Alhamdulillah, Mak Ayah Menjadi Dhuyufurrahman : Pena Hijau

Alhamdulillah, Mak Ayah Menjadi Dhuyufurrahman

20240519 ziarah kubur keluarga
Ziarah Kubur Keluarga
19 May 2024
20240615 adik kemalangan motor 2
Kemalangan Pagi Sabtu Sebelum Hari Arafah
4 Jul 2024
20240519 ziarah kubur keluarga
Ziarah Kubur Keluarga
19 May 2024
20240615 adik kemalangan motor 2
Kemalangan Pagi Sabtu Sebelum Hari Arafah
4 Jul 2024
20240523 dhuyufurrahman 01
icon follow us

Assalam… Dalam posting lepas berkenaan keputusan temuduga Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD), Abey ada sebut satu peristiwa penting hujung bulan ni kan… Peristiwa penting tu adalah… Mak Ayah Abey telah dijemput menjadi dhuyufurrahman (tetamu Allah) musim haji tahun ini… Alhamdulillah setelah beberapa kali mohon rayuan.

Abey bertolak dari Kota Bharu ke Putrajaya semalam sempena cuti hari Wesak.

Malam tu, kami adik beradik dah berpakat nak belanja Mak Ayah makan malam di Restoran Perantau Hill sempena hari ulangtahun perkahwinan Mak Ayah pada 12 Mei lepas dan juga sambutan awal sempena hari lahir Ayah pada 17 Jun nanti memandangkan Ayah berada kat Mekah pada tarikh tu.

20240523 dhuyufurrahman 02 20240523 dhuyufurrahman 03

Pagi tadi, kami adakan sekali lagi solat hajat antara keluarga yang diimamkan sendiri oleh Ayah Abey untuk keselamatan, kesihatan dan dipermudahkan urusan Mak Ayah kat sana nanti.

20240523 dhuyufurrahman 04

Pukul 8.15 malam tadi, Mak Ayah & Cik Ngah (adik Mak Abey) perlu melaporkan diri kat Moven Pick dan terus bertolak ke Madinah. Ada la sikit “drama” tadi.

20240523 dhuyufurrahman 05 20240523 dhuyufurrahman 06 20240523 dhuyufurrahman 01 20240523 dhuyufurrahman 07 20240523 dhuyufurrahman 08

Abey tengok Alya pun, berair mata jugak la tadi…

Semoga Mak, Ayah & Cik Ngah selamat pergi dan selamat pulang. Dimudahkan segala urusan ibadat kat sana, diberi kesihatan yang baik sepanjang berada di tanah suci dan mendapat haji yang mabrur. Aamiin… Jumpa lagi bulan Julai nanti…

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
Alhamdulillah, Mak Ayah Menjadi Dhuyufurrahman
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more