Berusaha Mendapatkan Husnul Khatimah : Pena Hijau

Berusaha Mendapatkan Husnul Khatimah

20250501 islamophobia ahzab moden
Cabaran Ahzab Moden
1 May 2025
20240523 dhuyufurrahman 01
Lambaian Haji Menggamit Kerinduan
15 May 2025
20250501 islamophobia ahzab moden
Cabaran Ahzab Moden
1 May 2025
20240523 dhuyufurrahman 01
Lambaian Haji Menggamit Kerinduan
15 May 2025
20101115 ajal mati meninggal dunia alam barzakh
icon follow us

Berusaha Mendapatkan Husnul Khatimah | Sebagai seorang muslim yang mukmin, menjadi kewajipan untuk kita beriman dengan qada dan qadar yang telah ditetapkan oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala sejak azali lagi. Ini bermaksud setiap yang telah dan akan berlaku, kesemuanya telah berada dalam ilmu Allah  Subhanahu Wa Ta’ala dan tiada yang terlepas daripadanya sedikit pun. Firman Allah dalam Surah al-Qamar, ayat 49 :

إِنَّا كُلَّ شَىْءٍ خَلَقْنَـٰهُ بِقَدَرٍۢ ٤٩

“Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir yang telah ditentukan”

Kita juga wajib beriman bahawa setiap mukallaf dibebankan dengan tuntutan syariat tanpa mengira apakah ketetapan yang ditentukan oleh Allah pada azali. Ini kerana seorang hamba itu terhijab daripada mengetahui qada dan qadarnya sehinggalah perkara itu berlaku. Maka apa yang perlu dilakukan ialah mencari asbab kepada keredaan Allah dan menjauhi daripada asbab kemurkaan-Nya. Berkaitan hal ini Rasulullah Shollallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda :

مَا مِنْكُمْ مِنْ نَفْسٍ إِلاَّ وَقَدْ عُلِمَ مَنْزِلُهَا مِنَ الْجَنَّةِ وَالنَّارِ ‏”‏ ‏.‏ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ فَلِمَ نَعْمَلُ أَفَلاَ نَتَّكِلُ قَالَ ‏”‏ لاَ ‏.‏ اعْمَلُوا فَكُلٌّ مُيَسَّرٌ لِمَا خُلِقَ لَهُ ‏

“Tiada seorang daripada kamu melainkan telah diketahui Allah kedudukannya daripada syurga atau neraka. Para Sahabat bertanya : Wahai Rasulullah, kalau begitu kenapa kita perlu beramal? Kenapa kita tidak berserah sahaja? Jawab Baginda: Jangan, kamu hendak lah beramal, kerana setiap orang dipermudahkan bagi apa yang diciptakan untuknya”

(Hadis riwayat Muslim : 2647)

Jawapan Rasulullah Shollallahu ‘Alaihi Wa Sallam ini memberi solusi kepada kita bagaimana berinteraksi (bermuamalat) dengan qada dan qadar, iaitu dengan terus beramal soleh dan menjauhi perkara mungkar kerana amalan seseorang itu adalah tanda dia tergolong daripada ahli syurga atau ahli neraka. Ini kerana pengakhiran seseorang termasuk daripada perkara ghaib yang hanya diketahui oleh Allah, maka  seseorang tidak boleh berhujah dengan perkara yang dia tidak ketahui. Kerana itu Rasulullah Shollallahu ‘Alaihi Wa Sallam memberi peringatan agar menyibukkan diri dengan beramal, bukannya mempersoalkan tentang qada dan qadar yang tidak diketahuinya.

Perkara yang terpenting yang perlu diusahakan ialah menjaga pengakhiran hidup agar berada dalam kalangan mereka yang diberikan husnul khatimah. Sabda Rasulullah Shollallahu ‘Alaihi Wa Sallam :

وَإِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالْخَوَاتِيمِ

“Sesungguhnya amalan itu dilihat pada pengakhirannya”

(Hadis riwayat al-Bukhari : 6607)

Hadis ini menjelaskan bahawa seseorang itu ditentukan kedudukannya di akhirat dengan melihat amalan yang menjadi pengakhiran hidupnya, sama ada dia mati dalam iman atau sebaliknya. Dari kerana itu, Rasulullah Shollallahu ‘Alaihi Wa Sallam mengajar umatnya agar sentiasa berdoa memohon husnul khatimah dan diberi istiqamah dalam melakukan amalan. Seseorang itu tidak patut sombong dengan amalannya kerana dia tidak tahu kesudahan yang akan dihadapinya. Bahkah hendaklah dia sentiasa berdoa dan mengharapkan rahmat daripada Allah. Antara doa yang sentiasa diulang dan diajarkan oleh Baginda Nabi Shollallahu ‘Alaihi Wa Sallam ialah :

يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ، ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ

“Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati-hati, tetapkan hatiku di atas agama-Mu”

Ini kerana pengakhiran di atas agama Islam adalah satu nikmat yang terbesar bagi seorang hamba. Sabda Rasulullah Shollallahu ‘Alaihi Wa Sallam :

مَنْ كَانَ آخِرُ كَلاَمِهِ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ دَخَلَ الْجَنَّةَ

“Siapa yang akhir kalamnya (sebelum meninggal dunia) لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ pasti akan memasuki syurga”

(Hadis riwayat Abu Daud)

Para ulama menafsirkan bahawa yang dimaksudkan dalam hadis tersebut ialah orang yang mati dalam agama Islam dan bertauhidkan kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

Menyedari kepentingan pengakhiran hidup kita di dunia, marilah kita memastikan diri kita berada dalam keadaan khauf iaitu sentiasa bimbang dengan kemurkaan Allah dan rajaa’ iaitu sentiasa mengharapkan rahmat Allah. Sifat khauf dan rajaa’ ini dapat memandu diri seseorang agar tidak tergelincir masuk dalam perangkap dan tipu daya syaitan dan hawa nafsu. Syeikh Ibn Hajar al-Haitami juga menyatakan bahawa tanda seseorang itu mendapatkan husnul khatimah ialah dia sentiasa belajar memahami urusan agama. Kata beliau : “Belajar dan faham dalam agama ialah tanda mendapat husnul khatimah“.

Justeru, marilah sama-sama kita mempersiapkan diri kita dengan menghadiri kuliah dan kelas pengajian yang dapat memberi kefahaman terhadap agama dan amalan kita. Lengkapkan diri dengan ilmu fardu ain akidah, fiqh dan tasawuf yang menjadi modal untuk mendapat keselamatan di dunia dan akhirat. Dan akhirnya hiasilah diri kita dengan sifat bimbang dan harap (khauf dan rajaa’) agar kita sentiasa  istiqamah atas jalan yang benar dengan taufiq dan hidayah daripada Allah. Semoga akhirnya kita dikurniakan dengan husnul khatimah.

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Jangan malu-malu tekan butang Love ❤️ di atas, bagi Reaction 😄, Share 🔄 dengan kawan-kawan dan tinggalkan komen 💬 kat bawah ya! Nak tahu pendapat anda atau mungkin ada tips tambahan yang boleh dikongsikan? Jom sembang kat ruangan komen. Terima Kasih 😊
Berusaha Mendapatkan Husnul Khatimah
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more