Kami Bersamamu Palestin - Free Palestine... : Pena Hijau

Kami Bersamamu Palestin – Free Palestine…

20230922 nabi muhammad saw
Mahabbah Kepada Rasulullah SAW
13 Oct 2023
20231027 taubat dosa doa
Memelihara Diri Dari Dosa
27 Oct 2023
20230922 nabi muhammad saw
Mahabbah Kepada Rasulullah SAW
13 Oct 2023
20231027 taubat dosa doa
Memelihara Diri Dari Dosa
27 Oct 2023
20231020 palestin free palestine
icon follow us

Pada hari ini umat Islam di Palestin sedang diganyang oleh Zionis Israel. Negara mereka dihujani dengan peluru dan senjata terlarang, sehingga membawa kepada kemusnahan, kecederaan dan kematian yang mencecah ribuan nyawa. Apa yang menyedihkan kita, mangsa-mangsa adalah terdiri daripada anak kecil, wanita, warga emas serta orang awam.

Persoalannya, apakah kita akan terus membisu seribu bahasa tidak bersuara, menghadapi semua kecelakaan ini? Apakah kita rela melihat bumi umat Islam dihancurkan dan Masjidil Aqsa pula dicemari sebegitu rupa?

Apakah kita sekadar melihat saudara-saudara seakidah kita di Palestin terus-menerus menanggung pelbagai penderitaan hidup di bawah penjajahan dan kezaliman? Di manakah nilai ukhuwwah islamiyah kita?

Apakah kita lupa, bumi yang sedang kita bicarakan ini, bumi yang sedang dinodai ini adalah bumi anbiya’, bumi israk dan mikraj, bumi yang menjadi kiblat pertama umat Islam dan bumi yang Allah isyaratkan sebagai pusat keberkatan? Justeru, ia perlu diperlihara dan dipertahankan.

Firman Allah dalam surah al-Isra’, ayat 1 :

سُبْحَـٰنَ ٱلَّذِىٓ أَسْرَىٰ بِعَبْدِهِۦ لَيْلًۭا مِّنَ ٱلْمَسْجِدِ ٱلْحَرَامِ إِلَى ٱلْمَسْجِدِ ٱلْأَقْصَا ٱلَّذِى بَـٰرَكْنَا حَوْلَهُۥ لِنُرِيَهُۥ مِنْ ءَايَـٰتِنَآ ۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلْبَصِيرُ ١

“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya pada malam hari dari Masjidil haram ke Masjidil Aqsa yang Kami berkati sekelilingnya, untuk diperlihatkan kepadanya tanda kekuasaan Kami. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Melihat”

Rasululullah shollallahu ‘alaihi wa sallam bersabda yang bermaksud :

“Tidak perlulah bersungguh-sungguh bermusafir kecuali tiga buah masjid sahaja iaitu : Masjid Nabawi, Masjidil Haram dan Masjidil Aqsa”

(Riwayat al Bukhari dan Muslim)

Hadis ini memberi penekanan betapa pentingnya Masjidil Aqsa di sisi umat Islam yang wajib diperlihara dan dipertahankan sepertimana Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Selain daripada itu, apakah kita terlupa pesanan Rasulullah shollallahu ‘alaihi wa sallam tentang tanggungjawab kita terhadap saudara sesama Islam yang sedang ditimpa musibah di bumi Palestin ketika ini. Betapa besarnya ganjaran Allah subhanahu wa ta’ala kepada mereka yang cakna dan menghulurkan apa jua bentuk bantuan atau sumbangan untuk saudara seagama.

Sabda Rasulullah shollallahu ‘alaihi wa sallam yang bermaksud :

“Seorang muslim itu adalah saudara kepada muslim yang lain. Dia tidak akan menzaliminya dan tidak membiarkannya dizalimi orang lain. Dan sesiapa yang menyampaikan hajat saudaranya, maka Allah akan menyampaikan hajatnya. Dan sesiapa yang meringankan kesusahan seorang muslim, maka Allah akan meringankan kesusahannya di hari kiamat”

(Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Kemenangan Islam di bumi Palestin pasti berlaku di akhir zaman. Ini berdasarkan kepada hadis Nabi shollallahu ‘alaihi wa sallam yang bermaksud :

“Akan sentiasa ada sekumpulan daripada umatku yang istiqamah berpegang dengan agama, gagah mengalahkan musuh dan tidak pula boleh digugat oleh penentang mereka, sehinggalah datangnya ketentuan Allah. Mereka bertanya : Di manakah mereka wahai Rasulullah shollallahu ‘alaihi wa sallam? Baginda shollallahu ‘alaihi wa sallam menjawab : Di Baitul Maqdis dan di pinggiran Baitul Maqdis”

(Riwayat al Thabari dan Ahmad)

Di samping hadis tersebut, Baginda shollallahu ‘alaihi wa sallam juga membawa khabar gembira kemenangan umat Islam di Baitul Maqdis dalam peristiwa akhir zaman. Sabda Rasulullah shollallahu ‘alaihi wa sallam yang bermaksud :

“Tidak berlaku kiamat sehinggalah kaum muslimin akan berperang dengan Yahudi. Mereka akan dibunuh oleh kaum muslimin sehingga si yahudi terpaksa bersembunyi di belakang batu dan pohon kayu. Sehingga batu dan pohon kayu berkata : Wahai muslim! Wahai Hamba Allah! Ini dia Yahudi di belakangku, datang bunuhlah dia. Semua pohon akan berkata-kata kecuali pohon Gharqad kerana ianya pohon Yahudi”

(Riwayat al Bukhari dan Muslim)

Demikianlah kisah pertarungan terakhir antara muslimin dan Yahudi. Berdasarkan ayat al-Quran dan hadis yang dibacakan tadi, serta musibah yang sedang berlaku di Palestin, apakah tidak tergerak sedikit pun iman kita untuk bangkit mempertahankan Baitul Maqdis? Jika tubuh badan tidak boleh sampai ke sana, maka janganlah pula tidak ada sebarang bentuk bantuan dan sokongan kepada saudara kita di Palestin.

Justeru, marilah kita bersama-sama memperbanyakkan berdoa dan solat hajat agar Allah subhanahu wa ta’ala memberi kekuatan, ketabahan dan kemenangan kepada rakyat Palestin. Di samping itu, sumbangan derma juga sangat dialu-alukan bagi meringankan kesengsaraan mangsa yang dizalimi.

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
Kami Bersamamu Palestin – Free Palestine…
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more