Perancangan Kita Itu Usaha, Perancangan Allah Itu Takdir

Perancangan Kita Itu Usaha, Perancangan Allah Itu Takdir

20230501 selamat hari pekerja
Pekerjaan Yang Paling Baik
1 May 2023
ANE 20230518 kemuliaan ilmu hari guru
Kemuliaan Ilmu Dan Sanjungan Terhadap Para Guru
18 May 2023
20230501 selamat hari pekerja
Pekerjaan Yang Paling Baik
1 May 2023
ANE 20230518 kemuliaan ilmu hari guru
Kemuliaan Ilmu Dan Sanjungan Terhadap Para Guru
18 May 2023
ANE 20230510 perancangan
icon follow us

Setiap dari kita mesti pernah merancang sesuatu kan. Dari sekecil-kecil perancangan hinggalah ke sebesar-besar perancangan. Kalau di jabatan, sekolah ada perancangan mesyuarat dan aktiviti tahunan. Malah diri kita sendiri, tentu pernah merancang perjalanan hidup kita dalam mencapai cita-cita.

Kita merancang apa kan kita lakukan selepas ini. Kita merancang apa akan kita lakukan esok. Kita merancang apa akan berlaku minggu depan. Kita merancang akan bergraduasi beberapa tahun akan datang. Sehinggalah kita merancang apa akan berlaku 10 tahun akan datang.

Adakah kita benar-benar pasti segalanya akan berlaku seperti yang dirancang?

Ketahuilah… Kita merancang, Allah juga merancang. Dan Allah adalah sebaik-baik perancang-Nya. Kita hanya merancang dan Allah penentu segalanya.

Yang pastinya, kita janganlah bersedih jika apa yang kita rancangkan itu tidak menjadi kenyataan. Aturan Allah itu jauh lebih baik daripada apa yang kita rancangkan. Kita hanyalah hambaNya yang kerdil. Janganlah sesekali kita berputus asa dengan apa yang berlaku. Teruslah berdiri teguh megharapkan rahmat daripadaNya.

Firman Allah dalam surah Yusuf ayat 87 :

وَلَا تَا۟يْـَٔسُوا۟ مِن رَّوْحِ ٱللَّهِ ۖ إِنَّهُۥ لَا يَا۟يْـَٔسُ مِن رَّوْحِ ٱللَّهِ إِلَّا ٱلْقَوْمُ ٱلْكَـٰفِرُونَ ٨٧

“Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya orang yang berputus asa dari rahmat Allah, hanyalah orang-orang kafir”

Setiap perkara yang terjadi, pasti ada hikmah yang tersembunyi!

Walaupun perkara pahit menimpa, walaupun perkara menyakitkan menjenguk, walaupun perkara sedih datang menyapa. Walau perkara buruk berlaku. Percayalah, di pengakhirannya akan ada kemanisan.

Kadangkala, Allah beri kita hujan lebat yang disertai dengan petir, kilat serta guruh. Jangan kita lihat kesukaran, ketakutan kita hadapi dengan hujan lebat itu. Tapi lihatlah apa yang berlaku selepas hujan lebat itu berlalu pergi. Allah beri kita pelangi yang sangat indah. Subhanallah, indahnya aturan Allah.

Redha dan terimalah setiap ketentuan Ilahi itu dengan hati yang terbuka dan yakinlah perancangan Allah sentiasa yang terbaik buat kita semua.

Di dalam setiap perancangan kita itu, sertakanlah dengan doa kepada Allah. Redhalah apa yang berlaku andainya ia tidak seperti yang kita rancangkan. Terimalah setiap ketentuan Ilahi. Yakinlah, susunan Allah sentiasa yang terbaik buat hamba-hambaNya. Allah tidak akan mengatur sesuatu yang sia-sia, semuanya bersulam hikmah yang sangat halus dan sangat hebat!

وَعَسَىٰٓ أَن تَكْرَهُوا۟ شَيْـًۭٔا وَهُوَ خَيْرٌۭ لَّكُمْ ۖ وَعَسَىٰٓ أَن تُحِبُّوا۟ شَيْـًۭٔا وَهُوَ شَرٌّۭ لَّكُمْ ۗ وَٱللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ ٢١٦

“Dan boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

(Al-Baqarah : 216)

Perancangan itu perlu. Tetapi ia tidak semestinya berlaku. Allah lebih tahu.

Allahu’alam.

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
Perancangan Kita Itu Usaha, Perancangan Allah Itu Takdir
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more