
Alya Tingkatan 1
17 Feb 2025
Majlis Meraikan YBM Tengku Kaya Perkasa PKN Kelantan
1 Mar 2025

Kursus Generative AI Siri 1/2025 | Minggu lepas, hari Rabu, rezeki datang bila Abey dapat tawaran join Kursus Generative AI Siri 1/2025 di IKWAS, Kluang pada 25-26 Februari 2025. Masa tu Abey tengah sibuk berkursus ISO/IEC 27001:2022, sebab Abey salah seorang juruaudit dalaman untuk persijilan ni bagi pihak SUK Kelantan. Sambil menyelit masa dalam kursus, sempat jugak Abey taip memo untuk minta kelulusan Ketua Jabatan Abey. Kalut jugak sebab hari bekerja yang tinggal cuma Khamis dan Ahad nak dapatkan tandatangan Dato’.
Alhamdulillah, Dato’ luluskan! First time dapat join kursus anjuran INTAN, sebab sebelum ni pernah mohon tapi tak lepas. Mungkin sebab ramai sangat yang apply. Yuran kursus RM30 je kot! Banding dengan kursus swasta yang beratus-ratus, yang beribu pun ada. Memang patutlah ramai berebut. Baik guna duit kerajaan untuk training staf kerajaan, tambah ilmu.. tambah kemahiran, daripada habis kat “lawatan kerja” pembesar-pembesar yang tak tahu apa hasilnya. Betul tak? 🤭
Check-In IKWAS : Bilik Macam Hotel!
Sampai je IKWAS, terus check-in bilik. Fuh, luas, bersih, siap ada seterika, pemanas air, kelengkapan mandi. Macam hotel 4 bintang! Abey sebilik dengan Encik Asmawi dari PTJ Kota Bharu. Ada tiga orang dari Kelantan termasuk Abey. Seorang lagi Encik Nizam dari Politeknik Kota Bharu, orang kuat persatuan skim F ni.
Belajar AI & Teknik Kreatif
Dua hari kursus ni memang padu! Banyak ilmu baru pasal Generative AI, walaupun ada beberapa tools yang Abey dah pernah guna untuk blogging & YouTube. Antara yang best :
- Teknik Prompt Engineering – Cara buat prompt yang lebih tajam & efektif.
- AI untuk Kreativiti – Hasilkan pembentangan power, seni digital, imej, muzik & video.
- Eksperimen dengan AI – Guna macam-macam platform AI untuk memudahkan kerja harian & content creation.
Yang paling best, dapat kenal ramai pegawai dari pelbagai jabatan & agensi. Networking pun dapat, ilmu pun dapat!
Terima Kasih INTAN & IKWAS!
Terima kasih Puan Nur Jannat & team IKWAS atas layanan tip-top sepanjang kursus. Makanan pun sedap! Juga untuk Puan Farah Ain & Puan Nadiah dari INTAN yang bagi ilmu power sepanjang program ni.


Tak Sah Kalau Tak Jalan-Jalan!
Bila dah sampai Kluang, kaki jalan ni mana boleh duduk diam! Antara tempat yang sempat singgah :
- Sunway Kluang Mall – Cuci mata, shopping sikit.
- Ngepot Kabin – Tempat makan legend.
- Kluang Rail Station – Wajib try kopi kat sini!
Sayangnya tak sempat beli kerepek-kerepek kat Koperasi Pasar Parit Raja. Kalau kursus ni lama sikit, confirm Abey nak explore Gunung Lambak, Gunung Belumut. Sembang dengan peserta kursus dari Johor, katanya ada port minum yang menarik. Atau Tatula Hill Farm yang orang kata view dia macam Cameron Highlands!







Harap Ada Rezeki ke Kluang Lagi!
Moga ada peluang join kursus di Kluang lagi lepas ni! Ilmu pasal Generative AI ni memang berguna. Nah, Abey share beberapa hasil yang Abey buat sepanjang kursus ni. Enjoy! 😊


Muzik : https://1drv.ms/u/c/fefb0a79f0d2a3c2/ETsHFNnQfFJBlJyK89DKAggBqkfH3uYaB1JjYyl3oaVMKQ?e=AnUgyH
2 Comments
Kemas set kito….pasni x tahu la buleh gi kursus lagi ko dop 😂
bleh lagi tu… nnt duk kat bptm 🤭