan yang kita lakukan sepanjang kehidupan kita, terutamanya di saat kedatangan sakratul maut. Ini dijelaskan oleh hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Sahl bin Sa’ad yang bermaksud :

“Sesungguhnya amalan itu disempurnakan dengan pengakhirannya”

[Riwayat Bukhari dan Ahmad]

Kerana itulah, golongan yang beriman kepada al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW mengharapkan kebaikan bagi penghujung kehidupan mereka. Justeru, mereka sentiasa melakukan amalan-amalan salih, beristiqamah dalam menjunjung titah perintah Allah SWT, mengamalkan sunnah RasulNya, meninggalkan segala maksiat dan laranganNya serta memperbanyakkan taubat. Semoga dengan bertaubat, hati kita akan menjadi bersih dan menjadi sebab untuk mati dalam husnul khatimah.

Di samping itu, sentiasalah berdoa, agar kita semua dimatikan dalam golongan yang baik sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Ali ‘imran ayat 193 :

رَّبَّنَآ إِنَّنَا سَمِعْنَا مُنَادِيًا يُنَادِى لِلْإِيمَـٰنِ أَنْ ءَامِنُوا۟ بِرَبِّكُمْ فَـَٔامَنَّا ۚ رَبَّنَا فَٱغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَكَفِّرْ عَنَّا سَيِّـَٔاتِنَا وَتَوَفَّنَا مَعَ ٱلْأَبْرَارِ

“Ya Tuhan kami! Sesungguhnya kami dengar seruan yang menyeru kepada iman, katanya: Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu, maka kami pun beriman. Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami, dan hapuskanlah dari kami segala kesalahan kami, dan matikanlah kami bersama orang yang berbakti”

Selain menjaga hubungan dengan Allah, kita juga perlu memperbaiki hubungan sesama manusia. Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud :

“Barangsiapa yang ingin dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, hendaklah kematian mendatanginya di kala dia berada dalam keimanan kepada Allah dan hari akhirat serta hendaklah dia bertemu dengan orang ramai sebagaimana yang dia ingin ditemui oleh mereka”.

Dalam kita mengharungi kehidupan di dunia ini, marilah sama-sama kita berusaha untuk meningkatkan amal ibadat kita kepada Allah SWT dan berterusan dalam melakukan perkara kebajikan agar penghujung hayat kita ditentukan dalam keadaan ‘husnul khotimah’.

Berikut ini adalah antara cara-cara bagi mendapat husnul khatimah :

  1. Istiqomah dan sentiasa mengamalkan ketaatan dan ketaqwaan kepada Allah SWT di samping meninggalkan laranganNya.
  2. Berterusan berdoa kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh agar pengakhiran kehidupan kita dalam beriman dan bertaqwa.
  3. Hendaklah setiap kita berusaha memperbaiki diri sama ada zahir atau batin, dan menjaga hubungan kita dengan Allah serta hubungan kita dengan makhluk Allah di muka bumi ini.
  4. Menaruh harapan baik dan keampunan daripada Allah ketika menghadapi sakaratul maut.

إِنَّ ٱلَّذِينَ قَالُوا۟ رَبُّنَا ٱللَّهُ ثُمَّ ٱسْتَقَـٰمُوا۟ تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمُ ٱلْمَلَـٰٓئِكَةُ أَلَّا تَخَافُوا۟ وَلَا تَحْزَنُوا۟ وَأَبْشِرُوا۟ بِٱلْجَنَّةِ ٱلَّتِى كُنتُمْ تُوعَدُونَ

“Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: “Tuhan kami ialah Allah”, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): “Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh Syurga yang telah dijanjikan kepada kamu”.

(Surah Fussilat : ayat 30)

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.

Leave a Reply

Mencapai Husnul Khotimah
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more