Tips Jimat : Jual Diri : Pena Hijau
20231128 tips jimat survey
Tips Jimat : Apa Kata Survey?
28 Nov 2023
20231130 aplikasi pengurusan wang rekod perbelanjaan
Tips Jimat : Track atau Rekodkan Perbelanjaan Anda
30 Nov 2023
20231128 tips jimat survey
Tips Jimat : Apa Kata Survey?
28 Nov 2023
20231130 aplikasi pengurusan wang rekod perbelanjaan
Tips Jimat : Track atau Rekodkan Perbelanjaan Anda
30 Nov 2023
20231129 tips jimat jual diri perkhidmatan
icon follow us

Tips Jimat : Jual Diri | “Macam mana lah nak berjimat jika gaji bersih pun sekadar RM600 sebulan sahaja?” Mungkin ada antara kita yang fikir macam tu…

Hmm… memang payah juga tu. Jadi, mahu atau tidak, kita kena usahakan juga sesuatu untuk tambah pendapatan.

Macam mana nak tambah pendapatan? Hah… untuk tips kali ini.. saya namakan ia.. TIPS JUAL DIRI!

Ops! Jangan fikir bukan-bukan ya… Jual diri yang saya maksudkan disini ialah, menjual kemahiran yang ada pada diri kita!

Itulah sebenarnya cara yang paling pantas dan mudah untuk kita menambah pendapatan!

Caranya adalah… dengan melihat dan mengenalpasti.. “Apakah kemahiran yang ada pada diri kita?

Kemudian, tawarkan kemahiran itu sebagai satu perkhidmatan kepada orang lain.

Mungkin kita pandai memasak ke? pandai menjahit? pandai ambil gambar? atau.. pandai bahasa inggeris & pandai mengaji? .. boleh buat kelas tuisyen di rumah secara one by one.

Tak tahu anda pandai apa? Jika begitu.. cuba tanya pasangan anda atau kawan-kawan di sekeliling… Kadang-kadang, kita memang tak perasan diri kita ni pandai apa.. Tapi pasangan/ kawan-kawan kita “nampak” yang kita ni pandai buat sesuatu!

Contohnya.. kita rasa.. kita masak biasa-biasa je.. Tapi kawan-kawan/pasangan yang pernah makan masakan atau kuih yang kita buat,
rasa sedap sangat! Tak jumpa di tempat lain!

Memang selalu macam tu… kita rasa, kita ni hanya biasa-biasa je bila buat sesuatu. Tapi bagi orang lain, kita sebenarnya luar biasa!

Jadi, cuba cari dan tanya kawan-kawan sekeliling tu.. Apakah yang mereka rasa anda “handal” buat?

Jangan pandang rendah dengan diri anda… diri anda pasti ada satu kelebihan. Paling-paling kurang pun… anda mungkin rajin lipat kain!

Hah! Lipat kain…. Jangan tak percaya, ramai orang yang malas/tak sempat nak lipat kain! Hinggakan, ada orang yang menawarkan perkhidmatan melipat kain! 1kg kain, upahnya RM2.

Itu pun boleh jadi! Sampai tak cukup tangan dia terima order.. ramai sangat orang hantar kain kepada dia!

Boleh ya?

Itu sahaja untuk tips kali ini!

Untuk dapatkan lebih banyak tips jimat & simpan duit dari pelbagai aspek kehidupan, anda boleh dapatkan ebook di bawah.

123 tips jimat dan simpan

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
Tips Jimat : Jual Diri
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more