
Pengalaman Kemalangan Motor & Sakit Kaki Berulang
18 Aug 2025

Jumaat 22 Ogos baru ni, Abey tanya Alya nak makan kat mana sempena sambutan hari lahir dia. Dengan penuh excited, Alya jawab dia teringin nak makan makanan Korea. Wife Abey pun cadang pergi kat Fez Kitchen, sebab sebelum ni dua kali datang tapi kedai tutup. Jadi lepas solat Jumaat, kami pun terus siap-siap dan bergerak ke sana. Mujur kali ni kedai buka!
Sampai saja, kawasan parking depan kedai memang agak terhad. Abey terpaksa parking kereta kat kedai sebelah. Tak apa lah, janji dapat makan. Abey order nasi goreng kimchi lamb chop dengan air lemonade, wife pula pilih tteokbokki gimmari dengan ais coklat, manakala Alya pilih cheesy ramen dengan air sparkling strawberry. Servis okay. Makanan tak ambil masa terlalu lama untuk sampai. Rasanya pun boleh tahan, cukup sedap untuk sambutan hari istimewa Alya.


Lepas makan, wife ajak singgah di butik TS Wardrobe. Kat sana, Abey belikan Alya sepasang dress cantik sebagai hadiah hari lahir. Bukan itu saja, wife Abey pun belanja Alya blouse dan skirt baru. Senyum lebar si Alya bila dapat baju baru – lengkaplah sambutan birthday kali ni dengan makanan sedap dan hadiah yang bermakna.
🎉 Semoga Alya terus membesar jadi anak yang solehah, sihat dan ceria selalu.
@alkhudhrinetSelamat Hari Ulangtahun Kelahiran buat Puteriku, Alya…
👉 Apa pendapat korang tentang sambutan birthday macam ni – makan bersama keluarga dan hadiah simple tapi bermakna? Jom kongsikan pandangan korang di ruangan komen. Jangan lupa like, share, dan subscribe blog Abey untuk lebih banyak cerita santai & menarik.