Calon Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) M41 2024/2025 : Pena Hijau

Calon Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) M41 2024/2025

20240314 bilik unit it
Salam 03 Ramadhan 1445H
14 Mar 2024
20240422 keputusan upkk 2023
Keputusan UPKK 2023
21 Apr 2024
20240314 bilik unit it
Salam 03 Ramadhan 1445H
14 Mar 2024
20240422 keputusan upkk 2023
Keputusan UPKK 2023
21 Apr 2024
20240331 calon ptd m41 2024
icon follow us

Assalamu ‘alaikum dan Salam Ramadhan… Ikutkan Abey nak buat posting ni lepas tahu result temuduga Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) M41 2024/2025 hari tu. Tapi tak pe lah.. buat jugak hari ni sebab Abey dapat rasakan result temuduga hari tu gagal. Mungkin sebab Abey tak perform mana dalam interview tu. Hahaha… Untuk posting kali ni, Abey nak cerita pasal proses perjalanan sampai Abey layak untuk ditemuduga untuk jawatan PTD.

Macam biasa, apa yang penting kemaskini maklumat peribadi dan permohonan jawatan dalam Sistem Pendaftaran Pekerjaan SPA (SPA9). Kenapa Abey apply jawatan PTD sedangkan Abey dah pun ada kerjaya dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan? Salah satu sebabnya laluan kerjaya bagi skim F kat negeri Kelantan ni paling tinggi pun F48 (kebanyakan negeri lain pun, gred skim F paling tinggi F48). Nak apply Pegawai Tadbir Negeri (PTN)? Banyak kronisme… Bukan Abey cakap.. tapi pandangan ramai majoriti rakyat Kelantan. Buktinya, boleh tengok pendedahan Wan Mahussin sebelum PRU baru ni dan baca komen-komen rakyat marhain. Tapi loni senyap tupah dah Mahussin… Hahaha… Permohonan perjawatan dalam negeri kena tiru macam SPA. Baru la rakyat pandang telus dalam hal ni…

Berbalik kepada PTD tadi, Abey terima emel daripada SPA pada 1 Disember 2023 untuk menduduki Penilaian Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) – Ujian Psikometrik secara online pada 14 Disember 2023. Dalam office Abey, ada lah 2 3 orang yang Abey tahu dapat sama untuk ujian ni. Bila korang dapat tawaran untuk masuk Ujian Psikometrik ni, korang tak perlu lah susah payah beli buku yang ada dijual kat online tu. Semuanya soalan psikologi. Jawab dengan jujur je. Boleh baca posting Abey sebelum ni, Panduan & Contoh Soalan Penilaian Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE). Apa yang penting, ambil perhatian dengan tarikh peperiksaan, masa peperiksaan dan tempoh menjawab. Pastikan juga rangkaian internet korang stabil. 564 soalan perlu dijawab dalam tempoh 3 jam! Tapi jangan risau, bukan perlu jawab 3 jam berterusan. Korang bleh break sekejap dengan cara log out supaya masa tu berhenti. Kalau tak log out, jawabnya sedar-sedar dah habis tempoh 3 jam tu. Naya… Keputusan ujian ni biasanya dapat tahu dalam tempoh 15 hari bekerja dari tarikh ujian.

Kalau korang lulus Ujian Psikometri ni, korang akan terpilih untuk hadir Profession Assessment Centre (PAC) dan Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK). Alhamdulillah, Abey terpilih untuk hadir PAC & UKJK ni pada 20 Februari 2024 di UiTM Machang. Korang kena ambil maklum berkaitan jadual, etika pemakaian semasa PAC dan UKJK, dokumen dan peralatan yang perlu dibawa. Paling penting tepati masa! Abey sebenarnya hari tu dalam dilema sama ada nak pergi atau tak. Sebab Abey tahu Abey ni tak berapa fit. Tapi Abey pergi jugak sebab peluang depan mata. Tak cuba tak tahu. Sambil-sambil nak ambil pengalaman berharga. Lagipun bos Abey, Timbalan PKN suruh pergi dulu try. Dapat ke tak dapat belakang kira…

Sampai di UiTM Machang, kena daftarkan diri dulu. Tapi sebelum daftar, Abey kena buat ujian kendiri COVID19. Nak dijadikan cerita, result COVID19 Abey invalid. Tak tau la mana silap. Dah la bawa 1 test kit je. Tanya calon-calon lain pun, diorang tak bawak lebih. Last-last jumpa dengan ketua bahagian pendaftaran dan ketua pendaftaran benarkan untuk pergi daftar. Kat sini korang akan dapat 1 tag yang korang kena sentiasa pakai sepanjang sesi PAC & UKJK.

