Ejen Ali The Movie 2 : Pena Hijau

Ejen Ali The Movie 2

20250520 almarhumah narina othman
Ucapan Takziah Buat Keluarga Narina binti Othman
20 May 2025
20250605 trip ke kulim kedah
Trip Kenangan Ke Kulim : Jalan-Jalan, Makan-Makan
5 Jun 2025
20250520 almarhumah narina othman
Ucapan Takziah Buat Keluarga Narina binti Othman
20 May 2025
20250605 trip ke kulim kedah
Trip Kenangan Ke Kulim : Jalan-Jalan, Makan-Makan
5 Jun 2025
20250603 ejen ali the movie 2
icon follow us

Ejen Ali The Movie 2 | Assalamualaikum dan hello semua! Jumaat yang lepas, Abey bawak Alya tengok Ejen Ali The Movie 2 kat GSC Kulim Central. Banyak hari dah duk ajak Abey nak tengok filem tu. Dia tengok trailer katanya sedap. Abey cakap, nanti la Abi bawak tengok nanti pergi Kulim. So, Abey tunaikan janji tu petang Jumaat baru ni. Fuh, memang best weh!

Sampai je Kulim dari Kelantan, Abey terus booking tiket Ejen Ali petang tu. Alya pun excited semacam sebab nak tahu ape jadi dekat Alicia – Kali pertama dia tengok Ejen Ali kat pawagam!

20250603 alya tengok ejen ali the movie 2

Filem ni sambungan dari movie pertama. Ali jadi pilot untuk Project SATRIA – satu suit canggih dengan AI technology. Alicia pulak ada kelebihan lain sejak guna IRIS. Part Ali pakai suit SATRIA dah macam ala-ala suit nanotech Ironman plak 😆.

Musuh lama Ali, Neonimus, kembali nak huru-harakan Cyberaya ditambah pula dengan watak penjahat baru, Cero. Watak Dato’ Othman pula yang tidak bijak dalam mentadbir Cyberaya macam kebanyakan ahli politik kita sekarang. Cerita makin panas bila Ali kena buat pilihan yang sukar.

Visual? Memang padu. Setaraf dengan animasi luar negara. Plot pun lebih matang kali ni. Ali struggle dengan emosi dan tanggungjawab sebagai ejen muda. Banyak mesej kekeluargaan dan persahabatan – very relatable untuk anak-anak dan juga parents.

Abey paling suka scene Alicia bantu Ali walaupun kadang-kadang dorang tak sefahaman dan Ali ni tak mendengar nasihat. Cuma Abey kesian dengan apa yang berlaku kat Alicia di akhir cerita… Dan bila keluar dari panggung, Alya terus cakap, “Smart Ejen Rizwan, Abi“. Sampai ke hotel pun duk crita dengan ibu dia pasal kesemartan Ejen Rizwan time berlawan 🤦🏻‍♂️.

So kalau korang belum tengok, rugi weh! Support animasi tempatan. Bawak anak-anak – confirm menghiburkan dan enjoy.

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Jangan malu-malu tekan butang Love ❤️ di atas, bagi Reaction 😄, Share 🔄 dengan kawan-kawan dan tinggalkan komen 💬 kat bawah ya! Nak tahu pendapat anda atau mungkin ada tips tambahan yang boleh dikongsikan? Jom sembang kat ruangan komen. Terima Kasih 😊
Ejen Ali The Movie 2
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more