12 Jawatan Kosong Bertaraf Tetap di Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah)
9 Jun 20233 Jawatan Tetap di Majlis Daerah Tangkak
12 Jul 20236 Jawatan Kosong Tetap di UiTM Cawangan Kelantan | Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia berstatus Bumiputera yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi jawatan Tetap di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kelantan.
JAWATAN AKADEMIK
Bil | Jawatan | Gred | Jadual Gaji (Min – Maks) |
---|---|---|---|
1 | Profesor | VK7 | RM7676 – RM20592 |
2 | Profesor Madya | DM53 | RM6162 – RM13235 |
3 | Pensyarah Kanan | DM51 | RM5855 – RM12445 |
4 | Pensyarah | DM45 | RM3070 – RM11095 |
Fakulti Dan Bidang | |
Fakulti | Bidang |
---|---|
Fakulti Pengurusan dan Perniagaan | Pemasaran |
Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Media (Pengajian Sains Matematik) | Statistik |
JAWATAN PENTADBIRAN
Bil | Jawatan | Gred | Jadual Gaji (Min – Maks) |
---|---|---|---|
1 | Pembantu Pustakawan | S19 | RM1352 – RM4003 |
2 | Kerani (Penerbitan) | N19 | RM1352 – RM4003 |
Syarat dan kelayakan boleh dirujuk di sini.
CARA MEMBUAT PERMOHONAN
- Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Perjawatan UiTM
- Sila kemukakan salinan permohonan (berformat PDF) melalui link seperti berikut: https://forms.gle/32idWVPFigPMqEZL6
- Borang/dokumen yang tidak lengkap, tidak jelas dan kabur tidak akan diproses.
- Hanya calon-calon yang layak akan disenarai pendek akan dipanggil untuk temuduga. Sekiranya anda terpilih untuk ditemu duga, sila bawa bersama dokumen asal dan satu (1) salinan borang yang telah dicetak dan disahkan ke sesi temu duga.
- Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
- Pemohon-pemohon yang menuntut di Tahun Akhir Universiti Awam/Swasta adalah tidak dibenarkan membuat sebarang permohonan jawatan kecuali keputusan semester akhir telah diperakukan oleh SENAT.
Tarikh tutup permohonan adalah pada hari Khamis, 22 Jun 2023.
PERHATIAN KEPADA PEMOHON
- Setiap permohonan MESTILAH disertai bersama SALINAN dokumen berikut yang telah DISAHKAN:
- Salinan Kad Pengenalan Calon, Ibu & Bapa
- Salinan Sijil Kelahiran Calon, Ibu & Bapa
- Salinan Sijil SPM/MCE, HSC/ STPM atau setaraf
- Salinan Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, Doktor Falsafah (Ph.D) (Skrol dan Transkrip Akademik Terperinci)
- Salinan Surat Pengiktirafan Kelayakan Akademik
- Salinan Surat Pengesahan Perkhidmatan dari majikan sedia ada/terdahulu untuk mengambil kira pengalaman kerja/penetapan gaji
- Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini (bagi kakitangan Kerajaan/Badan Berkanun/separa kerajaan yang sedang berkhidmat) dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan
- Pemohon hanya boleh memohon SATU (1) jawatan yang diiklankan SAHAJA.
- Pemohon-pemohon berkelayakan Ijazah Sarjana hendaklah memiliki CGPA 3.00 ke atas/Kelas Kedua Tinggi/Mumtaz/Jayyid Jiddan atau yang setaraf di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana.
Sebarang pertanyaan, boleh hubungi Unit Perjawatan UiTMCK
- email – unitperjawatanuitmck@uitm.edu.my
- whatsapp business – 09-9762068 / 09-9762036