Pagi tu ada PAC. PAC ni lebih kurang macam MUET la sebab ada part kena writing dan speaking. Ada 4 bahagian korang kena hadapi dan akan dinilai.

  1. Essay Writing. Abey masuk dalam dewan. Feeling tu macam nak masuk exam SPM. Kena duduk di meja yang nombor sama dengan tag dipakai. Tajuk yang Abey dapat masa tu berkaitan the importance of technological innovation in the Malaysian economy (seingat Abey la). Kena karang dalam 400 patah perkataan dalam English. Termenung sekejap bila buka buku soalan tu. Dalam fikiran Abey masa tu, try untuk cari point-point sebelum Abey start buat esei. Lama jugak la termenung tu…
  2. Public Speaking in English. Lepas essay writing tu, kami dibahagi kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan ada seorang fasilitator. Sepanjang PAC & UKJK, korang akan bersama dengan kumpulan ni je. Kumpulan Abey seramai 7 orang (3 lelaki, 4 perempuan). Kami bergerak dalam kumpulan bersama fasilitator ke dalam satu bilik. Dalam bilik ada seorang pegawai penilai. Untuk public speaking ni, fasilitator dah sediakan gulungan kertas. Kami kena buat cabutan. Dalam kertas tu ada tajuk yang berlainan untuk public speaking. Abey dapat tajuk berkaitan cara nak wujudkan keharmonian dalam kawasan setempat. Kami diberi masa 1 minit untuk cari maklumat dalam handphone dan 5 minit untuk public speaking di hadapan. Giliran ke depan tu ditentukan secara rawak oleh fasilitator. Dalam public speaking ni, boleh tengok la sorang dua calon perempuan dalam kumpulan Abey ni… dia punya fluent dan accent tu… mantap. Tapi korang jangan risau… dalam penilaian ni, grammar tak penting pun. Korang cakap broken English pun okay je. Asalkan korang kena yakin je bila bagi speach kat depan. Member-member dalam kumpulan korang tak ada masa nak gelak pun sebab diorang pun sedang dinilai.
  3. Pengucapan Awam dalam Bahasa Melayu. Selesai public speaking, kami bergerak ke bilik yang lain. Ada seorang pegawai penilai dalam bilik tu. Sama macam public speaking, setiap orang daripada kami dapat tajuk yang berlainan secara undian. 1 minit untuk cari maklumat, 5 minit untuk berucap di depan. Abey dapat tajuk berkaitan strategi kempen No Food Waste.
  4. Latihan Dalam Kumpulan. Selesai pengucapan awam tu, kami sekali lagi bergerak ke bilik lain. Ada seorang pegawai menunggu dalam bilik tu. Untuk latihan dalam kumpulan ni, kami dapat tajuk berkaitan perbincangan antara pihak kerajaan dengan pihak agensi dalam bidang sukan. Jadi, kami yang seramai 7 orang ni perlu dibahagi 2. 1 kumpulan 4 orang, 1 kumpulan 3 orang. Untuk latihan dalam kumpulan ni, kumpulan Abey kena bertindak sebagai pihak kerajaan. Sekumpulan lagi sebagai pihak agensi sukan. Apa yang penting dalam latihan berkumpulan ni, korang jangan jadi dominan. Kena ada semangat berpasukan, kerjasama dan bantu kawan-kawan dalam kumpulan. Korang akan dinilai berdasarkan sikap dalam perbincangan dan idea yang diutarakan.

Selesai PAC, dapatlah rehat sekejap untuk makan tengah hari dan solat zohor. Lega sekejap masa tu… Selesai makan tengah hari, Abey masuk tandas untuk salin pakaian sukan dan terus ke masjid UiTM untuk solat zohor.

Jam 2:30 petang, kami berkumpul di Kompleks Sukan UiTM Machang. UKJK kami dikendalikan oleh pihak Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kelantan (JBSNK) yang diketuai oleh Encik Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah JBSNK. Dalam UKJK ni ada 5 komponen ujian :

  1. Body Mass Index (BMI). Yang ni Abey memang fail… sebab BMI Abey tak normal. Hahaha
  2. Seat and Reach untuk uji kelunturan tubuh.
  3. Hand Grip untuk uji kekuatan gengaman tangan.
  4. Curl Up untuk uji daya tahan dan kekuatan otot abdomen.
  5. Bleep Test. Yang ni paling penat sekali.. lari ulang alik 20 meter..


