Jawatan Kosong Penolong Pegawai Teknologi Maklumat di MAIK

Jawatan Kosong Penolong Pegawai Teknologi Maklumat di MAIK

ANE 20221108 Universiti Malaysia Kelantan UMK
Jawatan Kosong Pentadbiran Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
8 Nov 2022
ANE ketengah
12 Jawatan Kosong Bertaraf Tetap di Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah)
9 Jun 2023
ANE 20221108 Universiti Malaysia Kelantan UMK
Jawatan Kosong Pentadbiran Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
8 Nov 2022
ANE ketengah
12 Jawatan Kosong Bertaraf Tetap di Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah)
9 Jun 2023
icon follow us

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia (keutamaan kepada peranakan Negeri Kelantan) yang berkelayakan untuk mengisi jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat FA29 (Kontrak) di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK)

GAJI PERMULAAN

Gaji Minimum : RM1549
Gaji Maksimum : RM5684
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM145

Gaji permulaan yang lebih tinggi boleh ditetapkan oleh pihak MAIK berasaskan kepada pengalaman kerja berkaitan.

SYARAT LANTIKAN

  1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
    1. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
      1. sijil dalam bidang teknologi maklumat atau prosesan data yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau
        kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred FA29: RM1,549.00); atau
      2. sijil dalam bidang kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelulusan yang
        diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred FA29: RM1,549.00); atau
      3. diploma dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred FA29: RM1,855.00); atau
      4. diploma dalam bidang kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan
        atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred FA29: RM1,929.89).
    2. Calon bagi lantikan hendaklan memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
    3. Keutamaan diberikan kepada calon-calon yang;
      1. Mempunyai kemahiran dalam pengaturcaraan (Net,HTML, Javascript, ASP.NET, C#.NET, VB. NET, Visual Basic, NET
        Core MVC), Pangkalan Data (Microsoft SQL Server) dan Software Development (SDLC).
      2. Mahir dalam pengaturcaraan PHP dan MYSQL serta mahir dalam menggunakan framework Laravel merupakan satu
        kelebihan.
      3. Mahir dalam pembangunan aplikasi mobil merupakan satu kelebihan.
      4. Mahir dalam pengurusan Rangkaian seperti LAN / WAN / VPN, Routing Protocol, pengurusan alamat IP serta polisi
        dan Keselamatan Rangkaian satu kelebihan.
    4. Calon-calon yang memohon perlu melepasi Ujian Pengaturcaraan sebelum disenarai pendek untuk sesi temuduga.

HAD UMUR PELANTIKAN PEGAWAI YANG SEDANG BERKHIDMAT PADA TARIKH TUTUP IKLAN JAWATAN

  1. Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 tahun atau 56 tahun; atau
  2. Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  3. Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

CARA MEMOHON

  1. Permohonan hendaklah dibuat melalui link berikut: https://bit.ly/43mB7DL
  2. Slip Pengesahan Permohonan (klik: https://bit.ly/3nRmBk4) hendaklah dicetak dan dikembarkan bersama RESUME (dibuat secara berasingan) dan salinan sijil-sijil yang telah disahkan.
  3. Permohonan hanya akan diproses apabila pemohon menghantar RESUME lengkap beserta salinan sijil-sijil persekolahan, kad pengenalan, surat beranak serta surat-surat berkaitan yang telah disahkan oleh pegawai perkhidmatan gred 41 dan ke
    atas.
  4. RESUME lengkap (disertakan gambar berukuran passport) hendaklah mengandungi maklumat berikut:
    1. Maklumat Diri
    2. Nombor Kad Pengenalan
    3. Nombor Telefon Bimbit
    4. Maklumat Akademik
    5. Maklumat Ko-Kurikulum
    6. Pengalaman Kerja
    7. Rujukan
  5. Permohonan yang tidak lengkap dan lewat diterima tidak akan dilayan.

ALAMAT PERMOHONAN

Permohonan hendaklah sampai ke alamat berikut:

YABrs. Timbalan Yang Dipertua,
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan,
Kompleks Islam Darulnaim, Lundang,
15200 KOTA BHARU.

SEBELUM ATAU PADA : 21 JUN 2023

PERKARA AM

  1. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.
  2. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
Jawatan Kosong Penolong Pegawai Teknologi Maklumat di MAIK
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more