Modal Pelaburan Percuma RM10 Dengan Berdaftar di Wahed Invest

Modal Pelaburan Percuma RM10 Dengan Berdaftar di Wahed Invest

20231211 program smart tahfiz 3.0
Program Smart Tahfiz – Pengisian Terbaik Cuti Sekolah 2023
11 Dec 2023
20240121 tips jimat duit kertas
6 Tips Simpan Duit
21 Jan 2024
20231211 program smart tahfiz 3.0
Program Smart Tahfiz – Pengisian Terbaik Cuti Sekolah 2023
11 Dec 2023
20240121 tips jimat duit kertas
6 Tips Simpan Duit
21 Jan 2024
20240119 wahed invest
icon follow us

Wahed Invest adalah platform robo-advisor (istilah teknikal ialah Pengurus Pelaburan Digital (Digital Investment Management – DIM) mengikut Suruhanjaya Sekuriti. Apa itu robo-advisory? Ia adalah platform digital yang menggunakan algoritma untuk mengautomasikan portfolio pelaburan anda. Ia secara automatik mencipta portfolio untuk anda berdasarkan matlamat pelaburan anda dan toleransi risiko, dan mengimbangi semula portfolio anda secara berkala.

Berbeza dengan ciri pelaburan lain di mana kebiasaanya anda perlu membaca graf, pantau kenaikkan dan sebagainya tapi dengan robo-advisor seperti Wahed Invest yang menjalankan pelaburan anda secara sendiri. Tak perlu la nak tengok graf semua tu. Anda hanya invest mengikut kemampuan anda dan biarkan robot yang melaburkan untuk anda. Tak perlu nak monitor atau baca chart semua.

Wahed Invest adalah sah di sisi undang-undang Malaysia kerana ianya merupakan robo-advisor yang pertama dikawal selia di bawah Suruhanjaya Sekuriti (SC). Bahkan Wahed Invest merupakan satu-satunya daripada tujuh robo-advisory di Malaysia yang patuh syariah dan mesra muslim. Jadi tiada keraguan untuk menggunakannya.

Untuk permulaan, deposit adalah serendah RM100 dengan 6 profil risiko yang disediakan mengikut kesesuai pelabur iaitu conservative, moderately conservative, moderately aggressive, aggresive dan very aggresive. Anda juga boleh pantau menerusi aplikasi telefon pintar sahaja.

Jika anda ingin membuka akaun dan mencuba Wahed Invest sendiri, muat turun aplikasi Wahed Invest dari Google Play / AppStore dan gunakan kod rujukan di bawah untuk mendapatkan modal pelaburan RM10 PERCUMA.

ahmbin1640 

 

Walau bagaimanapun, pelaburan robo-advisor ini juga sama dengan pelaburan lain di mana tiada jaminan keuntungan dan pulangan modal. High risk, high return and vice versa.

Cara Daftar Wahed Invest

#1 : Muat turun aplikasi Wahed Invest dari PlayStore atau AppStore.

#2 : Masukkan emel dan tetapkan kata laluan. Anda perlukan sahkan akaun anda dengan memasukkan kod verifikasi yang diterima melalui emel anda.

20240119 daftar wahed 01

#3 : Pilih negara dan tick I have a referral code. Masukkan kod berikut untuk dapatkan modal pelaburan RM10 PERCUMA

ahmbin1640 

 

Bonus ini akan dikreditkan kepada anda secara percuma dalam tempoh 15-30 hari.

#4 : Tetapkan portfolio anda dengan menjawab beberapa soalan berkaitan pelaburan seperti kumpulan umur, tujuan pelaburan, gaji bulanan, lingkungan gaji, tujuan pelaburan dan lain-lain. Berdasarkan soalan-soalan tersebut, anda akan diberikan cadangan portfolio seperti conservative, moderately conservative, moderately aggressive, aggresive dan very aggresive.

20240119 daftar wahed 02

#5 :  Kemudian anda perlu masukkan maklumat peribadi seperti nama penuh, tarikh lahir, alamat, nombor telefon dan lain-lain. Anda juga perlu mengesahkan identiti anda dengan mengambil gambar dokumen rasmi seperti MyKad dan gambar selfie.

#6 : Akhir sekali, anda perlu membuat deposit dengan nilai minima RM100 untuk melabur.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web rasmi Wahed Invest.

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.

4 Comments

  1. […] anda ingin membuat investment savings yang mudah, anda boleh melabur melalui Wahed Investment. Wahed mempunyai kelulusan Security Commission dan panel penasihat syariah. So, anda boleh melabur […]

  2. Fath says:

    Saya menggunakan wahed sejak 5 bulan yang lalu tetapi saya hanya memasukkan jumlah pelaburan yang kecil. Asalkan melabur daripada wang pergi ke tempat lain, tau tau dah habis. Tetapi sejak kebelakangan ini saya dapati banyak ulasan tentang betapa telusnya wahed dan secara keseluruhannya ia menguntungkan untuk jangka masa panjang. Saya boleh bersetuju mengenainya daripada pengalaman saya sendiri dengan wahed juga. Jadi ya, saya juga menyukainya!!

  3. […] Wahed Invest adalah sah di sisi undang-undang Malaysia kerana ianya merupakan robo-advisor yang pertama dikawal selia di bawah Suruhanjaya Sekuriti (SC). Bahkan Wahed Invest merupakan satu-satunya daripada tujuh robo-advisory di Malaysia yang patuh syariah dan mesra muslim. Jadi tiada keraguan untuk menggunakannya. Baca selanjutnya di sini : Modal Pelaburan Percuma RM10 Dengan Berdaftar di Wahed Invest. […]

  4. Aiena says:

    Saya telah mendaftar pada Feb 2020. Sejujurnya pada mulanya saya hanya ingin mencuba, tetapi saya kagum dengan komitmen halal mereka. Saya suka e-mel mingguan mereka tentang prestasi mereka. Dan ya, saham AS adalah sangat mahal! Jadi ini adalah cara yang baik untuk memasuki pasaran AS. Sekarang saya menjadikan Wahed sebagai komitmen bulanan!

Modal Pelaburan Percuma RM10 Dengan Berdaftar di Wahed Invest
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more