Tips Jimat : Track atau Rekodkan Perbelanjaan Anda : Pena Hijau

Tips Jimat : Track atau Rekodkan Perbelanjaan Anda

20231129 tips jimat jual diri perkhidmatan
Tips Jimat : Jual Diri
29 Nov 2023
20231203 kredit emadani
Tebus Kredit e-Wallet (eMadani) RM100 Mulai 4 Disember
3 Dec 2023
20231129 tips jimat jual diri perkhidmatan
Tips Jimat : Jual Diri
29 Nov 2023
20231203 kredit emadani
Tebus Kredit e-Wallet (eMadani) RM100 Mulai 4 Disember
3 Dec 2023
20231130 aplikasi pengurusan wang rekod perbelanjaan
icon follow us

Tips Jimat : Track atau Rekodkan Perbelanjaan Anda | Seringkali terjadi, bila kita dapat gaji… selepas beberapa hari atau minggu, kita dapati wang kita hampir habis dan kita amat pelik… mana perginya wang kita tu?

Apa yang sudah kita belanjakan? Rasanya, takde belanja apa-apa pun.. tetapi kenapa wang dah habis!

Hah!… Jangan pelik-pelik…. Inilah pentingnya untuk kita track atau rekodkan setiap perbelanjaan kita!

Kalau dulu, memang leceh nak track & rekod perbelanjaan ni.. Nak kena bawa pen dan buku nota kecil setiap masa dalam poket untuk tulis apa yang kita dah belanjakan setiap hari!

Itu cerita dulu! Zaman-zaman sebelum dunia heboh dengan pepijat Y2K. Sekarang dah lain! Zaman sekarang sudah lebih mudah… hujung jari je.

Caranya… Install sahaja “Aplikasi Urus Duit” di phone kita.

Ada banyak aplikasi urus duit yang boleh kita install dari Google Play atau Apple store. Antara Aplikasi urus duit yang gemar saya gunakan adalah Aplikasi ClevMoney. https://play.google.com/store/apps/details?id=com.dencreak.spbook&hl=en

Ada lagi aplikasi yang lain dalam Google Play contohnya Money Manager Expense & Budget, Belanjawan – Rekod Aliran Wang dan lain-lain.

Menggunakan aplikasi ini, kita boleh rekodkan segala perbelanjaan yang kita lakukan dengan lebih mudah. Maklumlah, kan phone kita kan memang ada 24 jam kat tangan kita. Jadi senang lah nak buat rekod.

Apa yang menariknya, dengan aplikasi ini, kita akan dapat lihat, ke manakah duit kita paling banyak dibelanjakan kelak, adakah untuk makanan? petrol? pakaian? tol? beli-belah? dan sebagainya!

Bila kita dah tahu di mana belanja yang paling banyak kita keluarkan setiap bulan… dari situ, kita boleh buat planning untuk fokus berjimat pada bahagian tersebut.

Macam mana? Boleh ya? Itulah sahaja tips untuk kali ini!

Harap ianya dapat membantu.

Untuk dapatkan lebih banyak tips jimat & simpan duit dari pelbagai aspek kehidupan, anda boleh dapatkan ebook di bawah.

123 tips jimat dan simpan

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.

1 Comment

  1. […] dari berbelanja atas perkara yang tidak perlu. Untuk memudahkan urusan rekod, anda boleh install aplikasi dalam telefon yang boleh merekodkan perbelanjaan […]

Tips Jimat : Track atau Rekodkan Perbelanjaan Anda
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more