Cara Buat Panggilan Audio Video WhatsApp Dari Mekah atau Madinah

Cara Buat Panggilan Audio Video WhatsApp Dari Mekah atau Madinah

20231211 laman web perniagaan website designer developer ui ux
Kepentingan Laman Web Dalam Perniagaan
11 Dec 2023
20231211 laman web perniagaan website designer developer ui ux
Kepentingan Laman Web Dalam Perniagaan
11 Dec 2023
20240602 buat video call dari mekah
icon follow us

Cara Buat Panggilan Audio Video WhatsApp Dari Mekah atau Madinah | Aplikasi WhatsApp masih boleh digunakan dengan baik di Arab Saudi tidak seperti beberapa negara yang mengharamkan terus aplikasi WhatsApp seperti China, Korea Utara, Syria, Qatar dan UAE.

Walaupun aplikasi WhatsApp boleh digunakan di Arab Saudi, namun terdapat beberapa fungsi seperti panggilan audio dan panggilan video disekat di sana.

Pernakah Anda Terfikir Mengapa Panggilan Audio Dan Video WhatsApp Diharamkan Di Arab Saudi?

Menurut Samir Al-Junaid, pakar teknologi Saudi, panggilan video dan audio WhatsApp diharamkan di Arab Saudi atas sebab pengenalan pemanggil boleh dipalsukan. Satu-satunya syarat yang dikenakan ole Pihak Berkuasa Komunikasi Sadi untuk membuka panggilan ini adalah untuk memastikan bahawa pemanggil itu tidak palsu dan boleh dikenal pasti.

Sebab itu lah bagi Jemaah yang sedang mengerjakan haji atau umrah di sana tidak dapat membuat panggilan video atau audio melalui WhatsApp di sana.

Cara Membuat Panggilan Audio Dan Video Di Arab Saudi

Untuk atasi masalah sekatan ini, Jemaah haji atau umrah yang ingin menghubungi keluarga boleh menggunakan cara berikut.

Pertama : Memasang aplikasi VPN

VPN atau Virtual Private Network adalah teknologi keselamatan yang membolehkan anda mewujudkan sambungan selamat dan tersulit melalui internet. Apabila anda menyambung ke VPN, trafik internet anda disalurkan melalui terowong tersulit, menyembunyikan aktiviti dalam talian anda daripada penggodam, perisian pengintip dan pihak ketiga yang lain.

VPN juga membolehkan anda menukar lokasi maya anda, mengakses kandungan geo-terhad, memintas penapisan internet dan melindungi data sensitif ketika menggunakan rangkaian WiFi awam.

Antara VPN yang anda boleh guna adalah

  1. Turbo VPN yang boleh dimuat turun di https://play.google.com/store/apps/details?id=free.vpn.unblock.proxy.turbovpn
  2. SuperVPN yang boleh dimuat turun di https://play.google.com/store/search?q=supervpn&c=apps

Setelah memasang aplikasi VPN, anda perlu aktifkan dahulu aplikasi VPN sebelum membuat/menerima panggilan audio atau video. Selesai membuat panggilan, anda boleh nyahaktif VPN bagi elakkan kehabisan kredit (jika bukan unlimited data) dan bateri.

Kedua : Memasang aplikasi Pinngle

Aplikasi ini membolehkan anda menghantar mesej dan membuat panggilan audio/video dalam kalangan pengguna Pinngle di seluruh dunia secara percuma. Pinngle di Arab Saudi telah pun menjadi aplikasi kegemaran pengguna android. Pinngle bukan sahaja tersedia untuk pengguna Android tetapi juga untuk pengguna iPhone juga. Anda boleh berkomunikasi secara bebas tanpa memuat turun VPN.

Aplikasi Pinngle boleh dimuat turun di

Semoga bermanfaat.

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
Cara Buat Panggilan Audio Video WhatsApp Dari Mekah atau Madinah
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more