Selesai UKJK, balik rumah… krem kaki Abey. Maklum la.. dah lama tak exercise. Dalam hati Abey, memang Abey tak harap pun untuk lulus PAC & UKJK kali ni…

12 Mac 2024, Abey dapat terima emel keputusan PAC & UKJK. Memang tak disangka-sangka. Abey lulus untuk PAC & UKJK. Alhamdulillah.. kena tunggu emel selanjutnya untuk ke peringkat temuduga.

19 Mac 2024, Abey terima emel panggilan temuduga PTD daripada SPA. Abey kena hadir temuduga pada 25 Mac 2024 jam 10 pagi di Pusat Temu Duga SPA Cawangan Kelantan. Ada 6 hari untuk study dasar-dasar kerajaan dan isu-isu semasa. Ada 4 hari bekerja untuk settle urusan penyediaan dokumen berkaitan. Terus Abey maklum kat pembantu tadbir untuk sediakan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) 2023 Abey. Abey mengadap big boss Abey, YB Dato’ PKN untuk maklum dan dapatkan surat sokongan beliau. Terima kasih diucapkan kepada Ros (steno Dato’ PKN), Kak Tie, Kak Fie, Kak Linda, Izza, Abe Him yang bertungkus lumus sediakan surat-surat, dokumen berkaitan & LNPT Abey.

Hari temuduga, lepas salam & cium tangan mak ayah, Abey pergi ke Pejabat SPA. Sebelum 9:30 pagi Abey dah tercegat kat pintu masuk pejabat SPA. Abey daftar kan diri kat kaunter dan kakitangan kat kaunter semak dokumen dan sijil-sijil Abey. Abey diberi nombor giliran dan naik ke tingkat 1. Naik tingkat 1, ada perempuan menyapa Abey.. “Bukey kita satu kumpulan ko?”. “Yup”, Abey jawab. Abey tanya balik kat dia, ada jumpe tak ahli kumpulan kita yang lain.. Dia jawab tak de. Mungkin sesi lain kot. Sebab hari temuduga ni berlangsung beberapa hari dan ada banyak sesi. Ada yang sesi pukul 9, pukul 10, pukul 11… So korang kena alert yang tu. Kena datang awal 30 minit daripada sesi korang. Ada calon lelaki menyapa Abey, “Abey cikgu YIK ko?” Hahahahaha… gitu eh first impression korang tengok Abey.

Hari tu, Abey ditemuduga oleh 2 orang panel. YBhg. Dato’ Dr. Ong Gua Pak, ahli suruhanjaya yang juga orang Kelantan. Sorang lagi panel Abey tak tahu nama. Dalam bayangan Abey, bila masuk bilik tu, kena la perkenalkan diri dulu & latar belakang sikit, pastu kena jawab kenapa berminat dengan PTD… Tapi semuanya meleset. Bila Dato’ Dr. Ong tengok resume Abey kerja dengan kerajaan negeri, terus beliau tanya pasal isu pertukaran Tengku Mahkota Kelantan. Ahhhh sudah.. dalam hati Abey fikir positif mungkin Dato’ ni nak uji soal kerahsiaan, sensitiviti atau 3R. Lepas tu Dato’ Dr. Ong bagi Abey pilihan untuk bercakap apa-apa dasar atau isu semasa yang Abey nak kecuali berkenaan Pangkalan Data Utama (PADU) je. Sebab dah boring pasal PADU ni kata Dato’. Panel sorang lagi tanya dalam english. So kena la respond in english jugak.

Lepas temuduga tu, lega sekejap… Dalam hati Abey, mungkin perjalanan PTD Abey sampai kat peringkat ni je. Abey dapat rasakan yang Abey gagal dalam interview ni. Tak cukup mantap lagi.. Apa pun, Abey terima je segala keputusan interview ni yang akan keluar nanti. Kalau ada rezeki, Alhamdulillah. Kalau tak ada rezeki, mungkin ada rezeki yang lain. Ada la tu hikmahnya… Bak kata ayah Abey, dia berdoa, jika jawatan ni baik utk Abey, moga Abey dikurniakan rezeki jawatan tu. Tapi jika jawatan ni tak baik untuk Abey, minta dijauhkan. Dia Yang Maha Mengetahui dan sebaik-baik perancang.

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
Calon Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) M41 2024/2025
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more