Kemalangan Pagi Sabtu Sebelum Hari Arafah : Pena Hijau

Kemalangan Pagi Sabtu Sebelum Hari Arafah

20240523 dhuyufurrahman 01
Alhamdulillah, Mak Ayah Menjadi Dhuyufurrahman
24 May 2024
20240705 cameron highland
Cameron Highland : Percutian 2D1N Tidak Dirancang
9 Jul 2024
20240523 dhuyufurrahman 01
Alhamdulillah, Mak Ayah Menjadi Dhuyufurrahman
24 May 2024
20240705 cameron highland
Cameron Highland : Percutian 2D1N Tidak Dirancang
9 Jul 2024
20240615 adik kemalangan motor 2
icon follow us

Artikel ni lama dah Abey taip.. tunggu masa Mak Ayah Abey tau pasal berita ni je baru Abey boleh publish.

Pagi Sabtu 15 Jun, Abey duk berehat kat rumah. Datang tokey kedai runcit depan rumah Abey. Hon motor beberapa kali. Alya yang kebetulan ada kat ruang tamu, panggil Abey, “Abi, ada oghe mari“.

Abey jenguk keluar rumah… “Adik demo eksiden“, tu ayat dia yang buat Abey terkejut, Allah!! Adik bongsu Abey, Hang Lekiu baru beberapa minit je keluar untuk pergi kerja. Terus Abey pakai baju, ambik kunci motor..

Demo gi kedai roti PG deh. Slalu…

Sampai tempat kemalangan, dari jauh Abey tengok keadaan motor Adik. Teruk keadaan depan motor sampai patah rim… Abey bergegas kat Adik Abey yang terbaring dalam kedai. Alhamdulillah, Adik masih lagi sedar. Abey tanya dia ada sakit kat mana-mana lagi? Dia angkat tangan kiri, gerak-gerakkan jari.. bagitau sakit kat situ. Abey mintak dia zikir banyak-banyak. Keadaan badan Adik, secara pandangan mata kasar, alhamdulillah tiada yang patah. Cuma muka yang teruk sikit. Dengan muka bengkak, mata bengkak, hidung tak berhenti keluar darah. Nasib baik, kebetulan ada orang paramedik kat tempat kemalangan tu. Dia yang banyak bantu Adik.

20240615 adik kemalangan motor 1

20240615 adik kemalangan kereta perodua axia

Abey maklum dalam group adik beradik yang lain. Hang Jebat, Hang Kasturi & Hang Lekir…  bagitau Adik kemalangan dan mintak titipkan doa untuk Adik. Tak boleh maklum dalam group besar. Nanti Mak Ayah yang tengah berwukuf kat Arafah risau dan tak khusyuk buat ibadah. Tambah-tambah lagi Mak, mesti tak boleh tidur kalau tahu berita ni.

Adik pun ada tanya Abey dalam suara yang lemah, “Mak Ayah tahu ko?” Abey jawab, “Dok, Abey Long royak ko adik bradik jah“. “Molek. Jange royak ko Mak Ayah“, jawab Adik…

Ambulan datang dan bawa Adik ke Hospital Raja Perempuan Zainab 2 (HRPZ II). Abey balik ke rumah sekejap untuk simpan beg laptop adik. Alya dah mula berair mata bila tahu Ayah Su dia kemalangan dan masuk hospital.

Sampai hospital, Abey urus pendaftaran kemasukan Adik. Adik terus dimasukkan ke Zon Kecemasan.

Adik Abey, Hang Lekir yang kerja Cikgu di Merbok, Kedah maklum nak balik kampung. Telefon Adik dah berbunyi banyak kali. Tapi Abey tak boleh nak angkat sebab screen handphone Adik dah crack teruk. Abey maklum kawan sekerja Adik berkenaan keadaan Adik. Abey mintak izin dengan guard untuk tengok Adik. Boleh masuk tapi sekejap je. Abey tengok Adik dah “blackout”. Pengsan tak sedarkan diri. Hidung Adik ditutup dengan kapas sebab darah masih lagi tak berhenti. Abey tanya doktor keadaan Adik. Doktor maklum tengah tunggu untuk buat MRI untuk tengok kot-kot ada kecederaan dalam kepala dan nak tahu punca darah tak berhenti keluar dari hidung. Tak nak ganggu kerja-kerja doktor, Abey keluar dari Zon Kecemasan. Menunggu di luar. 2 orang kawan sekerja Adik datang ziarah. Tanya keadaan Adik..

