Selamat Hari Guru – Guru Pemacu Reformasi Pendidikan : Pena Hijau

Selamat Hari Guru – Guru Pemacu Reformasi Pendidikan

20250514 temuduga peningkatan kerjaya
Pengalaman Temuduga Peningkatan Kerjaya – Santai Tapi Bermakna
14 May 2025
20250520 almarhumah narina othman
Ucapan Takziah Buat Keluarga Narina binti Othman
20 May 2025
20250514 temuduga peningkatan kerjaya
Pengalaman Temuduga Peningkatan Kerjaya – Santai Tapi Bermakna
14 May 2025
20250520 almarhumah narina othman
Ucapan Takziah Buat Keluarga Narina binti Othman
20 May 2025
20250516 hari guru cikgu pensyarah
icon follow us

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera! 🌸 Hari Guru dah tiba lagi! Tahun ni, temanya “Guru Pemacu Reformasi Pendidikan”. Sesuai sangat, sebab dalam dunia yang makin canggih ni, dengan perkembangan AI, peranan guru semakin mencabar tapi tetap penting.

Kalau Abey imbas balik, sejak kecil lagi Abey dah dikelilingi oleh ramai “guru”.

Mula-mula, tentulah mak ayah kita sendiri – cikgu pertama dalam hidup. Mereka ajar kita bercakap, berjalan, mengenal baik dan buruk, malah jadi role model yang pertama. Sabda Nabi Muhammad Shollallahu ‘Alaihi Wa Sallam :

كُلُّ مَوْلُودٍ يُولَدُ عَلَى الْفِطْرَةِ، فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ أَوْ يُنَصِّرَانِهِ أَوْ يُمَجِّسَانِهِ

“Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah. Maka, ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi”

Hadis ini diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari (No. 1385) dan Imam Muslim (No. 2658) – bukti betapa besarnya pengaruh ibu bapa dalam mendidik anak-anak. Terima kasih tak terhingga buat Mak Ayah Abey…

Lepas tu, Abey jumpa cikgu-cikgu di TASKI, SKMT, SMKABR (sekarang dah jadi SBPIBR), MRSM QBer sampai lah ke universiti. Setiap peringkat, ada guru yang berperanan besar membentuk siapa diri Abey hari ini. Kantoi tengok sifir dalam ujian masa darjah 3 yang jadi asbab Abey pulun habis-habisan study math hingga terus suka dengan subjek math. Kena denda sebab lewat masuk kelas fardhu ain (sebab duk cari & lawan buah getah), kena tarik hidung sebab ponteng latihan menembak Kadet Polis… Adus.. Banyak sungguh kenangan waktu zaman-zaman sekolah ni.. 😅 Terima kasih cikgu-cikgu.

Dan bila Abey sampai ke universiti, pensyarah pula jadi pembimbing – bukan setakat ajar subjek tapi juga ajar cara berfikir, cara hidup dan persediaan untuk ke dunia pekerjaan. Semua ini adalah reformasi pendidikan dalam bentuknya yang sebenar – melahirkan insan berilmu, berakhlak dan berdaya saing. Terima kasih Prof, Dr., Tuan, Puan, Sir…

Seperti firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala dalam Surah Al-Mujaadalah, ayat 11 yang menjadi bukti betapa tingginya darjat orang yang berilmu di sisi Allah :

يَرْفَعِ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ مِنكُمْ وَٱلَّذِينَ أُوتُوا۟ ٱلْعِلْمَ دَرَجَـٰتٍۢ

“Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu beberapa darjat”

Jadi, kepada semua guru – mak ayah, cikgu sekolah, pensyarah dan siapa saja yang pernah berkongsi ilmu – terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan. Tanpa anda, tak mungkin Abey jadi seperti hari ini.

Selamat Hari Guru! Teruslah memacu reformasi pendidikan, membentuk generasi masa depan yang cemerlang! 🌱

#HariGuru2025 #PemacuReformasiPendidikan #TerimaKasihCikgu

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Jangan malu-malu tekan butang Love ❤️ di atas, bagi Reaction 😄, Share 🔄 dengan kawan-kawan dan tinggalkan komen 💬 kat bawah ya! Nak tahu pendapat anda atau mungkin ada tips tambahan yang boleh dikongsikan? Jom sembang kat ruangan komen. Terima Kasih 😊
Selamat Hari Guru – Guru Pemacu Reformasi Pendidikan
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more