Ucapan Takziah Buat Keluarga Narina binti Othman : Pena Hijau

Ucapan Takziah Buat Keluarga Narina binti Othman

20250516 hari guru cikgu pensyarah
Selamat Hari Guru – Guru Pemacu Reformasi Pendidikan
16 May 2025
20250516 hari guru cikgu pensyarah
Selamat Hari Guru – Guru Pemacu Reformasi Pendidikan
16 May 2025
20250520 almarhumah narina othman
icon follow us

Pagi ini, suasana pejabat terasa lain macam. Sunyi. Sayu. Sebab Abey dikejutkan dengan berita pemergian seorang rakan sekerja. Arwah menghembuskan nafas terakhirnya sekitar jam 4:48 pagi tadi di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.

Semalam Abey ada mimpikan bekas rakan sepejabat yang meninggal. Tapi bukan arwah… Tak sangka pulak dapat berita pagi ni… Rasa macam tak percaya. Tapi itulah, ajal maut di tangan Tuhan. Bila tiba masa, tiada siapa yang mampu menahannya.

Buat keluarga arwah, Abey titipkan ucapan takziah yang sedalam-dalamnya. Moga diberi kekuatan dan ketabahan menghadapi ujian ini. Yakinlah bahawa setiap kebaikan yang dilakukan arwah akan terus menjadi bekalan di alam sana.

Sabda Rasulullah Shollallahu ‘Alaihi Wa Sallam :

إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ: صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

“Apabila seorang manusia meninggal dunia, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, atau anak soleh yang mendoakannya”

(Riwayat Muslim, Hadis No. 1631)

Abey doakan semoga roh arwah dicucuri rahmat, diampunkan dosa-dosanya dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah buat rakan sekerja, Narina binti Othman.

20250520 almarhumah narina othman

#Takziah #SalamPerpisahan #AlFatihah

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Jangan malu-malu tekan butang Love ❤️ di atas, bagi Reaction 😄, Share 🔄 dengan kawan-kawan dan tinggalkan komen 💬 kat bawah ya! Nak tahu pendapat anda atau mungkin ada tips tambahan yang boleh dikongsikan? Jom sembang kat ruangan komen. Terima Kasih 😊
Ucapan Takziah Buat Keluarga Narina binti Othman
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more