Cameron Highland : Percutian 2D1N Tidak Dirancang
9 Jul 2024[Video360] Kursus Dalaman Canva, MS PowerPoint & Excel
3 Aug 2024Minggu lepas Abey dijemput untuk hadir Kursus TOT & Refresher Aplikasi iSPEKS selama 3 hari bermula hari Selasa hingga Khamis. Kebetulan minggu tu jugak sekolah Alya dalam minggu sukan. Ada training dan larian merentas desa. So sesi pembelajaran kat sekolah kurang skit minggu tu. Bini Abey & Alya nak ikut pegi Petaling Jaya.. So Abey on je la.. memandangkan Abey akan drive ke sana.
Alya balik dari sekolah hari Isnin tu, dalam pukul 2 petang, Abey terus gerak dari Kota Bharu ke Petaling Jaya. Sampai dalam pukul 8 malam jugak la.. Kalau tahun lepas, Abey stay kat studio apartment Pinnacle PJ yang satu bangunan dengan Hotel Sheraton. Tahun ni Abey stay kat Pacific 63. Apartment 2 bilik. Ada kelengkapan dapur, aircond, kipas, flat TV, wifi percuma, parkir percuma, mandian air panas dan mesin basuh!! Yang tak bestnye, tak de ASTRO/Netflix.. Tapi so far, okay la stay kat sini. Depan bangunan Pacific 63 ni ada Jaya One. Dalam Jaya One ni ada AEON Big, kedai mamak, 7 eleven dll. Bleh jalan kaki je.. Tak macam Abey stay kat Pinnacle tahun lepas, tak de tempat nak tuju (kalau malas nk drive). Kawan Abey, Shuk plak stay sbelah bangunan Abey, Pacific Towers.
Sape yang berminat nak stay kat apartment yang Abey stay kat Pacific 63 bleh la booking kat sini. Harga bawah RM150 1 malam.. [ KLIK DI SINI ].
Untuk apartment lain sekitar Jaya One, Petaling Jaya (Bangunan Pacific 63 atau Bangunan Pacific Towers), bleh usha kat bawah ni..
TOT (Training of Trainers) kali ni dihadiri oleh wakil daripada negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah, Selangor dan Melaka bertempat di ibu pejabat Theta Edge Berhad, Petaling Jaya, Selangor.
Petang Khamis tu, habis je kursus TOT ni, Abey terus gerak ke Putrajaya. Bermalam di rumah adik Abey. Macam biasa, Abey ajak adik-adik Abey, Hang Jebat & Hang Kasturi tengok wayang kat IOI City Mall. Kebetulan hari tu baru keluar Deadpool & Wolverine. Abey tak ajak Alya tengok wayang sebab crite ni diklasifikasikan 18SG.
Pagi Jumaat, lepas sarapan… Abey terus gerak balik ke Kelantan sebab ada majlis kenduri kat rumah kakak ipar Abey sempena anak saudara bini Abey dapat sambung belajar.