
Percutian Ke Perlis
2 Feb 2025

Alhamdulillah, dah besar dah anak Abey ni… Hari ni dah naik Tingkatan 1. Dah naik Form 1 ni, dah tak leh main-main dah. Main game kena kurangkan.
Semoga Alya diberkati Allah SWT. Sentiasa dipermudahkan segala urusan dan kerja dunia dan akhirat. Semoga cita-cita Alya tercapai.
Kepada warga pendidik di SKPPG tak kira sesi pagi atau KAFA, kami selaku Ibu dan Abi kepada Alya ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas segala ilmu, bimbingan dan kasih sayang yang cikgu, ustaz, ustazah curahkan sejak Alya dari Tahun 1 hinggan Tahun 6.
Keikhlasan dan kesabaran cikgu-cikgu dalam mendidik Alya amat kami hargai.
Kami juga memohon maaf sekiranya ada kekurangan atau kesilapan daripada kami sendiri atau daripada pihak Alya sepanjang berada di SKPPG.
Doa kami agar cikgu, ustaz, ustazah sentiasa diberikan kesihatan yang baik, rezeki yang luas dan kebahagiaan dalam kehidupan.
Terima kasih cikgu.