Percutian Ke Perlis : Pena Hijau

Percutian Ke Perlis

20241123 WordCamp Malaysia 2024
WordCamp Malaysia 2024
24 Nov 2024
20241123 WordCamp Malaysia 2024
WordCamp Malaysia 2024
24 Nov 2024
20250202 percutian ke perlis
icon follow us

Percutian Ke Perlis | Last minit punya perancangan, sempena cuti Tahun Baru Cina yang bersambung dengan cuti hujung minggu di Kelantan, wife Abey ajak pergi bercuti ke Perlis. Pagi Rabu, pukul 8 lebih, Abey sekeluarga bertolak ke Perlis. Hajat di hati nak singgah makan pagi di RnR Titiwangsa, tapi penuh kereta.. Keramaian.. Memang sepanjang jalan tadi, banyak kereta dari arah Utara menghala ke Pantai Timur. Sempat jugak la Abey bertembung dengan “abang besar”. Last-last, kami berhenti makan dan rehat di Hentian Perah, Gerik.

Selesai makan, kami teruskan perjalanan. Kami singgah sebentar kat rumah adik Abey di MRSM Merbok. Lepas selesai solat jamak Zohor & Asar, kami sambung perjalanan kami yang berbaki 1 jam lebih ke Kangar, Perlis. Kami stay 2 malam di Federal Hotel.

Hotel ni okay. Bersih. Depan hotel ada restoran mamak dan dekat dengan pasaraya The Store. Cumanya kalau berhajat nak stay sini, kena bawa seterika siap-siap kalau tak nak turun kat lobi untuk iron baju.

Lepas check in dan simpan barang kat hotel, kami bergerak untuk makan malam pukul 6:30 petang. Hajat di hati nak makan kat Api-Api Ikan Bakar.. Tapi ramai sungguh orang. Second choice makan kat Umar Seafood & Grill. Meja banyak lagi kosong tapi pilihan makanan kurang. Maklum la Abey ni tak makan seafood. Alya pulak nak makan ayam.. jadi kami cari kedai lain.. Last-last kami makan kat Liza Mat Ikan Bakar kat pekan Kuala Perlis. Nak singgah Jambatan Tuanku Syed Putra, hari dah pun malam.

Pagi Khamis, kami bersarapan di NURMZ Selera Kampung dekat area Kaki Bukit. Lepas sarapan, destinasi pertama kami adalah Wang Kelian View Point. Tiket untuk naik

  • Dewasa RM2
  • Kanak-Kanak RM1

Untuk guna perkhidmatan buggy kena bayar RM5 seorang. Macam Abey yang dah fit ni.. kami naik bukit jalan kaki je sambil tengok view bukit bukau ciptaan Allah sepanjang mendaki. Kalau tak fit, tak lepas la ujian fizikal untuk jawatan PTD hari tu.. 😂😂 Tak jauh mana pun mendaki. Kejap je.. Walau pun panas, tapi berangin kuat. Sampai di puncak dengan ketinggian 304 meter dari paras aras laut, korang boleh tengok pemandangan yang indah. Orang pun ramai. Cuti sekolah plus cuti raya Cina kan…

Destinasi seterusnya kami ke Gua Kelam. Tak jauh pun dari Wang Kelian View Point. Tiket untuk masuk ke Gua Kelam

  • Dewasa RM2
  • Kanak-Kanak RM1
  • Parkir RM1

Masuk ke dalam Gua Kelam sejauh lebih kurang 370 meter, korang boleh dengar deruan air kat bawah, tengok formasi stalaktit dan stalagmit, rasa titisan air. Di penghujung gua, ada secret garden yang korang boleh lepak, mandi manda bersama keluarga.

Next, ikut perancangan Abey nak bawak family naik Titian Kanopi FRIM.. tapi ntah camane boleh lupa.. Terus ke Padang Besar untuk shopping dan cari cenderahati. Lepas makan tengahari kat Border Kitchen tu baru teringat Titian Kanopi. Kami singgah sekejap di Masjid Osmaniah untuk solat jamak sebelum ke Titian Konopi. Sampai kat Titian Kanopi FRIM, rupanya dah tutup. Buka hanya waktu pagi je. Takde rezeki nak berjalan atas titian tu. Tapi dalam hati, nasib baik…. Sebab Abey ni gayat tempat tinggi. Hahaha…

Lepas tu kami ke Perlis Vineyard atau Taman Buah-Buahan Eksotik. Tiket masuk kalau tak silap Abey

  • Dewasa RM2
  • Kanak-Kanak RM1

Kat sini korang boleh tengok pelbagai jenis buah anggur seperti IAC, Black Opal, Loose Perlette, Black Queen dan New White Malaga. Selain tu ada juga buah lain seperti buah tin, buah naga, buah superfruit. Tapi malangnya, buah anggur tak banyak. masih kecik.. bukan musim dia. Korang kalau planning nak pergi sini, try tanya pihak Jabatan Pertanian Perlis dulu untuk tahu musim buah anggur.

Kemudian kami ke Empangan Timah Tasoh. Kat sini korang boleh buat aktiviti memancing, berkhemah, kayak dan lain-lain. Hajatnya kami nak naik bot, tapi dah petang sangat. Giliran menunggu pun ramai. Bergambar je la kat situ. Kami pun ke destinasi seterusnya, Jambatan Tuanku Syed Putra yang menghubungkan dua kawasan berasingan di tebing Sungai Perlis.

Abey berhajat nak singgah Masjid Al-Hussain, sebuah masjid terapung berhampiran Jeti Kuala Perlis. Tapi tengok masing-masing dah letih seharian berjalan. Sekali lagi kami makan malam di Liza Mat Ikan Bakar sebelum pulang ke hotel.

Pagi Jumaat, Abey checkout hotel. Untuk makan pagi, Abey singgah di Warung Tepi Sawah.. tapi ramai orang terus tak jadi. Kami makan di kedai yang ada di Persiaran Makanan Bintong. Boleh dikatakan kat sini syurga makanan di Perlis. Tepi-tepi jalan ada je kedai makan. Selesai sarapan pagi, kami terus bertolak pulang ke Kota Bharu, Kelantan. Dalam perjalanan pulang, kami singgah di Gedung Biskut & Kerepek Sungai Petani. Sampai sini baru Abey teringat, ada satu lagi tempat lupa nak pergi, Ladang Nipah Kipli. Takpe la.. next time ada rezeki, kita datang lagi.

 

 

 

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
Percutian Ke Perlis
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more