Draw.io - Perisian Merekabentuk Gambar Rajah Percuma

Draw.io – Perisian Merekabentuk Gambar Rajah Percuma

aplikasi selawat
Aplikasi Selawat
13 Apr 2022
ANE 20230706 draw io dengan google drive
Guna Draw.io Dengan Google Drive
6 Jul 2023
aplikasi selawat
Aplikasi Selawat
13 Apr 2022
ANE 20230706 draw io dengan google drive
Guna Draw.io Dengan Google Drive
6 Jul 2023
ANE 20230411 drawio diagramsnet
icon follow us

Platform draw.io (kini dikenali diagrams.net) ialah aplikasi dan editor gambar rajah atas talian yang percuma untuk digunakan. Dengan perisian ini, anda boleh mereka cipta design berkualiti tinggi, carta alir, carta organisasi, rajah rangkaian komputer, pelan lantai, Bahasa Pemodelan Bersepadu (UML) dan lain-lain. Boleh dikatakan perisian ini adalah alternatif kepada perisian berbayar SmartDraw.

Anda boleh menggunakan diagrams.net secara atas talian melalui URL https://www.diagrams.net/ atau muat turun perisian ini secara percuma.

carta organisasi

Pelan dan Harga

Perkara yang menarik tentang diagrams.net adalah PERCUMA untuk digunakan. Apa yang anda perlu lakukan untuk mula menggunakan perisian ini ialah pergi ke laman web diagrams.net, pilih tempat untuk menyimpan ciptaan anda (dalam komputer, Google Drive, GitHub, GitLab atau Microsoft OneDrive) dan mula mereka bentuk.

Ciri-Ciri

Draw.io menawarkan persekitaran pemprosesan grafik vektor yang mesra pengguna. Kelebihan besar grafik vektor berbanding pemprosesan imej tradisional ialah anda tidak akan kehilangan sebarang kualiti jika anda membuka semula dan mengedit fail vektor.

Draw.io menyediakan pelbagai template susun atur yang berbeza yang boleh anda pilih semasa membuat reka bentuk baharu.

Anda juga boleh mengeksport projek anda dalam pelbagai format termasuk SVG, XML, HTML, PDF.

Antara Muka

Antara muka diagrams.net disusun dengan baik dengan pintasan berguna yang dapat membantu anda mencari bentuk, fungsi dan tetapan yang popular dengan cepat. Di sebelah kiri skrin edit diagrams.net, anda akan melihat panel bentuk yang berguna.

Sokongan

Oleh kerana diagrams.net adalah perisian percuma, sokongan teknikal agak terhad. Anda boleh mempelajari tentang ciri-cirinya dengan menyemak draw.io.

Kesimpulan

Walaupun perisian draw.io bukanlah alat mereka gambarajah yang sempurna, namun anda tidak perlu untuk melanggan atau membeli lesen perisian ini. Dengan kata lain ia adalah percuma.

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
Draw.io – Perisian Merekabentuk Gambar Rajah Percuma
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more