Success : Bangkit Semula Dari Kegagalan : Pena Hijau

Success : Bangkit Semula Dari Kegagalan

20250818 kejayaan
Apa Itu Kejayaan? Definisi Sebenar dan Salah Tanggapan
17 Aug 2025
20250818 kejayaan
Apa Itu Kejayaan? Definisi Sebenar dan Salah Tanggapan
17 Aug 2025
20250818 kegagalan kejayaan
icon follow us

Pernah tak rasa macam dah bagi yang terbaik, tapi hasilnya tak seperti yang kita harapkan? Dah usaha siang malam, tapi tetap rasa gagal. Soalan paling besar pun muncul : Adakah aku ni memang ditakdirkan gagal selamanya? Jawapannya : Tak sama sekali! 😃

👉 Kegagalan tu bukan identiti kita. Ia hanyalah sebuah peristiwa, bukan cap mohor yang menentukan siapa kita. Kalau tersungkur sekali, itu tak bermakna kita gagal sepanjang hayat. Yang penting, kita bangkit balik dan terus melangkah.

Tukar Mindset, Tukar Haluan

Psikologi ada sebut tentang self-fulfilling prophecy – apa yang kita percaya tentang diri sendiri boleh jadi kenyataan. Kalau kita asyik fikir “aku gagal, aku loser“, maka betullah hidup kita akan jadi macam tu. Jadi, cuba alihkan fokus : fikir positif, ubah perspektif dan yakin bahawa kegagalan hanyalah batu loncatan.

Tokoh Hebat Pun Pernah Gagal

Bukan setakat orang biasa, tokoh besar pun banyak kali gagal sebelum berjaya. Contohnya setiap kali menjelang bulan Ramadhan, pasti kita akan mendengar bisikan Yusuf Taiyoob kan.. Sape tak kenal Raja Kurma Malaysia, Datuk Seri Yusuf Taiyoob, anak jati Pulau Pinang.

Sebelum beliau dikenali seperti sekarang, beliau pernah  gagal menjual minyak wangi sehingga pernah muntah darah kerana tekanan. Beliau juga gagal dalam perniagaan berkaitan kosmetik yang hanya bertahan selama 2 tahun sahaja.

Kemudian beliau bangkit daripada kegagalan dan berjaya membekalkan kurma dan produk makanan keseluruh Malaysia, Indonesia, Singapura dan Thailand.

Contoh kedua kita boleh lihat kisah anak muda yang pernah 4 kali gagal dalam bisnes, Khairul Amin Kamarulzaman atau lebih dikenali sebagai Khairulaming dengan perniagaan Sambal Nyet.

Moralnya, gagal bukan titik noktah. Ia cuma satu episod dalam perjalanan hidup. “Kegagalan adalah proses kejayaan”.

Kesimpulan

Kegagalan adalah guru paling mahal. Ia ajar kita jadi lebih kuat, matang, dan bersedia untuk peluang yang lebih baik. Jangan biarkan kegagalan definisikan siapa diri kita. Jadikan ia batu loncatan untuk melompat lebih tinggi 🚀.


💬 Macam mana pula pengalaman korang dengan kegagalan? Pernah rasa jatuh tapi bangkit balik dengan lebih kuat? Jom kongsi cerita kat ruangan komen. Jangan lupa like, share dan subscribe blog ni supaya lebih ramai dapat inspirasi untuk terus bangkit dari kegagalan.

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Jangan malu-malu tekan butang Love ❤️ di atas, bagi Reaction 😄, Share 🔄 dengan kawan-kawan dan tinggalkan komen 💬 kat bawah ya! Nak tahu pendapat anda atau mungkin ada tips tambahan yang boleh dikongsikan? Jom sembang kat ruangan komen. Terima Kasih 😊
Success : Bangkit Semula Dari Kegagalan
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more