Menyambut Tahun Baharu, Menjadi Insan Yang Lebih Baik : Pena Hijau

Menyambut Tahun Baharu, Menjadi Insan Yang Lebih Baik

20240202 isra miraj israk mikraj
Penghayatan Isra’ Mi’raj
2 Jan 2025
20250116 cuti sekolah
Manfaatkan Cuti Sekolah Dengan Perkara Berfaedah
16 Jan 2025
20240202 isra miraj israk mikraj
Penghayatan Isra’ Mi’raj
2 Jan 2025
20250116 cuti sekolah
Manfaatkan Cuti Sekolah Dengan Perkara Berfaedah
16 Jan 2025
20231027 taubat dosa doa
icon follow us

Menyambut Tahun Baharu, Menjadi Insan Yang Lebih Baik | Sempena ketibaan tahun 2025 ini, marilah kita merenung sejenak, apakah tahun lalu kita telah lalui dengan penuh kebaikan dan takwa serta sejauh manakah bertambahnya amal ibadah kita? Apakah hubungan kita dengan orang sekeliling kita semakin erat atau sebaliknya? Begitu juga hubungan kita dengan Allah Subhanahu Wa Ta’ala, Pemilik Alam yang luas ini.

Pada awal tahun, sebaiknya setiap muslim perlu merancang dan menanam azam baru yang akan dilakukan. Bagaimana dengan urusan ibadah solat? Bagaimana dengan sedekah dan infaq? Bagaimana dengan kualiti kerja? Dan tanggungjawab-tanggungjawab lain dalam kehidupan? Semoga ianya dapat dilaksanakan dengan lebih baik berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya.

Sebagai seorang muslim, kita perlu memperbaiki setiap perbuatan yang kita lakukan kerana semuanya akan dipertanggungjawabkan di akhirat nanti. Jangan sampai kita lalai dan lupa, bahawa setelah kehidupan dunia, akan ada pula kehidupan akhirat. Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman dalam Al-Quran surah al-Hasyr ayat 18 :

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ وَلْتَنظُرْ نَفْسٌۭ مَّا قَدَّمَتْ لِغَدٍۢ ۖ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِيرٌۢ بِمَا تَعْمَلُونَ ١٨

“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat); dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan”

Marilah kita menghayati ayat di atas pada setiap waktu, untuk memperbaiki diri kita selagi hayat dikandung badan. Bukan sekadar motivasi yang diperlukan untuk membentuk peribadi yang lebih baik, bahkan kita dituntut untuk bergerak dan melakukan perubahan sedikit demi sedikit dengan usaha yang jelas dan istiqamah.

Berikut adalah beberapa saranan yang dapat dilakukan untuk memperbaiki diri :

Pertama : Niatkan diri kita untuk menjadi lebih baik bermula sekarang ini. Dengan niat, seorang muslim dapat memelihara dan mengawal akan setiap tujuan yang ingin dicapainya. Justeru, kehadiran tahun baru 2025 perlu diinsafi dan dinekadkan untuk mengubah diri kepada hidup dan amalan yang lebih baik, lagi diredhai oleh Allah.

Kedua : Melakukan taubat atas maksiat atau kejahatan yang kita lakukan di tahun lalu dan bersungguh-sungguh berusaha untuk tidak mengulanginya pada tahun ini. Mungkin untuk bertaubat sahaja adalah hal yang tidak begitu sukar, namun keazaman untuk tidak mengulanginya perlu kepada usaha yang gigih dalam diri seorang muslim. Rasulullah Shollallahu ‘Alaihi Wa Sallam dalam sehari telah melakukan taubat 100 kali, walaupun baginda sudah dijamin Syurga. Baginda pernah bersabda yang bermaksud :

“Wahai sekalian manusia, bertaubatlah kepada Allah, kerana sesungguhnya aku juga bertaubat kepadaNya sehari seratus kali”

(Riwayat Imam Muslim)

Bagaimana kita melakukan taubat? Cubalah mengikut tahap-tahap yang ringan dulu sesuai dengan kemampuan setiap Muslim.

  1. Niat untuk meninggalkan perbuatan tersebut.
  2. Memohon ampun kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala atas perbuatan yang selayaknya tidak kita lakukan.
  3. Keazaman yang kuat untuk buat kebaikan dan tidak akan kembali lagi kepada amalan maksiat atau dosa yang pernah dilakukan.

Bacalah lafaz-lafaz istighfar seperti “astagfirullahal ‘azim“, dan seumpamanya. Lebih utama lagi, kita mengamalkan sayyidul istighfar yang pernah Nabi Shollallahu ‘Alaihi Wa Sallam ajarkan :

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لاَ إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي، فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ

“Ya Allah, Engkau Tuhanku. Tiada Tuhanyang disembah selain Engkau. Engkau yang menciptakanku. Aku adalah hambaMu. Aku berada dalam perintah dan janjiMu sekadar kemampuanku. Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan yang aku lakukan. KepadaMu, aku mengakui segala nikmatMu kepadaku. Aku mengakui dosaku. Maka itu, ampunilah dosaku. Sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa selain Engkau.”

Ketiga : Memperbaiki diri dengan mensyukuri segala nikmat yang telah Allah Subhanahu Wa Ta’ala limpahkan kepada kita, khususnya nikmat Islam, iman, nikmat ketaatan dan ibadah yang dapat kita jalankan selama ini atas sebab adanya rahmat dan taufik daripada Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

Semoga kita dapat mempersiapkan diri untuk menjadi lebih baik dan lebih soleh berbanding tahun-tahun sebelumnya. Semoga beberapa saranan yang telah disampaikan dapat sama-sama kita laksanakan pada tahun baharu ini. Janganlah menunda-nunda diri untuk melakukan kebaikan. Sesungguhnya, orang yang paling baik di sisi Allah adalah orang yang paling bermanfaat hidupnya kepada manusia lain.

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
Menyambut Tahun Baharu, Menjadi Insan Yang Lebih Baik
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more