Peperiksaan UPKK 2023
16 Jan 2024Calon Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) M41 2024/2025
31 Mar 2024Assalamu alaikum buat pengunjung semua blog Abey…
Jam baru menunjukkan pukul 11 lebih. Ya Allah… dah banyak kali dah ni Abey menguap-nguap je kat office ni. Mengantuk sangat dah ni. Tengok laptop pun rasa blurring jah.
Lepas tu jam Abey vibrate.. keluar info kat paparan jam “You’ve been sitting too long“. Dah duduk lama sangat atas kerusi ni.
Biasa kalau bukan bulan Ramadhan, memang Abey dalam pukul 10 akan jalan-jalan, ronda-ronda dalam pejabat sebab nak elak duduk lama. Kesan accident masa lepas SPM tu, terasa bila umur dah meningkat ni. Ikut kesihatan pun, duduk lama tak elok untuk tulang belakang kan… Dulu masa Abey pergi berurut 3 4 tahun lepas, tukang urut boleh tahu walaupun tak cakap pun kat dia. Power!!! Sebab tu kadang-kadang, Abey tak boleh duduk lama atau berdiri lama. Bini ajak shopping kat mall pun (tau-tau la pompuan kan… shopping bukannya kejap), Abey akan cari tempat dan peluang untuk duduk.
Bila jam Abey dah vibrate tu, Abey pun keluar dari bilik Abey.. pergi la masuk bilik Unit IT. Khusyuk semua buat keje. Bagus semua.. Hahaha…
Biasa atas meja dalam bilik Unit IT ni ada makanan, kuih-muih, biskut.. Kadang-kadang tu 1 jug air teh susu pun ada. Tapi hari licin meja..
Hilang sikit rasa mengantuk tu bila jalan-jalan. Kalau duk rumah ni, dah cari bantal dah… zzzzzzzzz….
Salam 03 Ramadhan 1445 semua.