Kemuliaan Ilmu Dan Sanjungan Terhadap Para Guru : Pena Hijau

Kemuliaan Ilmu Dan Sanjungan Terhadap Para Guru

ANE 20230510 perancangan
Perancangan Kita Itu Usaha, Perancangan Allah Itu Takdir
10 May 2023
ANE 20230525 kukuhkan perpaduan
Kukuhkan Perpaduan Berpandukan Al-Quran Dan As-Sunnah
25 May 2023
ANE 20230510 perancangan
Perancangan Kita Itu Usaha, Perancangan Allah Itu Takdir
10 May 2023
ANE 20230525 kukuhkan perpaduan
Kukuhkan Perpaduan Berpandukan Al-Quran Dan As-Sunnah
25 May 2023
ANE 20230518 kemuliaan ilmu hari guru
icon follow us

Kemuliaan Ilmu Dan Sanjungan Terhadap Para Guru | Ilmu pengetahuan merupakan sesuatu yang sangat penting dan mulia dalam kehidupan. Samada kehidupan duniawi mahupun ukhrawi. Ilmu pengetahuan juga merupakan cahaya yang boleh membimbing kita semua menuju kebenaran dan kebijaksanaan. Sebagai hamba Allah, kita diperintahkan untuk mencari ilmu pengetahuan, kerana dengan ilmu kita dapat menyaksikan dan memahami kebesaran Allah subhanahu wa ta’ala serta menjalani kehidupan yang lebih baik.

Firman Allah subhanahu wa ta’ala dalam surah al-Mujadilah ayat 11 :

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ إِذَا قِيلَ لَكُمْ تَفَسَّحُوا۟ فِى ٱلْمَجَـٰلِسِ فَٱفْسَحُوا۟ يَفْسَحِ ٱللَّهُ لَكُمْ ۖ وَإِذَا قِيلَ ٱنشُزُوا۟ فَٱنشُزُوا۟ يَرْفَعِ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ مِنكُمْ وَٱلَّذِينَ أُوتُوا۟ ٱلْعِلْمَ دَرَجَـٰتٍۢ ۚ وَٱللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌۭ ١١

Maksudnya : Wahai orang yang beriman! Apabila kamu diminta memberi lapang dalam majlis, maka lapangkanlah, nescaya Allah akan melapangkan untuk kamu. Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan orang yang beriman di antara kamu, dan juga orang yang diberi ilmu pengetahuan akan beberapa darjat. Dan Allah Maha Mengetahui tentang apa yang kamu lakukan.

Berdasarkan ayat al Quran di atas yang memperihalkan kurniaan darjat yang tinggi kepada para ilmuan, kita memerlukan bantuan daripada para guru yang telah memperoleh ilmu sebelum kita. Guru adalah orang yang mencurahkan ilmu pengetahuan, membimbing dan memberikan wawasan untuk kita menjadi lebih baik.

Sebagai umat Islam, kita diperintahkan untuk menghormati guru dan memberikan sanjungan kepada mereka. Salah satu perkara yang menjadi faktor utama keberhasilan sesuatu proses pencarian ilmu adalah hormatnya murid kepada guru. Sebagaimana dikatakan oleh Syeikh Az-Zarnuji dalam kitab Ta’lim al Muta’allim yang bermaksud : “Seseorang penuntut ilmu itu tidak akan memperoleh ilmu dan tidak akan mendapatkan manfaatnya kecuali dengan memuliakan ilmu, ahli ilmu, begitu juga memuliakan gurunya“.

Begitu juga Sayidina Ali bin Abi Thalib karramallahu wajhah pernah berkata, “Aku adalah hamba orang yang mengajariku satu huruf. Seandainya orang itu mahu, dia boleh menjualku, memerdekakan aku atau memperhambakan diriku“.

Dalam nukilan ini, kita dapat memahami betapa pentingnya ilmu pengetahuan dalam agama kita, dan betapa mulia para guru yang membantu kita untuk memperoleh ilmu pengetahuan tersebut.

Namun, dukacitanya, dalam beberapa isu mutakhir ini, kita melihat bahawa para guru tidak dihormati seperti seharusnya. Ada peristiwa di mana pelajar tidak menghargai guru mereka dan melakukan tindakan yang tidak selayaknya, seperti menghina bahkan melakukan kekerasan fizikal dan saman menyaman hingga ke mahkamah. Hal ini sangat mendukacitakan, kerana guru seharusnya dihormati sebagai pihak yang memberikan ilmu pengetahuan dan membimbing kita untuk menjadi lebih baik.

Sekiranya berlaku sebarang pertikaian antara murid dan guru, perlulah ianya diselesaikan secara harmoni. Ibu bapa pula janganlah mengambil pendekatan seumpama mencurah minyak ke atas api ketika berdepan dengan situasi tersebut dan bertindaklah secara tenang serta bijaksana.

Kita harus memahami bahawa para guru adalah orang yang pernah berjasa dalam membentuk masa depan kita dan membimbing kita menuju kebenaran. Hargailah dan hormatilah guru dengan bersikap baik dan menyantuni mereka.

Sebagai akhirnya, marilah kita bersama-sama menghargai jasa para guru. Guru Insani Pemangkin Generasi Madani. Semoga mereka yang bergelar guru dan seluruh warga pendidik dalam keadaan sihat dan sejahtera untuk terus menabur bakti mendidik anak bangsa. Semoga kita semua dapat memperoleh manfaat dari ilmu pengetahuan dan menjadi hamba yang lebih baik di sisi Allah subhanahu wa ta’ala. Aminnn…

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.

Leave a Reply

Kemuliaan Ilmu Dan Sanjungan Terhadap Para Guru
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more