Teguhkan Iman Dan Taqwa Untuk Meraih Keberkatan Negara : Pena Hijau

Teguhkan Iman Dan Taqwa Untuk Meraih Keberkatan Negara

20250826 saham akhirat
Saham Akhirat : Amalan Yang Tidak Putus Pahalanya
26 Aug 2025
20250826 saham akhirat
Saham Akhirat : Amalan Yang Tidak Putus Pahalanya
26 Aug 2025
20250829 selamat hari kebangsaan
icon follow us

Teguhkan Iman Dan Taqwa Untuk Meraih Keberkatan Negara | Manusia diciptakan untuk mengabdikan diri kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala dengan melakukan ibadah kepada-Nya. Orang yang beriman dan bertakwa kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala termasuk dalam kalangan hamba-Nya yang akan dianugerah kebahagiaan di dunia dan akhirat. Ini termasuk dalam hal berkaitan kehidupan bernegara. Negara yang rakyatnya beriman dan bertakwa kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala akan mendapat keberkatan daripada-Nya.

Keimanan kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala merupakan asas penting dalam usaha meraih keberkatan hidup. Orang yang beriman kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala akan sentiasa menjunjung segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.

Oleh itu, bagi memastikan negara terus diberkati oleh Allah, maka penduduk sesebuah negara mestilah mengiktiraf keesaan Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Pelaksanaan amal ibadah khususnya solat secara berjemaah akan menyerlahkan kedudukan dan kekuatan umat Islam. Inilah usaha awal yang dilakukan oleh Rasulullah Shollallahu ‘Alaihi Wa Sallam ketika membangunkan Madinah dengan pembinaan masjid bagi menzahirkan syiar Islam.

Oleh itu, masjid dan surau perlu diimarahkan bagi meninggikan kedudukan agama Islam. Hadirlah mengimarahkan masjid dan surau kerana mengimarahkan rumah Allah Subhanahu Wa Ta’ala menjadi bukti keimanan dalam diri. Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman dalam Surah at-Taubah, ayat 18 :

إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَـٰجِدَ ٱللَّهِ مَنْ ءَامَنَ بِٱللَّهِ وَٱلْيَوْمِ ٱلْـَٔاخِرِ وَأَقَامَ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتَى ٱلزَّكَوٰةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلَّا ٱللَّهَ ۖ فَعَسَىٰٓ أُو۟لَـٰٓئِكَ أَن يَكُونُوا۟ مِنَ ٱلْمُهْتَدِينَ ١٨

“Hanyasanya yang layak memakmurkan masjid-masjid Allah itu ialah orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, maka adalah diharapkan mereka menjadi golongan yang mendapat petunjuk”

Keimanan dan ketakwaan yang menjadi asas terbukanya pintu rahmat Allah Subhanahu Wa Ta’ala akan menatijahkan negara yang diberkati. Sesebuah negara yang berkat, rakyatnya akan hidup dengan aman dan bahagia. Menurut al-Farabi yang membahaskan idea negara terbaik (al-Madinah al-Fadilah) menyatakan bahawa sesebuah negara yang terbaik mampu memberi kebahagiaan (as-sa’adah) kepada warga penduduknya meliputi kehidupan di dunia dan akhirat.

Justeru, untuk mengecapi kebahagiaan yang diberkati oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala, setiap pemimpin dan warganegara Malaysia mestilah saling barganding bahu melaksanakan peranan masing-masing, bagi memastikan negara ini terus makmur dan kekal merdeka.

Sempena Hari Kebangsaan yang disambut pada 31 Ogos setiap tahun, seluruh rakyat Malaysia perlu memainkan peranan dan memastikan negara ini terus berada dalam keamanan dan dilimpahi keberkatan daripada Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Umat Islam mestilah menunjukkan contoh terbaik sebagai warganegara yang cintakan tanah air ini. Setiap tindakan mestilah mencerminkan kecintaan kita terhadap negara dan sama-sama menjaga keharmonian serta mengelak daripada perpecahan yang boleh membuka pintu kerosakan dan kehancuran oleh musuh negara.

Kesimpulannya, hayatilah beberapa perkara berikut sebagai renungan bersama :

  1. Iman dan takwa perlu disemai dalam diri setiap Muslim kerana kedua-duanya merupakan syarat penting dalam meraih nikmat negara merdeka lagi diberkati oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
  2. Pemimpin di setiap peringkat dan warganegara Malaysia mestilah melaksanakan amanah dan tanggungjawab masing-masing mengikut acuan Islam.
  3. Semangat cintakan negara perlu ada dalam diri setiap rakyat Malaysia kerana dengan kecintaan terhadap negara, maka setiap tindakan akan terarah kepada kebaikan.
  4. Negara yang diberkati oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala akan dilimpahi dengan pelbagai nikmat daripada-Nya. Justeru, setiap umat Islam mestilah terus berpegang teguh kepada ajaran Islam serta menjauhi larangan-Nya agar dapat mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.
alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Jangan malu-malu tekan butang Love ❤️ di atas, bagi Reaction 😄, Share 🔄 dengan kawan-kawan dan tinggalkan komen 💬 kat bawah ya! Nak tahu pendapat anda atau mungkin ada tips tambahan yang boleh dikongsikan? Jom sembang kat ruangan komen. Terima Kasih 😊
Teguhkan Iman Dan Taqwa Untuk Meraih Keberkatan Negara
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more