Seikhlas Kasih Sejuta Harapan : Pena Hijau

Seikhlas Kasih Sejuta Harapan

20101123 24434 solat sembahyang
Mujahadah Rasulullah SAW Dalam Beribadah
9 Nov 2023
20231130 bencana musibah banjir
Kesiapsiagaan Menghadapi Bencana, Tanggungjawab Bersama
30 Nov 2023
20101123 24434 solat sembahyang
Mujahadah Rasulullah SAW Dalam Beribadah
9 Nov 2023
20231130 bencana musibah banjir
Kesiapsiagaan Menghadapi Bencana, Tanggungjawab Bersama
30 Nov 2023
20231103 kebaikan derma masjid
icon follow us

Seikhlas Kasih Sejuta Harapan | Islam mengiktiraf hak setiap manusia dan dalam masa yang sama meletakkan tanggungjawab kemasyarakatan bagi menjaga keseimbangan  antara kepentingan peribadi dan maslahah masyarakat. Dalam mengimbangi keperluan hidup masyarakat yang pelbagai, Islam telah  meletakkan beberapa kaedah penyelesaian, antaranya ialah gesaan membudayakan infaq. Infaq adalah bukti keprihatinan Islam terhadap kesejahteraan dan keadilan masyarakat.

Secara umum, infaq bermaksud membelanjakan harta pada jalan Allah subhanahu wa ta’ala. Infaq terbahagi kepada dua, iaitu

  1. Infaq yang wajib antaranya adalah zakat, fidyah, bayaran kafarah, menunaikan nazar dan keperluan tanggungan wajib atau nafqah ke atas seseorang lelaki yang meliputi makan minum dan tempat tinggal untuk anak-anak, isteri dan ibu bapa.
  2. Infaq yang sunat pula antaranya adalah sebarang bentuk sumbangan, sedeqah atau derma kepada orang perseorangan, tabung-tabung kebajikan, pertubuhan-pertubuhan kebajikan bagi kegunaan untuk keperluan sara hidup, kemudahan asas, kediaman, rawatan, perubatan, pendidikan dan sebagainya.

Allah subhanahu wa ta’ala menjanjikan keuntungan yang berlipat kali ganda bagi orang-orang yang membelanjakan atau menyumbangkan harta bendanya untuk mencapai keredaan-Nya. Firman Allah subhanahu wa ta’ala dalam surah al-Baqarah ayat 261 :

مَّثَلُ ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَٰلَهُمْ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنۢبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِى كُلِّ سُنۢبُلَةٍۢ مِّا۟ئَةُ حَبَّةٍۢ ۗ وَٱللَّهُ يُضَـٰعِفُ لِمَن يَشَآءُ ۗ وَٱللَّهُ وَٰسِعٌ عَلِيمٌ ٢٦١

“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya”

Allah subhanahu wa ta’ala menguji manusia dengan pelbagai keadaan, ada yang dilahirkan dalam sebuah keluarga yang kaya, ada yang miskin, ada yang sihat, ada yang sakit, ada yang sempurna dan ada yang cacat. Semua yang tersebut adalah bertujuan menilai atau menguji sejauh mana keimanan, kesyukuran dan kesabaran kita semua. Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 155 :

وَلَنَبْلُوَنَّكُم بِشَىْءٍۢ مِّنَ ٱلْخَوْفِ وَٱلْجُوعِ وَنَقْصٍۢ مِّنَ ٱلْأَمْوَٰلِ وَٱلْأَنفُسِ وَٱلثَّمَرَٰتِ ۗ وَبَشِّرِ ٱلصَّـٰبِرِينَ ١٥٥

“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar”

Dalam kepelbagaian ujian yang berupa nikmat dan musibah itu, kita perlu sentiasa bersyukur dan bersabar. Jadikanlah perbezaan nasib itu sebagai ruang untuk kita mencapai kemaslahatan bersama sebagai saudara seakidah dan atas sifat peri kemanusiaan. Persaudaraan sesama Islam yang sebenar hanya akan terbukti apabila kita turut merasa susah, sedih dan bersedia membantu ketika mana saudara kita sedang sakit, susah dan menderita. Rasulullah shollallahu ‘alaihi wa sallam bersabda yang bermaksud :

“Gambaran kehidupan orang yang beriman dari segi kasih sayang, saling bersimpati dan saling cinta mencintai samalah seperti anggota tubuh yang jika salah satu daripadanya mengadu kesakitan, ia melibatkan seluruh anggota lain yang tidak dapat tidur malam dan demam”

(Hadith diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim)

Selaras dengan tuntutan berinfaq serta semangat persaudaraan Islam, marilah kita sama-sama menyumbang bagi membantu meringankan bebanan hidup ahli masyarakat dan saudara muslim yang lain. Sesungguhnya, sumbangan dengan Seikhlas Kasih akan memenuhi Sejuta Harapan. Semoga dengan budaya infaq ini kita semua akan dianugerahkan keberkatan dan dilimpahi rezeki dari-Nya. Hayatilah firman Allah dalam Surah Ali Imran ayat 180 :

وَلَا يَحْسَبَنَّ ٱلَّذِينَ يَبْخَلُونَ بِمَآ ءَاتَىٰهُمُ ٱللَّهُ مِن فَضْلِهِۦ هُوَ خَيْرًۭا لَّهُم ۖ بَلْ هُوَ شَرٌّۭ لَّهُمْ ۖ سَيُطَوَّقُونَ مَا بَخِلُوا۟ بِهِۦ يَوْمَ ٱلْقِيَـٰمَةِ ۗ وَلِلَّهِ مِيرَٰثُ ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ ۗ وَٱللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌۭ ١٨٠

“Dan jangan sekali-kali orang yang bakhil dengan harta benda yang telah dikurniakan Allah kepada mereka dari kemurahan-Nya menyangka bahawa kebakhilan itu baik bagi mereka. Bahkan ia adalah buruk bagi mereka. Mereka akan dikalungkan dengan apa yang mereka bakhilkan itu pada hari Kiamat kelak. Dan bagi Allah jualah hak milik segala warisan (isi) langit dan bumi. Dan Allah Maha Mengetahui akan segala apa yang kamu kerjakan”

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
Seikhlas Kasih Sejuta Harapan
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more