Lagu Islamik Selingan Taklimat Bajet Negeri : Pena Hijau

Lagu Islamik Selingan Taklimat Bajet Negeri

20230919 bajet kelantan 2024
Persiapan Bajet Kelantan Tahun 2024
19 Sep 2023
20231012 perjalanan terakhir ustaz mohd sukri haji daud
Perjalanan Terakhir Ustaz Mohd Sukri
12 Oct 2023
20230919 bajet kelantan 2024
Persiapan Bajet Kelantan Tahun 2024
19 Sep 2023
20231012 perjalanan terakhir ustaz mohd sukri haji daud
Perjalanan Terakhir Ustaz Mohd Sukri
12 Oct 2023
icon follow us

Minggu lepas Abey ada satu taklimat berkaitan bajet negeri untuk tahun 2024. Dalam perbincangan Abey dengan team bajet negeri, Bendahari Negeri ada mintak Abey standby lagu islamik sikit sebelum perbentangan bajet. Kiranya lagu selingan sebelum taklimat bermula la sambil-sambil tunggu ketibaan ahli mesyuarat. So Abey pun terfikir la sempena sambutan maulid Nabi shollallahu ‘alaihi wa sallam pada Khamis, 12 Rabiul Awal 1445 bersamaan 28 September 2023 ni, Abey ingat nak pasang lagu-lagu nasyid berkaitan maulid Nabi shollallahu ‘alaihi wa sallam bagi mengenang kelahiran manusia teragung dalam sejarah dunia.

Nak dijadikan cerita, sesuai dengan perbincangan hari tu, Abey pasang la lagu-lagu nasyid pasal maulid Nabi SAW dalam taklimat bajet negeri minggu lepas. Ahli mesyuarat lain dah ada.. cuma tunggu ketibaan YAB Ustaz Dato Panglima Perang Menteri Besar Kelantan je. Tiba-tiba ada sorang Pegawai Tadbir Negeri (PTN) ni komen pasal lagu nasyid ni. Cakap muzik kuat macam nak bagi paksa dengar. Aihh.. Abey pasang tak sampai 50% pun volume. Dalam 30 je. PTN yang lain tak de pun komen.. releks je. Ke minat lagu rock tak minat nasyid keagamaan pasal nabi shollallahu ‘alaihi wa sallam?

Hari ni Abey ada lagi taklimat bajet kepada Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) yang mana ahlinya beberapa orang YB Ahli Dewan Undangan Negeri. Taklimat bajet ni ada banyak peringkat sebelum bajet tu dimuktamadkan dan dibentangkan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri nanti. Macam sebelum ni, Abey pasang lagu nasyid yang sama berkaitan maulid Nabi shollallahu ‘alaihi wa sallam. Pasang pun macam dulu dalam 30% je volume. Alhamdulillah YB-YB wakil rakyat tak ada pulak yang komen.

20230925 lagu maulid nabi bajet negeri 2024

Hhhmmm…

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
Lagu Islamik Selingan Taklimat Bajet Negeri
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more