Mahabbah Kepada Rasulullah SAW : Pena Hijau

Mahabbah Kepada Rasulullah SAW

20230922 nabi muhammad saw
Beramal Dengan Sunnah Tanda Ketaatan Dan Kepatuhan
6 Oct 2023
20231020 palestin free palestine
Kami Bersamamu Palestin – Free Palestine…
20 Oct 2023
20230922 nabi muhammad saw
Beramal Dengan Sunnah Tanda Ketaatan Dan Kepatuhan
6 Oct 2023
20231020 palestin free palestine
Kami Bersamamu Palestin – Free Palestine…
20 Oct 2023
20230922 nabi muhammad saw
icon follow us

Mahabbah Kepada Rasulullah SAW | Mahabbah ar-Rasul merujuk kepada kasih sayang dan cinta seorang mukmin kepada Rasulullah shollallahu ‘alaihi wa sallam melebihi insan lain. Allah subhanahu wa ta’ala memerintahkan kita berbuat demikian dengan cara mengikut ajaran al-Quran dan as-Sunnah.

FirmanNya dalam surah Ali ‘Imran ayat 31 :

قُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَ ٱللَّهَ فَٱتَّبِعُونِى يُحْبِبْكُمُ ٱللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَٱللَّهُ غَفُورٌۭ رَّحِيمٌۭ ٣١

Maksudnya : “Katakanlah (wahai Nabi Muhammad) : “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”

Sabda Rasulullah shollallahu ‘alaihi wa sallam yang maksudnya :

“Tidak sempurna iman seorang kamu sekelian hinggalah aku lebih dia cintai daripada bapanya, anaknya dan manusia seluruhnya”

(Riwayat al-Bukhari)

Antara sebab kecintaan terhadap Baginda Nabi Muhammad shollallahu ‘alaihi wa sallam adalah kerana Baginda telah diutuskan sebagai rahmat bagi sekelian alam, sehingga berjaya mengeluarkan umat manusia dari kegelapan jahiliyah kepada cahaya Islam dan kebenarannya. Tingkahlaku dan akhlaknya yang tinggi dijadikan panduan dalam kehidupan kita sepanjang masa.

Tambahan lagi, Baginda Nabi dikurniakan syafaat ‘uzma dan syafaat-syafaat yang lain. Antaranya ialah syafaat Baginda kepada pelaku dosa besar, sebagaimana dalam sabdanya yang bermaksud :

“Syafaatku dikurniakan juga untuk para pelaku dosa besar dalam kalangan umatku”

(Riwayat Abu Dawud dan at-Tirmidzi)

Segala sesuatu memiliki tanda. Waktu siang ditandai dengan terang, malam pula dengan kegelapan, kegembiraan dengan senyuman dan rasa sedih dengan bukti tangisan atau kegusaran.

Begitu pula dengan cinta kepada Rasulullah ada tanda di dalamnya. Tidak cukup dengan kita berkata : “cinta Rasul“, “cinta Nabi“, jika tidak disertai dengan bukti nyata.

Imam Ibnu Hajar menulis : “Di antara tanda seseorang itu mencintai Nabi shollallahu ‘alaihi wa sallam , adalah jika dihadapkan dengan dua pilihan; antara Nabi dan keduniaan, dia akan lebih mengutamakan perihal Nabi shollallahu ‘alaihi wa sallam daripada perkara keduniaan itu. Jika tidak sedemikian, dia tidak akan dikatakan telah mencintai Nabi“.

Mencintai Nabi shollallahu ‘alaihi wa sallam juga bermaksud meneladani Nabi shollallahu ‘alaihi wa sallam dalam semua aspek kehidupan, mengamalkan sunnah Nabi shollallahu ‘alaihi wa sallam, mengagungkan dan memuliakan Baginda shollallahu ‘alaihi wa sallam, mencintai keluarga dan para sahabat Baginda shollallahu ‘alaihi wa sallam, bercita-cita jika dapat melihat Baginda shollallahu ‘alaihi wa sallam dan seumpamanya.

Rasulullah shollallahu ‘alaihi wa sallam bersabda yang bermaksud :

“Di antara umatku yang paling mencintaiku adalah orang yang hidup setelah zamanku, mereka menginginkan untuk melihatku meskipun dengan menukar ganti ahli keluarga dan harta bendanya”

(Riwayat Muslim)

Amalan yang dapat memaparkan kecintaan kepada Baginda shollallahu ‘alaihi wa sallam adalah dengan membanyakkan bacaan solawat dan salam kepada Nabi shollallahu ‘alaihi wa sallam pada setiap masa dan ketika. Bacaan solawat yang terbaik adalah sebagaimana yang dibaca pada penghujung tahiyyat akhir solat kita seharian yang dikenali dengan solawat Ibrahimiah.

Marilah kita meneruskan penghayatan cinta kepada Nabi shollallahu ‘alaihi wa sallam dengan membela agamanya, berpegang teguh dengan ajarannya, iaitu mematuhi perintah, menjauhi semua larangannya dan melaksanakan sunnah-sunnahnya dan syariatnya. Itulah bukti mahabbah Rasul shollallahu ‘alaihi wa sallam, yang menjadi pintu kepada mahabbah Allah.

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
Mahabbah Kepada Rasulullah SAW
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more