Bebas Palestin - Rabbani, Inteam, Saujana & Nowseeheart : Pena Hijau

Bebas Palestin – Rabbani, Inteam, Saujana & Nowseeheart

ANE 20230507 westlife my blood anakku
My Blood – Westlife
7 May 2023
20240301 lagu rasmi tahun melawat kelantan 2024 tmk2024 kota bharu bendera
Lirik Lagu Rasmi Tahun Melawat Kelantan 2024 (TMK2024)
1 Mar 2024
ANE 20230507 westlife my blood anakku
My Blood – Westlife
7 May 2023
20240301 lagu rasmi tahun melawat kelantan 2024 tmk2024 kota bharu bendera
Lirik Lagu Rasmi Tahun Melawat Kelantan 2024 (TMK2024)
1 Mar 2024
20231011 solidarity for palestine israel cuak
icon follow us

Bebas Palestin – Rabbani, Inteam, Saujana & Nowseeheart | Lagu ini berkisarkan tentang semangat juang rakyat Palestin walaupun terlalu banyak hak-hak asasi mereka dicabuli oleh rejim zionis Israel  laknatullah. Ketabahan mereka mempertahankan tanah air mereka boleh diibaratkan sebagai hero dunia kerana mereka berjuang tanpa bantuan mana-mana kuasa besar dunia. Ini kerana kuasa besar dunia juga turut sama-sama bersekongkong dengan rejim Zionis untuk menyerang Palestin. Walaupun begitu semangat jihad Fisabilillah mereka terus berkobar-kobar kerana mereka yakin dengan janji-janji Allah SWT.

Tajuk Lagu : Bebas Palestin
Artis : Rabbani, Inteam, Saujana & Nowseeheart
Lagu : Nazrey Johani
Lirik : Nazrey Johani & Frizdan Fizarahman

 

Lirik Lagu

ﻻ ﺇﻟﻪ ﺇﻻ ﷲ
ﻣﺤﻤﺪ ﺭﺳﻮﻝ ﷲ
Hidup mati kerana Allah
Berjuang fi sabilillah

Wahai para pejuang maralah ke hadapan
Kerahkanlah tenagamu dan juga fikiran
Korbankanlah hartamu sekalipun jiwa raga
Berjuang membebaskan Palestin yang tercinta

Wahai para pencinta keadilan
Jangan gentar berjuang bersama
Kezaliman yang bermaharajalela
Kita gempur hingga ke hujungnya

Ayuh bersatu demi Palestin
Bersama kita berjuang untuk Palestin
Tak kira walau di ancam senjata
Kerana Allah kita mara

Hentikanlah penderitaan dan juga kezaliman
Kembalikanlah keamanan di bumi anbiya’
Berdoa kepada Ilahi agar Palestin akan merdeka
Kekal sentosa selamanya

Ayuh bersatu demi Palestin
Bersama kita berjuang untuk Palestin
Tak kira walau di ancam senjata
Kerana Allah kita mara
Kerana Allah kita mara
Kerana Allah kita mara

#SolidarityForPalestine #IsraelCuak #BebasPalestin #FreePalestine #SavePalestine

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
Bebas Palestin – Rabbani, Inteam, Saujana & Nowseeheart
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more