Tak lama lepas tu, kawan sekolah Adik datang ziarah pulak. Motor Adik yang tersadai kat tempat kemalangan, diorang mintak geng-geng dia bawak balik rumah dulu. Terima kasih banyak… Daripada dia, Abey tahu cerita sebenar. Pak cik yang bawa kereta Axia yang ada kat bahu jalan nak buat u-turn secara mengejut. Adik Abey yang naik motor kat belakang tak sempat elak dan rempuh bahagian sisi kanan penumpang kereta Axia tu. Kawan-kawan Adik ada ajak makan kat luar perkarangan hospital. Tapi Abey tak rasa lapar. Abey nak pergi solat Zohor je dulu..

Lepas solat Zohor, makan roti coklat dan air mineral buat alas perut dulu. Pukul 3 lebih, Imtinan, Cik (kakak Ayah) & Pak Min datang ziarah dan tengok keadaan Adik. Alhamdulillah, Adik dah sedar. Cik ada tanya Abey, “Ayah mu tahu dah ko?“. Abey jawab, “Dok, memey sngaja tak sey royak. Tok sey ganggu Mak Ayah buat haji“. Abey cuma maklum kat keluarga Cik je. Keluarga sebelah Ayah yang lain, tak dimaklumkan. Camtu gak keluarga sebelah Mak. Bukan ape, takut nanti tak tersengaja sampai berita kat Mak Ayah kat sana.

Abey dimaklumkan Adik ada beberapa keretakan tulang di muka, patah di jari kelingking tangan kiri dan ibu jari kaki kiri. Mulut Adik dijahit sbelah luar dan sebelah dalam. Pukul 5 lebih, Adik dimasukkan ke dalam Wad 29 Katil 15.

20240615 adik kemalangan motor 2

Pukul 6.40, Abey balik ke rumah sekejap untuk makan, mandi dan ambil barang-barang yang perlu. Lepas Maghrib tu, Abey nak turun gi hospital, adik Abey, Hang Lekir & keluarga baru sampai dari Kedah. Sempat la salam dengan anak-anak buah Abey (Aufa, Adib, Aura & Aula). Adik Abey, Hang Lekir ikut skali ke hospital untuk melawat sekejap Adik. Malam tu Abey stay kat hospital jaga Adik. Nurse check BP Adik tinggi… 144/114. Sejak dalam zon kecemasan lagi. Tak tau la sama ada sebab sakit atau Adik dah ada tanda-tanda hipertensi… Harap-harap bukan…

Dekat-dekat pukul 2 pagi, 2 orang lagi adik Abey, Hang Jebat & Hang Kasturi sampai rumah. Abey tengok CCTV kat rumah, nampak cahaya lampu kereta depan pagar rumah. Baru sampai dari Putrajaya. Dalam hospital tu memang Abey tak boleh nak tidur. Abey rasa Abey tidur dalam 30 minit je.

Pukul 8 pagi, doktor maklum Adik mungkin boleh discaj. Cuma tunggu doktor bahagian mulut/muka datang tengok dulu. Pukul 9 lebih Abey mintak tukar giliran jaga Adik. Mengantuk…. Nak balik tidur sekejap. Hang Kasturi datang gantikan tempat Abey. Pukul 3 petang lebih, Adik Abey boleh discaj. Ada beberapa follow up di HRPZ kena hadir nanti.. Moga-moga Adik Abey cepat sembuh.. speed recovery.. Aamiin.. Mungkin ni la antara hikmah Abey tak berjaya temuduga PTD baru ni.. Untuk jaga adik bongsu sepanjang ketiadaan Mak Ayah.. Alhamdulillah..

Khamis, 13 Zulhijjah 1445 H / 20 Jun 2024.

 

 

 

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
Kemalangan Pagi Sabtu Sebelum Hari Arafah
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more