Filem Netflix - Drawing Closer : Pena Hijau

Filem Netflix – Drawing Closer

20240301 lagu rasmi tahun melawat kelantan 2024 tmk2024 kota bharu bendera
Lirik Lagu Rasmi Tahun Melawat Kelantan 2024 (TMK2024)
1 Mar 2024
20240301 lagu rasmi tahun melawat kelantan 2024 tmk2024 kota bharu bendera
Lirik Lagu Rasmi Tahun Melawat Kelantan 2024 (TMK2024)
1 Mar 2024
20240825 drawing closer netflix jepun
icon follow us

Filem Netflix – Drawing Closer  | Drawing Closer merupakan filem romantik Jepun yang diarahkan oleh Takahiro Miki berdasarkan novel “Yomei Ichinen to Senkoku Sareta Boku ga, Yomei Hantoshi no Kimi to Deatta Hanashi” oleh Aoi Morita yang diterbitkan pada 4 Januari 2021. Filem ini dilakonkan oleh Ren Nagase sebagai Akito Hayasaka dan Natsuki Deguchi sebagai Haruna Sakurai dan telah disiarkan di Netflix pada 27 Jun 2024.

Sinopsis

Akito Hayasaka (Ren Nagase) ialah seorang pelajar seni berusia 17 tahun yang berbakat. Dia berusaha dan bercita-cita agar hasil karyanya diterima dalam Pameran Nika. Namun dia telah didiagnosis dengan kanser jantung yang jarang berlaku dan mempunyai anggaran hayat selama setahun lagi.

Oleh kerana kecewa dan putus harapan dengan dugaan yang dihadapi, dia bernekad untuk bunuh diri dengan terjun daripada bumbung hospital.

Tapi dia membatalkan hasratnya untuk bunuh diri setelah bertemu dengan Haruna Sakurai (Natsuki Deguchi) yang juga menghidapi penyakit maut dan mempunyai masa 6 bulan sahaja untuk hidup.

Akito semakin tertarik kepada Haruna, tetapi dia merahsiakan kanser jantung yang dihadapinya. Sedaya upaya Akito cuba menceriakan Haruna dengan baki masa yang ada dan bibit-bibit percintaan mula timbul antara mereka.

Di akhir filem, kita dikejutkan dengan beberapa gambar, video dan mesej rahsia yang ditinggalkan oleh Haruna kepada Akito dan kawan baiknya di aplikasi media sosial.

Pengajaran Cerita

  1. Bunuh diri bukan penyelesaian masalah
  2. Mati itu pasti. Berusaha jalani hidup dengan sebaiknya
  3. Jangan pentingkan diri sendiri untuk orang yang disayangi
  4. Hormati dan luangkan masa yang ada dengan orang yang tersayang dengan sebaiknya

 

 

 

 

 

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
Filem Netflix – Drawing Closer
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more