Cacing Yang Paling Sesuai Untuk Baja Kompos di Malaysia

Cacing Yang Paling Sesuai Untuk Baja Kompos di Malaysia

20221013 karnival hari perkeso 2022
Karnival Kerjaya Sempena Hari PERKESO 2022
13 Oct 2022
ANE 20221107 gerhana bulan berdarah
Peluang Menyaksikan Gerhana Bulan Penuh Esok
7 Nov 2022
20221013 karnival hari perkeso 2022
Karnival Kerjaya Sempena Hari PERKESO 2022
13 Oct 2022
ANE 20221107 gerhana bulan berdarah
Peluang Menyaksikan Gerhana Bulan Penuh Esok
7 Nov 2022
ANE 20221023 cacing baja kompos
icon follow us

Semasa berborak dengan orang kampung pasal membuat kompos menggunakan cacing, ada yang mencadangkan…

‘”Buat apa susah-susah beli.. kutip je cacing tanah di pangkal pokok pisang dan jadikan cacing kompos.'”

Jawapan kepada cadangan ini adalah tidak boleh. Ini kerana cacing kompos tidak sama dengan cacing tanah biasa.

Cacing Kompos vs Cacing Tanah
  1. Cacing kompos biasanya lebih suka makan bahan-bahan sisa makanan manusia, yang sedang mereput dan rosak. Berbanding dengan cacing tanah yang selalunya makan bahan-bahan organik reput seperti daun mati atau kayu mati di dalam tanah.
  2. Cacing kompos tak cerewet jika dikumpulkan dengan jumlah yang banyak, bergumpal seperti bola. Tetapi cacing tanah tak suka keadaan seperti ini sebab di habitat asalnya mereka tak pernah bergumpal seperti bola.
  3. Cacing kompos boleh membiak sangat pantas (kaching..) tapi cacing tanah agak slow membiak.
  4. Cacing kompos makan sangat pantas dan boleh menukarkan sisa makanan kepada baja kompos dengan pantas. Cacing tanah biasa agak lembab.
  5. Cacing kompos suka berada di bahagian atas tanah. Sangat sesuai jika kita taburkan sisa makanan di atas tanah di dalam kawasan kompos. Cacing tanah pula lebih suka masuk pada kedalaman sejengkal di dalam tanah.
  6. Cacing kompos tidak menggali terowong di dalam tanah. Berbeza dengan cacing tanah yang suka menggali terowong jauh ke dalam tanah (1 kaki dalam?) dan menyuburkan tanah kerana pengudaraan yang lebih baik.

OK lah.. kalau macam tu, cacing kompos jenis apa yang nak dibela sebab cacing kompos ada banyak. Jenis cacing kompos yang manakah yang paling sesuai?

Ada banyak cacing kompos, tapi yang selalu digunakan adalah :

  1. African Night Crawler
    • Eudrilus eugeniae
    • saiz besar
    • senang untuk buat umpan bagi kaki pancing
    • lebih sesuai cuaca panas seperti afrika.
  2. European Night Crawler
    • Eisenia hortensis
    • saiz agak besar
    • lebih sesuai cuaca sejuk seperti Eropah
  3. Red Wriggler
    • Eisenia fetida
    • adik beradik European Night Crawler
    • cuma saiznya lebih kecil
    • bahagian ekornya kuning sedikit berbeza dengan cacing lain
  4. Indian Blue
    • Perionyx excavatus
    • (Blue wriggler)
    • ada jalur biru sikit-sikit pada badan
    • suka merayap keluar dari bekas, terutama sewaktu guruh petir nak hujan.

Di Malaysia dengan iklim panas tropika, African Night Crawler (ANC) mungkin yang terbaik. Lagipun kalau cari di Shopee, ANC banyak dijual berbanding jenis-jenis yang lain.

african night crawler

Klik untuk beli di Shopee

 

Jenis-jenis lain mungkin kena order dari Amazon overseas.

Berapa Pantaskah Cacing Membiak?

Cacing kompos yang matang boleh membiak dari 1000 ekor kepada 500,000 ekor dalam masa setahun sahaja! Maksud cacing matang adalah cacing yang ada gelang pada ‘lehernya’ iaitu mereka bersedia untuk membiak.

Secara kasarnya setengah kilogram berat cacing ada dlm 1000 ekor (Red Wriggler) atau 1 kg ada 1000 ekor untuk African Night Crawler & European Night Crawler.

Dari segi komersial, cacing kompos digunakan dalam :

  1. pembuatan pellet yang dicampurkan dengan protein cacing yang dah diproses jadi tepung
  2. penghasilan baja worm casting yang sangat berkualiti.

Perbezaan besar ternak cacing dengan ternak haiwan-haiwan lain seperti ayam, kambing, lembu dll; Cacing TAK ADA BAU dan cacing tak cerewet sangat dari segi makanan. Hampir semua benda organik boleh diberi. Kalau kita tak balik kebun seminggu dua pun tak apa. Makanan yang dilonggokkan boleh tahan lama di dalam tanah.

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
Cacing Yang Paling Sesuai Untuk Baja Kompos di Malaysia
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more