Selamat Hari Bumi 2024
22 Apr 2024Beg Kecemasan (Bug Out Bag)
8 Nov 2024Tip Keselamatan Makanan Semasa Banjir | Malaysia mengalami beberapa episod banjir yang melanda berbagai kawasan. Antara penyebab utama banjir adalah hujan lebat yang berterusan selama musim tengkujuh (Monsun Timur Laut) yang bermula pada 5 November 2024 dan berterusan hingga Mac 2025.
Antara kawasan yang terlibat adalah kawasan berkedudukan rendah dan berhampiran sungai di negeri seperti Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah. Kawasan ini lebih rentan kepada banjir akibat hujan lebat yang berterusan.
Lima hingga tujuh episod hujan lebat dijangka berlaku selama musim tengkujuh. Hujan lebat berterusan boleh mengakibatkan kejadian banjir yang lebih ekstrem, terutama jika berlaku serentak dengan air pasang besar dan luruan ribut.
Ikuti beberapa tip keselamatan makanan semasa musim banjir bagi memastikan keselamatan anda sekeluarga terjamin.
- Sentiasa minum air yang telah dimasak atau air terawat yang dibotolkan
- Makan makanan yang dimasak sahaja
- Elakkan makanan mentah seperti ulam-ulaman serta sayur-sayuran yang tidak dimasak dan makanan basi atau rosak
- Jangan makan makanan yang terendam dalam air banjir
- Tutup makanan supaya tidak dicemari oleh makhluk perosak
- Pastikan penyediaan susu yang selamat untuk anak anda
- Percayakan deria anda dan amalkan “lihat, hidu dan rasa“
- Jangan makan makanan yang telah dihidangkan lebih dari 4 jam
- Jaga kebersihan diri dan persekitaran
- Sentiasa cuci tangan dengan betul terutamanya sebelum makan dan selepas ke tandas