
[ Video ] Majlis Kesyukuran Zafran & Atiqah 05 Julai 2025
7 Jul 2025

Abey balik dari keje tadi… Alya buka cerita gembira dengan muka excited dan suara ceria, dia cakap…
“Abi, Abi.. hari ni Alya dapat surat dari Ustaz hok ajar BA. 1 kelas dapat”
Terus hilang penat bekerja Abey. “Iyo.. mana Abi tengok“, Abey kata..
Dia bagi surat tu kat Abey.. sambil cari sesuatu dalam beg duit dia.. “Abi, ni gambar ustaz bagi… dengan sticker”
Cikgu BA dia rupanya dah habis tempoh praktikal. Tapi yang paling menyentuh hati, bukan sekadar melambai pergi — Ustaz tinggalkan kenangan yang cukup istimewa…
💌 Sepucuk Surat, Sekeping Gambar, Secebis Memori
✅ Surat tulisan tangan – personal dan ikhlas
✅ Gambar Polaroid – kenangan bersama Ustaz
✅ Cenderamata kecil – tanda ingatan yang akan disimpan sampai bila-bila




Ni isi kandungan surat dari ustaz :
Assalamualaikum semua,
Pertamanya ustaz nak ucap terima kasih kerana sudi ber kerjasama sebagai murid selama 4 bulan ini. Sebelum ini ustaz tak sempat nak buat satu ucapan penghargaan secara rasmi.
Terima kasih juga untuk jamuan dan hadiahnya, ustaz sangat menghargainya. Jadi, kalau kamu semua dah baca surat ni bermakna ustaz dah pergi ke luar negeri, kemungkinan untuk kita bertemu lagi dalam masa terdekat ni sangat lah mustahil.
Ustaz harap kamu semua sentiasa bersemangat untuk belajar terutamanya Bahasa Arab. Ingat balik kenapa kamu semua datang ke sekolah. Ingat balik sebab belajar Bahasa Arab. Dan ingatlah apa tugas kita sebagai pelajar. Tiada guru yang nak tengok kalian gagal. Jadi kalau kena marah, kena tegur dan kena perbetulkan salah tu, itu bermakna guru nak tengok kamu semua lebih baik daripada sebelum ni. Tugas kita bukanlah untuk menjadi sempurna melainkan untuk menjadi lebih baik daripada semalam.
Ustaz harap kamu semua dapat tinggalkan akhlak yang tidak baik seperti mencaci maki, memanggil kawan dengan panggilan tidak elok dan sebagainya.
Jadilah apa sekalipun, tapi manusia yang dapat memberi manfaat kepada orang lain adalah paling baik. Bermimpilah setinggi langit bintang sekalipun, kalau ditakdirkan gagal pun masih jatuh di awangan.
Selamat berjaya dalam peperiksaan akhir tahun nanti. Semoga semua beroleh kejayaan. Insha Allah kalau tiada halangan dan kekangan, ustaz akan cari kamu semua 15 tahun lagi. Jadi ustaz nak kamu ambil sorang sekeping polaroid ni dan tulis cita-cita kamu 15 tahun lagi. Kalau nak bagitahu ustaz pun boleh. Tag di IG (rifatsaufi._) nanti ustaz repost. Tapi yang pasti 15 tahun lagi, bawa polaroid ini berjumpa dengan ustaz. Sekian aktiviti terakhir daripada ustaz.
TT
(3 Julai 2025)
*Maaf salah silap ustaz selama 4 bulan ni
*Nanti simpan ye surat ni, jangan buang
*Ambillah jajan terakhir daripada ustaz
“Abi follow dah ko IG ustaz?”
“Abi follow dah… ☺️”. Maklum lah.. Abey tak bagi lagi dia ada akaun FB, Tiktok, IG personal..
Buat Ustaz yang mungkin sedang membaca post ini — Terima kasih kerana mendidik dengan Alya dan rakan-rakan.