
[Video 360] Team Building : Soul of Unity, Together We Grow
15 Feb 2026
20242024
Mek mula sakit betis, betis nampak bengkak20252025
Ayah pergi Kedai Nat, kebiasaannya Mek yang pergi Kedai Nat cari lauk, sayur, barang-barang dapur. Mek tak berapa larat dah nak jalan sebab betis bengkak19 Jan 2025
Mek hadir Majlis Pertunangan Zafran (anak bongsu Mek) di Kedah30 Mei 2025
Mek ke Kedah bagi menghadiri Majlis Perkahwinan anak bongsu, Zafran & Atiqah.05 Jul 2025
Majlis Kesyukuran Zafran & Atiqah. Mek duduk je atas kerusi melayan tetamu yang hadir.03 Jan 2026 07:52AMJanuari 2026
Bawa Mek gi klinik. Mek demam. Terketar-ketar. Tekanan darah rendah. Muntah-muntah.03 Jan 2026 08:43AM
Mek naik ambulan ke HPUSM03 Jan 2026 06:32PM
Mek di Zon Kuning HPUSM. Bacaan suhu 38. Masuk air garam.04 Jan 2026 12:09AM
Mek dapat masuk Wad 7 Utara HPUSM05 Jan 2026 02:33PM
Mek dibawa ke bilik X-Ray untuk lihat perut dan hati05 Jan 2026 09:37PM
Tekanan darah Mek 110/95. Bacaan gula 4.305 Jan 2026 11:29PM
Doktor pakar darah beritahu, bacaan sel darah merah Mek semasa di HRPZ 12, sekarang di HUSM jadi 7. Doktor tak tahu punca. Adakah sebab makan ubat cair darah? Berak berdarah?Kuman?08 Jan 2026 04:58PM
Mek dah boleh discharge10 Jan 2026
Hari ni Mek kerap ke tandas. cirit birit15 Jan 2026 10:31AM
Mek ada temujanji klinik. Jalan nak naik kereta depan tangga, muntah. Nak letak kaki atas kerusi roda pun tak larat. Bacaan gula dalam darah 3 je. Lepas makan kuih baru naik jadi 4.228 Jan 2026 04:58PM
Tubuh Mek panas, bawa pergi klinik28 Jan 2026 08:12PM
Result darah Mek di Klinik Premier Al-Zahrawi, Sel darah putih (WBC) 2.99, Sel darah merah (RBC) 2.22, hemoglobin Mek 6.929 Jan 2026 09:25AM
Mek OTW ke HRPZ29 Jan 2026 11:14AM
Doktor baru lepas ambil darah dan x-ray Mek. Ada di Zon Hijau29 Jan 2026 02:26PM
Mek masih lagi duduk di atas kerusi roda dari tadi. HRPZ tiada katil kosong. Mek merungut sebab dah lenguh, sakit tubuh duduk lama.29 Jan 2026 05:43PM
Mek masih lagi duduk di atas kerusi roda. Tiada keputusan lagi daripada pihak HRPZ.29 Jan 2026 07:05PM
Mek dibawa ambulan ke Hospital Bachok29 Jan 2026 11:19PM
Mek dah dapat masuk wad31 Jan 2026 11:03AM
Doktor maklum akan masukkan satu beg darah, tukar ubat antibiotik baharu dan tukar ubat tiroid baharu. Dokto syak sel darah putih Mek hilang disebabkan inflamation dalam perut dan jangkitan kuman sebelum ini. Inflamation perut tu doktor takut berkemungkinan akan jadi kanser.01 Feb 2026 02:55PMFebruari 2026
Doktor masukkan darah02 Feb 2026 09:59AM
Tekanan darah Mek OK. Doktor maklum, sel darah putih Mek hilang sebab ubat tyroid. Doktor tukar ubat tyroid yang dos rendah.
03 Feb 2026 10:34AM
Doktor kata Mek dah boleh discharge03 Feb 2026 02:10PM
Mek balik rumah berehat04 Feb 2026 11:16AM
Mek demam dan batuk. Marin 3 kali muntah05 Feb 2026 02:08PM
Bibir Mek nampak bengkak, muka sembab, demam sikit06 Feb 2026 03:44AM
Bibir Mek pecah darah, tubuh panas, nafas laju, letih06 Feb 2026 07:20AM
Eyie bawak Mek pergi Klinik Kg Balai06 Feb 2026 08:02AM
Mek masuk Zon Merah di Hospital Bachok06 Feb 2026 09:17AM
Oksigen Mek drop06 Feb 2026 12:04PM
Doktor cadang nak tidurkan (intubate) Mek, tapi Mek dan ahli keluarga tak setuju06 Feb 2026 03:57PM
Mek masuk wad di tingkat 3 Hospital Bachok06 Feb 2026 07:47PM
Tekanan darah Mek menurun 84/57, SPO 95%06 Feb 2026 11:15PM
Mek menghembuskan nafas terakhir07 Feb 2026 01:26AM
Jenazah Mek dibawa ambulan pulang ke rumah di Tawang
07 Feb 2026 10:50AM
Jenazah Mek selamat dikebumikan

Hilang sudah penderitaan dan kesakitan Mek. Semoga Mek bersemadi dengan aman dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Aamiin. Al-Fatihah...





