Mujahadah Rasulullah SAW Dalam Beribadah : Pena Hijau

Mujahadah Rasulullah SAW Dalam Beribadah

20231103 kebaikan derma masjid
Bersegera Melakukan Kebaikan
3 Nov 2023
20231103 kebaikan derma masjid
Seikhlas Kasih Sejuta Harapan
16 Nov 2023
20231103 kebaikan derma masjid
Bersegera Melakukan Kebaikan
3 Nov 2023
20231103 kebaikan derma masjid
Seikhlas Kasih Sejuta Harapan
16 Nov 2023
20101123 24434 solat sembahyang
icon follow us

Mujahadah Rasulullah SAW Dalam Beribadah | Rasulullah shollallahu ‘alaihi wa sallam adalah manusia yang paling mengenali Allah subhanahu wa ta’ala. Justeru Baginda shollallahu ‘alaihi wa sallam menjadi manusia yang paling bertakwa, paling takut dan paling kuat beribadat. Ibadat Baginda shollallahu ‘alaihi wa sallam adalah istiqamah, sama ada siang mahu pun malam. Sebagaimana firman Allah dalam surah al-Isra’ ayat 79 :

وَمِنَ ٱلَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِۦ نَافِلَةًۭ لَّكَ عَسَىٰٓ أَن يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًۭا مَّحْمُودًۭا ٧٩

“Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah “sembahyang tahajjud” padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji”

Mujahadah atau kesungguhan Nabi shollallahu ‘alaihi wa sallam dalam beribadah sehingga pecah tapak kaki kerana lamanya berdiri dalam solat malam sebagaimana yang diceritakan dalam hadis Aisyah yang bermaksud :

Bahawasanya Rasulullah shollallahu ‘alaihi wa sallam berdiri untuk beribadat dari sebahagian waktu malam sehingga pecah-pecahlah kedua tapak kakinya. Saya (Aisyah) lalu berkata padanya : “Mengapa berbuat demikian, wahai Rasulullah, sedangkan Allah telah mengampuni untuk engkau dosa-dosa yang telah lalu dan yang akan datang?” Rasulullah shollallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : “Salahkah aku untuk menjadi seorang hamba yang banyak bersyukur?”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Ibadat Rasulullah shollallahu ‘alaihi wa sallam adalah tanda dan bukti kesyukuran. Syukur merupakan cerminan dari sebuah sikap berterima kasih atas segala kenikmatan yang telah dianugerahkan oleh Tuhan pencipta. Rasa terima kasih tersebut dizahirkan dalam bentuk beribadah kepada Allah subhanahu wa ta’ala secara bersungguh serta istiqamah. Allah berfirman dalam surah Ibrahim ayat 7 :

وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِى لَشَدِيدٌۭ ٧

“Dan ingatlah juga tatkala Tuhanmu memaklumkan bahawa sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti kami akan menambah (ni’mat) kepadamu, dan jika kamu mengingakari (kufur ni’mat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih”

Syukur dilakukan dengan tiga cara :

  1. Syukur dengan hati, iaitu dengan meyakini bahawa segala kenikmatan merupakan anugerah dari Allah subhanahu wa ta’ala.
  2. Syukur dengan lisan, iaitu mengungkapkannya dengan memuji Allah dengan bertahmid dan lain-lain zikir dan wirid.
  3. Syukur dengan anggota badan, iaitu dengan memanfaatkan seluruh anggota badan untuk mentaati Tuhan pemberi nikmat (Allah subhanahu wa ta’ala) dengan memperbanyakkan beribadah dan beramal kebaikan serta kebajikan.

Semoga kita mengambil tauladan terbaik dari kehidupan mujahadah Nabi shollallahu ‘alaihi wa sallam dan mencontohi kesungguhan serta kerajinan Baginda shollallahu ‘alaihi wa sallam dalam menjalani ibadah terbaik yang dipersembahkan kepada Tuhan pencipta.

وَٱلَّذِينَ جَـٰهَدُوا۟ فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا ۚ وَإِنَّ ٱللَّهَ لَمَعَ ٱلْمُحْسِنِينَ ٦٩

“Dan orang yang berusaha berjuang kepada agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami, dan sesungguhnya Allah adalah berserta orang yang berusaha membaiki amalannya”

(Surah Al- Ankabut : 69)

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
Mujahadah Rasulullah SAW Dalam Beribadah
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more